31 December 2012

Happy New Year

www.youtube.com/watch?v=CpvYoY4juLc

Tidak lama lagi,kita akan mengucapkan good bye kepada 2012.dan kita akan ucap hello kepada 2013.ketika ini,bermacam-macam kita rasakan.ada yang gembira kerana tarikh yang dinantikan semakin hampir,ada yang cemas kerana bertambahnya angka pada tahun bermakna bertambahnya angka pada usia.(hehe)

Kita sering berdepan dengan keadaan ini.dan ia mungkin membuat kita menyesal kerana membuang masa begitu saja.

Bagi yang telah berjaya mencapai matlamat mereka,tahniah!tapi bagi kita yang belun berjaya,tidak mengapa!masih ada 2013!tapi sedikit sebanyak,rasa kesal juga.

Terasa 2012 bagai menjadi angka yang belum selesai.masih banyak persoalan yang belum terjawab.masih banyak matlamat yang belum tercapai.dan masih banyak hutang yang belum dibayar.(opss!jangan marah.)

Perjalanan hidup kita akan sentiasa begini.siapakah yang tidak pernah menyesal sepanjang hidupnya?sungguh bertuah orang itu!

Tapi selagi manusia melakukan kesilapan,selagi itulah penyesalan akan tetap ada.dan ia menjadi sebahagian dari hidup kita.kerana kita hanyalah manusia.

Tapi kita patut bersyukur kerana masih ada masa.kalau suatu masa nanti angka kita berhenti bertambah,kita tidak berpeluang lagi untuk memperbaiki kesilapan.berikanlah yang terbaik untuk hidup supaya kita kurang menyesal.

Happy New Year!

27 December 2012

pada hujung tahun

Tinggal 4 hari lagi,2012 akan melabuhkan tirai.ada banyak juga pahit-manis dalam memori kita sepanjang tahun ini.

Seperti hujung tahun yang lalu,hujung tahun ini juga mungkin ada antara kita yang mandi sungai,mandi laut,berendam sampai pucat,untuk 'membuang sial' dari tahun lama menuju tahun baru.

Dan ada juga antara kita memasang azam baru.(walaupun yang lama mungkin belum tercapai)

Tapi saya harap,janganlah kita terdengar ramalan kiamat baru pula bila ramalan lama sudah gagal.tapi biasanya begitulah.

Tapi ramalan begini mungkin tak salah,kan?tahun 2013 adalah tahun yang penting untuk malaysia.kalau kita berjaya mengharungi 2013 dengan jayanya,keadaan akan semakin baik.kalau tidak,baik kita bersedia.

Diharap kita tidak alami perkara buruk seperti ditahun ini pada tahun hadapan.tapi kita hanya mampu berserah.sebab bukan kita yang menentukannya.

Dan saya berharap,semoga kita semua gembira selalu.

Pada tahun 2013, mungkin saya akan buat sedikit perubahan pada blog ini untuk ulang tahun kedua saya berblog.apa pun,terimakasih pada para pembaca.

24 December 2012

DNA - Doomsday looming on Christmas Eve?

Doomsday looming on Christmas Eve?

People were relieved that the world showed no signs of ending on Friday as predicted by many, but one German researcher has sparked fear again saying that December 24th could be the big day.

According to experts, December 21 is the end of the so-called baktun, comparable to the millennial change in our own calendar that was celebrated by people around the world on December 31, 1999, ABC News reported

A baktun is a unit of time in the ancient Maya Long Count Calendar. This existed in addition to a calendar based on the solar year, which includes 365 days, as well as a calendar of rituals that repeats itself every 260 days.

Now Nikolai Grube of the University of Bonn, one of the leading experts on Mesoamerican advanced civilizations, says it is even plausible that the end of the 13th baktun might not be on December 21 but instead on December 24.

So does he mean that the world may come to a crashing end on Christmas Eve instead?




hahahahaha.

21 December 2012

malam 21 disember

Sedikit masa lagi,ramalan 2012 akan mencapai tarikh luputnya.ada sesiapa diantara kita yang menunggu kiamat tiba pada hari ini?harap-harap tiadalah.buat apa begitu bodoh.betul tak?

Pada hari ini,dikhabarkan sejak beberapa tahun yang lalu kononnya kiamat akan tiba.tapi tunggu punya tunggu,bulan tak timbul-timbul sebab hanya awan hujan saja yang ada.

Rasanya lagu di youtube ini http://youtube.com/watch?client=mv-google&gl=MY&hl=en&v=bVglgJrwS_8 masih laku buat masa sekarang.ya,Dunia Belum Kiamat!kenapa mesti takut?kita tak akan tahu bila.

Tapi selalunya orang yang buat ramalan kiamat tidak mahu mengaku salah bila ramalannya sampai tarikh luput.alasannya,ditangguh!kiamat ni pandai gostan kah?

Apa salahnya kalau akui saja kesilapan sendiri?kenapa nak cari benda lain untuk dipersalahkan? Kalau tahu malu,kenapa nak buat juga?mahu populariti?

Lagi teruk bila pakai ramalan kiamat kemudian bila ada pengikut,minta bayaran.bagi saya,tiada bezanya perbuatan ini dengan orang yang berhutang kemudian tak mahu membayar.

Ada lagi yang buat buku ramalan kiamat kemudian jual buku ramalan kiamatnya.kenapa tak buat novel fiksyen saja.lagi bagus yang terang-terang rekaan untuk hiburan daripada menjual pembohongan yang bertopengkan kebenaran rahsia.buat apa?

Sebenarnya bukan susah pun nak meramal kiamat.kita sendiri pun boleh buat asalkan `kreatif` dan ada `sumber rujukan`.dan dalam kes 2012 ini,sumber rujukan adalah dari kalendar maya yang tamat baktun ke 13.

Tapi,sama seperti pada tahun 2000,2012 juga sudah disediakan gantinya.dan tarikh baru itu dinantikan lagi dengan penuh debaran.mungkin manusia memang susah nak belajar dari apa yang telah berlaku.

19 December 2012

apa yang terjadi sebenarnya?

Pada 15 disember 2012,bekalan elektrik di kota marudu menjadi agak ganjil.ia jadi terlalu kuat voltan sampai merosakkan barangan elektrik dirumah saya.

Apa yang telah berlaku sebenarnya?TV, Astro dan pengecas battery hangus.lampu turut mengeluarkan bunyi yang pelik.

Siapa agaknya yang 'buat eksperimen' di mesin penjana pada masa itu?

Mungkinkah penjana elektrik di kota marudu sudah ketinggalan zaman sebab diguna sejak tahun 70an tidak pernah diganti?

Kami malas nak pergi tuntut ganti rugi,jadi kami beli saja TV baru dan peti astro baru.

Yang saya tak puas hati ni,sampai sekarang pun bapa saya asyik suruh padam TV bila saya nak tengok.takut saja.jadi geram juga.tak bebas macam dulu.

Kalau saya tahu siapa yang saya patut salahkan!geram betul!

17 December 2012

KES NORIKOH:APA YANG WAJAR DILAKUKAN


Masih ingatkah kita?ini terjadi pada bulan lepas.bukan sekadar seluruh kota marudu,bahkan seluruh Sabah gempar dengan kes ini.

Kita ada dengar banyak kisah mengenai gadis ini.ada dakwaan yang dia mungkin dirogol,sementara pihak polis pula menafikannya.juga kita diberi amaran agar tidak menyebarkan 'berita palsu' mengenai kematian norikoh.


Tapi saya berharap biarlah kes ini selesai dengan memuaskan seperti harapan orang ramai.jangan biar ia jadi misteri begitu saja.sebab ia sudah sangat jelas.menutup kes dan melarang orang menyebarkannya bukanlah penyelesaian yang bijak.

Mungkin (saya kata mungkin saja) ada beberapa perkara yang tak betul.tapi kita disini sedia maklum tentang perkara yang tidak dapat dinafikan ini.KEMATIAN NORIKOH BUKAN PALSU!lalu apa?saya dan semua rakyat Sabah amnya dan kota marudu khasnya,meminta supaya kerajaan menjadi hero dengan menyelesaikan kes ini seperti yang rakyat minta.

Isu disini bukanlah sama ada Norikoh dirogol atau tidak.isu disini ialah KEBANJIRAN PENDATANG ASING DISABAH ADALAH ANCAMAN TERHADAP RAKYAT SABAH!(sama ada ianya tanpa izin atau yang ada mykad)siapa kata ini bukan masalah?Norikoh hanyalah salah seorang dari mangsanya!rakyat Sabah sampai ada yang mati,masih boleh rasa selesa kah?


Kerajaan melarang pembangkang mempolitikkan isu ini.tapi,rasanya pembangkang hanya ambil kesempatan.tapi siapa sebenarnya yang beri peluang kepada pembangkang untuk politikkan isu ini?kenapa tak selesaikan sebelum pembangkang ambil kesempatan?

Kalau kerajaan mahu,ini peluang untuk meraih kepercayaan rakyat.selesaikan masalah ini seperti yang dikehendaki rakyat.

Saya langsung tak berminat dengan politik.ini hanya sudut pandangan saya.adakah ini melanggar mana-mana akta?saya cuma risau.dan saya yakin bukan saya saja yang rasa begini.adakah salah bila saya post begini?

Kalau post ini menyinggung perasaan mana-mana pihak,sila maafkan saya.

16 December 2012

2012?apa macam?

Sekarang kita sudah pun dibulan disember 2012.dan masa yang diramalkan akan kiamat pun tinggal 6 hari.apa macam?

Ada sebarang tanda?ada? Adakah nampak dua matahari? dua bulan? Ada?mungkin kalau mabuk aramaiti moginum,mungkin boleh nampak.

Ada siapa-siapa nampak nibiru?

Tapi,apa yang saya lihat,seperti tiada apapun yang bakal berlaku jumaat 21 disember ini.baik bersedia untuk sambut Christmas daripada tunggu kiamat macam orang bodoh.kepada yang percaya ramalan kiamat 2012,baik insaf awal-awal atau anda akan malu sendiri.

Macam post diblog saya disember tahun 2011,saya cakap lagi disini.kita tidak akan tahu bila mahu kiamat.itu hanya Tuhan saja yang tahu.dan kebiasaan Tuhan ketika memberitahu bila,kita boleh baca di bible.bila betul-betul tinggal beberapa hari lagi.bukan macam stail ramalan kiamat,berapa haribulan berapa tahun berapa kiamat.yang kalendar maya mau habis tu,itu tiada kena-mengena pun.belum tentu itu maksudnya,terus buat kesimpulan yang dunia nak kiamat?

Mungkin benar tahunnya sedang di hitung sekarang.tapi kita manusia,boleh tahukah berapa tahun lagi?tidak semudah itu Tuhan akan memberitahu kita.berhabis kita kaji alkitab pun,kalau tujuan hanya untuk cari tarikh kiamat,sia-sia saja.

Memang saya akui.orang begini lebih menghafal alkitab berbanding saya yang jarang membacanya.tapi bila niatnya cuma sekadar ini,sama saja seperti ahli taurat dan farisi yang hanya membaca kitab tapi tidak memahaminya. tambah lagi dari sumber luar,lagilah tak boleh percaya.siap gelap 3 hari konon.

Lebih baik kita hidup sederhana daripada terlalu berlebihan.

MERRY CHRISTMAS TO ALL.

NOW,IM BACK!!

this post is using my email.can i make it?i hope it can.

Since a few month ago,im always try what i can do.

I hope for this!

It work!hohoho.now im back!

11 November 2012

MY NEW POST IN MY FACEBOOK NOTE UNTIL BLOGGER INTERFACE PROBLEM ARE FIXED.(maybe never.......)

01 November 2012

just do something useless

Im just send feedback to google.i said "this feedback button are useless because you all dont want to hear our opinion."

Hehehe.what their reaction on my feedback?i dont know.maybe they mark it as spam?maybe.

I dont know what to do.since my phone operamini browser doesn't support this new interface,i cant make a good post anymore.what to do to fix this problem?buy pc or laptop or netbook?where to get money to buy that thing?

I think,if someone make a petition online to show google they are wrong,i will sign it too.but no petition like that and i dont know how to make some.can someone help me?

That just my opinion.i write in english because i hope google can read this and think about it.but my english are...sorry.

15 October 2012

ramalan terbaru!!3 hari GELAP???

Ramalan terbaru 2012.Kegelapan Tiga Hari!!!jeng!jeng jeng!

NASA predicts total blackout on 23-25Dec 2012 during alignment of Universe.

US scientists predict Universe change,total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012.

It is not the end of the world,it is an alignment of the Universe,where the Sun and the earth will align for the first time.The earth will shift from the current third dimension to zero dimension,then shift to the forth dimension.

During this transition,the entire Universe will face a big change,and we will see a entire brand new world.

The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23,24, 25....during this time, staying calm is most important, huge a chother, pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not prepared,many will die because of fear.Be happy,enjoy everymoment now.Don't worry,pray to God everyday.

There is a lot of talk about what will happen in 2012,but many people don't believe it,and don't want to talk about it for fear of creating fear and panic.

We don't know what will happen,but it is worth listening to USA's NASA talk about preparation. Whether it's true or not, better be prepared.No panic,stay calm,just prays.Remember to smile more, love more and forgive more...every day.Better avoid traveling during December.

Kita tengok nanti betul atau tidak.hahahaha.

02 October 2012

Tetap Berdegil

Saya tak tahu kenapa.tapi saya tetap ketagih berblog walaupun dengan masalah user interface di blogger. _________________________________________ Sekarang saya ingin mencuba lagi dengan post ini.mungkin agak pelik bila nampak garis panjang tu.sebab tiada cara lain. _________________________________________ Yang pasti,saya akan gunakan cara ni untuk setiap post saya sampai user interface blogger diperbaiki.(harap-haraplah) _________________________________________ test dululah.

28 September 2012

new user interface give us problem

hello all!im try again to post.maybe im cant do post with my style like before. _________________________________________ This is our problem today.new user interface are suck!its not support my operamini browser.many people make complain about this too.will google respect us? _________________________________________ To google,I dont interesting with your google chrome.im just use symbian phone to use my blog.have you make google chrome for symbian?if not,you must know what you do to people like me are soo cruel! _________________________________________ But,what i see,many people are saying event with chrome,they still have problem with this soo called 'new user interface'!its not crazy?what are you doing google?are you insane? _________________________________________ Maybe,my post until google solve this problem is to protest this new user interface.give us some option!if we still want to use old user interface,dont force us to change to new fucking user interface!understand?

24 September 2012

new user interface....again?

gila punya blogspot.kenapa mau paksa juga tukar style baru?waktu saya periksa email,saya nampak ada email baru dari google.isinya begini: Dear Webmaster Tools user, We know that having a healthy and well-performing website is important to you. To keep you informed about your site's status Webmaster Tools will now automatically send you a notification email if there are critical or important issues that we detect with your site. We'll only send you email for issues that we think have significant impact on your site's health or search performance which have clear actions that you can take to address. For example, we'll email you if we detect malware on your site or see a significant increase in errors while crawling your site. For most sites these kinds of issues will occur rarely. If your site does happen to have an issue we cap the number of emails we send over a certain period of time to avoid flooding your inbox. If you don't want to receive any email from Webmaster Tools you can change your email delivery preferences at https://www.google.com/ webmasters/tools/ preferences.We hope that you find this change a useful way to stay up-to-date on critical and important issues regarding your site's health. Bila saya mau periksa blog saya ni mau tengok apa problem dia,saya login,saya tengok browser yang saya guna terus not supported.kurang ajar betul! Saya masih ingat dulu pernah begini juga.jadi penyelesaian dia mungkin sama juga.tapi?saya cuba klik roda dekat pilihan bahasa.mau ubah balik user interface lama.tapi ini kali tidak dapat sudah!cis!tiada pilihan macam dulu! Kenapa mau paksa tukar user interface baru?diorang ingat semua orang pakai laptop kah?macam mana berblog pakai mobile phone kalau macam ni? Geram pun apa boleh buat?terpaksa biar saja.tapi banyak yang dulu saya boleh buat,sekarang sudah tidak boleh lagi.tapi saya harap,kalau ada siapa-siapa tau macam mana mau kasi balik user interface blogger style lama,tolong ajar saya. Menyusahkan betul!

19 September 2012

jangan janji kalau tak boleh buat

Janji,kalau cuma kata-kata,senang saja.tapi sanggupkah kita tunai janji walaupun kita akan rugi?kalau sanggup,tahniah!anda sememangnya layak disanjungi.

Berjanji memang sudah perkara biasa dalam kehidupan kita.dari janji kepada kawan untuk bertemu dimasa sekian-sekian ditempat sekian-sekian,hingga janji kepada orang tertentu untuk melakukan perkara tertentu.atau janji kepada diri sendiri untuk menetapkan sesuatu prinsip.

Satu perkara yang menggeramkan bila ada yang berjanji tapi tak boleh,atau lagi teruk,tak mahu tunai janji.kalau tak boleh tunai janji,buat apa berjanji?pendapat saya,orang yang tak mahu tunai janji ini pembohong.dia hanya menggunakan janjinya hanya untuk mendapatkan sesuatu.

Begitu juga ketika berkahwin,pasangan pengantin perlu saling berjanji.bila sudah kahwin,mesti tunai janji untuk setia pada pasangan,layan dia dengan baik,tidak mengabaikan dia.tapi?kadang-kadang sebelum kahwin,atau ketika baru berkahwin saja layan pasangan dengan baik.bila sudah lama,kita kulikan dia,kita pukul dia setiap hari,kita pandang dia sebelah mata saja,apa dia minta kita tak bagi,malah kita beri macam-macam alasan,mana sudah janji yang dulu?kalau pasangan mau bercerai dengan kita,bukan salah dia lagi.

Kalau sudah janji,jangan tidak ditepati,kalau ada janji yang perlu berterusan,patuhinya sepanjang masa.jangan setengah jalan saja terus langgar.

Janji pilihanraya?ini saya tak beranilah nak cakap.sendiri punya taulah.hahahaha.

Janji ini macam hutang juga.kalau janji tidak ditunaikan,ertinya kita berhutang kepada dia yang kita berjanji padanya.kalau tak mampu tapi nak berjanji juga,memang tak ukur baju di badan sendiri.

Tapi yang paling membencikan bila ada yang sengaja tak mau tunai janji.sebab dari mula dia buat janji palsu untuk menipu orang.bila janjinya ditagih,pura-pura hilang ingatan konon yang dijanji bukan yang itu,atau malah cakap dia tak janji apapun.dan menukar janji sesuka hati.hutangnya dibawa mati.banggakah dia kalaupun dia kaya?mulut biawak bercabang lidah,mulut penipu bercabang kata.tak guna tuntut janji dari orang begini.tinggalkan dia dan lainkali,jangan percayakan dia lagi!

Sekadar luahan rasa.geram betul ni!hehehe.

25 August 2012

KU FIKIR BILA SUNYI.

Bila saya berseorangan,banyak benda muncul difikiran.kebanyakannya ialah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.sekadar untuk membuang masa.

Tapi kan baik kalau ia betul-betul boleh dibuat?misalnya,kan baik kalau bantuan OKU saya naik sikit lagi.dalam Rm300 kah,begitu.pasal harga barang sekarang makin naik,kalau bantuan saya naik,dapat juga tolong orangtua saya beli sedikit barang keperluan.bayar astro lagi.atau sekurang-kurangnya dapat beli barang keperluan untuk sendiri.tidak menyusahkan sangat kan?tapi sayang.selalu bila tengok,Rm165 saja.bila baru dapat kumpul untuk simpan lagi?

Kadang-kadang saya fikir,kan bagus kalau harga barang di Sabah ni turun sikit.mahal sangatlah.kalau saya jadi menteri,bagus saya berusaha mengawal dan turunkan harga barang.saya akan buat jalanraya yang baik untuk tempat yang memerlukan.saya akan berusaha menuntut kecualikan Sabah dari dasar kabotaj yang membebankan.saya bina jambatan ditempat yang memerlukan.tanpa perlu janji apa-apa masa pilihanraya.(hehehe)

Kadang-kadang,saya berkhayal jumpa watak anime yang saya minat.nak kacau watak yang comel dan lucu.(hehehe)

Ada-ada saja.tapi ini saya lakukan bila sangat bosan.nak beli memory card baru,tapi belum terima lagi.nak download anime lagi.kalau dapat naik sikit lagi...

Kadang-kadang,saya berangan nak jadi kanak-kanak balik.dan belajar balik.dan alami sesuatu yang belum pernah saya alami.keajaiban yang saya perlukan.zaman remaja yang berlalu begitu saja....

Keinginan memang membebankan.terutama bila ia sesuatu yang mustahil.kalau yang dikehendaki adalah sesuatu yang boleh diusahakan,tidak apalah.tapi kalau keinginan yang tak lojik,lupakan sajalah.

Alangkah baiknya kalau kita sentiasa senang.dan kalau ada masalah pun,masalah yang senang selesai...

Tapi tiada benda yang senang didunia ini.apa pun kita harus bersyukur bila kita masih mampu menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi.sebab bukan semua mampu selesaikan masalah dalam hidup mereka.dan bukan semua masalah dapat diselesaikan.terutama bagi yang kurang mampu.

Namun begitu,ia tetap dapat selesai kalau ada tempat meminta tolong.kalau ada yang menolong.harapan saya ialah,berlaku keajaiban untuk siapa saja yang memerlukannya.

15 August 2012

Pilihan kita?

Hello all.

Sekarang saya masih dengan aktiviti sendiri.download anime selagi boleh.yeah!sekarang,saya rasa sudah ada yang boleh dikongsikan disini.

Syok memang syok kebanyakan anime yang saya download sekarang.tapi ada yang tak lengkap.menyesal juga.dan kadang-kadang,menyesal kenapa tak pilih yang itu,kenapa pilih yang ini?

Tapi selalunya kita memang rambang mata bila dihadapkan dengan banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana.dan disini kita perlukan kebijaksanaan kita untuk membuat keputusan.

Demikian juga dengan kehidupan kita.kita sering dihadapkan dengan banyak pilihan.dan ia mungkin sama banyak dengan masalah yang kita hadapi.dan seperti itu juga,kita harus bijak memilih agar kita tidak menyesal.

Kadang-kadang,kita terlalu setia padahal kita sudah dikhianati.macam mana pula tu?pengkhianatan selalunya jahat.tapi kalau kena pada tempatnya,ia adalah keputusan yang bijak.disinilah pentingnya kebijaksanaan untuk membuat keputusan.yang penting kita sudah tahu apa yang berlaku.sampai bila kita harus setia sedangkan apa yang patut kita dapat,kita tak dapat?

Kita harus tahu membuat keputusan.bukan hanya untuk diri sendiri,tapi untuk orang tersayang juga.kita mungkin akan susah,tapi sekurang-kurangnya kita tahu ia tidak sia-sia.

Sekarang apakah keputusan kita?masih mahu ditakuk lama,atau kita mahu berubah?buatlah keputusan yang bijak dengan pilihan yang tepat.

Tapi memang bukan semua mampu berubah walaupun mereka mahu.berubah juga perlukan kekuatan dan masa.bukan macam Kamen Rider,sekali Hensin,terus bertukar.bukan macam Autobot.cakap Transform,terus bertukar.(hehehe)

Dan beginilah kehidupan.kadang-kadang ia bagai awan yang berlalu.dan perubahan itu bukan dikehendaki oleh si Awan itu.bila zaman sudah berubah,kita juga harus berubah agar tidak ketinggalan.

Tapi bukan semua perkara harus diubah juga.nilai-nilai murni harus dikekalkan demi kemanusiaan kita.bila kita kehilangan kebanggaan sebagai manusia,buat apa hidup lagi?

Jadi kita akan sentiasa harus memilih dalam kehidupan kita.buatlah keputusan yang kita tidak akan menyesal dengannya.pilihlah.silakan!

Terimakasih kerana meluangkan masa untuk membaca.

17 July 2012

ingin......apa?

Hellow! ^_^

Agak lama juga baru dapat buat post baru diblog saya.sebab awal bulan ni sibuk sikit.sibuk download video anime.hahaha.

Tapi saya rasa tak puas hati sikit.sebab episod akhir musim kedua Shinryaku!?Ika Musume.videonya bunyi lain-lain.hampeh!siapalah tukang upload dia tu?dia tak periksa kah?terpaksa cari tempat lain.apa pun,yang lain okey juga.

Nanti kalau ada duit lagi,saya nak beli memory card lagi.hehe.itulah kebaikkan kalau boleh free.harap tak diblock lagi.bukannya saya buat benda tak berfaedah pun.tulis blog pun susah kalau tak dapat free ni tahu?jangan asyik nak block trick free saja.

Selain ini,ada beberapa perkara lagi perlu saya buat.tapi saya kena fikir dulu.tak boleh terburu-buru juga.

Di usia macam ni,orang lain sudahpun bekerja dan berkerjaya.tapi saya masih terperap dirumah.saya tak tahu adakah saya patut percaya masa depan saya pasti cerah atau tidak.tapi saya dapat fikirkan saja.rasa tak puas hati juga.apapun,saya masih bersyukur sebab nasib saya setakat ini masih baik.tapi alangkah baiknya kalau ada jaminan.kalaulah bantuan OKU saya tetap,tak akan berhenti seumur hidup.....(plus naik sikit lagi.hehehe)...kan bagus?

Saya mahukan jaminan hidup.tapi saya tahu rezeki tak akan datang bergolek.saya dapat rasakan kehidupan saya pada masa depan pasti seksa bila tuah saya tamat.jadi saya hanya cuba bersenang lenang sebelum masa itu tiba.sekurang-kurangnya ada kenangan.dan saya kumpul hasil bantuan bulanan saya untuk diguna bila perlu.beginilah bila tidak berpelajaran.tambah OKU lagi.

Saya ingin mengubahnya.saya ingin berubah.tapi ingin saja yang dapat.jadi,saya tulis disini sebagai luahan hati.jadi apa yang mustahil,saya akan lepaskan dan tidak mengejarnya lagi.

Lakukan sekadar yang mampu.bosan betul.tapi saya akan sentiasa bersyukur sehingga masa sukar itu tiba.

Memang bodoh kan?saya ingin post ini post yang ceria.tapi tukar begini pula.apa pun saya berharap pembaca blog saya sentiasa ceria dan sihat selalu.

26 June 2012

Mengenang Salib:Mengenang Peristiwa.



Salib sememangnya lambang agama Kristian.tapi ada aliran yang mengaku Kristian tapi mempersoalkan penggunaan Salib pula.menurut mereka,Salib itu yang membunuh Yesus Kristus.jadi tak patut kita mengenang Yesus dengan menggunakan Salib?bahkan penggunaan Tanda Salib sebagai pembuka doa pun salah menurut mereka.

Saya seorang katolik.walaupun sekadar umat biasa,tetap rasa ada yang perlu diperbetulkan disini.

Ketika umat katolik buat tanda salib,yang disebut bukanlah "salib,salib,dan salib."(hahaha.)sebaliknya yang disebut adalah "atas nama Bapa,Putra,dan Roh Kudus." tanda salib hanya nama.bukan berdoa atas nama salib!kita memuliakan Tuhan yang Tritunggal ketika kita membuka doa dengan namaNya.

Demikian juga dengan penggunaan salib untuk mengenang Yesus Kristus.ada yang mempersoalkan.katanya,kalau misalnya keluarga kamu dibunuh orang dengan menggunakan alat tertentu,takkan kamu mau menggunakan alat pembunuh itu untuk mengenang dia?

Tapi disini,saya sebagai umat katolik,sekalipun hanya umat biasa,ingin menyatakan disini.ini salah!

Sebab 'mengenang ahli keluarga yang sudah mati,tidak sama seperti mengenang pengorbanan Yesus dikayu Salib!yang kita kenang bukan orang yang sudah mati disalibkan menggunakan salib.bukankah Tuhan Yesus sudah bangkit hidup semula selepas 3 hari?yang kita kenang adalah Peristiwa Pengorbanan Yesus Kristus Di Kayu Salib!yang kita kenang ialah PERISTIWA!!dan apa yang dapat diguna untuk mengenang Peristiwa tersebut kalau bukan Salib?dan salib adalah tradisi hukuman mati orang Roman zaman itu.(http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Crucifixion) bahkan,salah seorang santo disalib terbalik pun bukan tiang lurus? tetap bentuk palang juga?kan kejujuran itu penting?

Yesus Kristus tetap hidup untuk selama-lamanya.jangan mengenang Dia sebagai orang mati.kita sebagai umat Kristian patut tahu Yesus senantiasa berserta kita sampai akhir zaman.(Matius 28:20) jangan salah bandingkan Dia dengan ahli keluarga yang sudah mati!Yesus adalah Tuhan!

Sekarang kita tahu,kenapa kita gunakan Salib.kan?

Tambahan

Ada perbezaan di antara salib yang mempunyai tubuh Yesus atau salib ber-korpus berbanding salib yang kosong. Dan kenapa Katolik menggunakan salib yang ber-korpus.

Salib yang mempunyai tubuh Yesus atau salib ber-korpus , adalah simbol yang digunakan oleh Gereja Katolik, berbeza dengan beberapa denominasi Protestan, yang menggunakan hanya salib yang kosong. Sejak Missal Roman Pius V pada tahun 1570, penggunaan salib sebagai Palang Altar telah mandatori untuk misa Katolik.

Berdoa di hadapan salib ber- korpus adalah tanda kesetiaan umat Katolik, terutamanya apabila penyembahan umum di Gereja atau sebagai penyembahan secara pribadi (private devotion) di Chapel. Orang boleh duduk, berdiri, atau berlutut di depan salib, kadang- kadang membuat renungan diri , atau hanya berada di depan dengan kepala tunduk atau mata ditutup.

Perlu diingat bahawa Kristus memperolehi keselamatan kita dengan mati di atas salib. Salib dengan sendirinya hanya simbol penyaliban. Memang benar yang salib adalah simbol Kristian , tetapi kita perlu sentiasa ingat siapa yang berada di atas salib dan meninggal dunia di sana untuk kita. ""If Jesus isn't on the Cross any more, why have a Cross at all?" "We proclaim Christ crucified!" [1 Cor. 1:23] Salib yang kosong hanyalah, kosong, atau lebih tepat ; ia tidak lengkap. Salib tidak dengan sendirinya menebus kita. Kitab Suci memberitahu kita bahawa Yesus Kristus lah orangnya yang menebus kita di atas kayu salib. Penebusan kita adalah sangat bersifat peribadi kepada yang menebus (Yesus Kristus) dan yang ditebus (kita). Salib ber- korpus hanya menyampaikan mesej yang salib kosong tidak akan mampu menebus kita, tanpa adanya Yesus Kristus. Kita tidak berani untuk mengabaikan apa yang dialami oleh Yesus Kristus. Kita tidak berani untuk menghapuskan gambaran kesengsaraan Nya. Kita menyembah-Nya sebagaimana jelasnya tubuh badan-Nya yang berlumuran berdarah diatas salib. Salib yang kosong, hanya memperingatkan kita kepada alat yang digunakan oleh orang Rom sebagai kaedah pelaksanaan hukuman yang menyakitkan, di mana orang yang dihukum, diikat dan dipaku ke salib kayu yang besar dan dibiarkan tergantung sehingga mati. Dan sesiapa yang memaparkan salib, salib dengan tubuh Kristus, beliau menyembah Penebus kita, yang telah mengalami kematian yang menyakitkan untuk dosa- dosa kita. Amin.

God Bless all reader.

23 June 2012

Majlis pertunangan sepupu saya.

Hello.saya kembali lagi!hehehe.

Hari ini,majlis pertunangan sepupu saya dirumah saya.kenapa dirumah saya?sebab menurut mereka,dirumah kami yang sesuai.saya pun tak pasti kenapa.
Sekarang baru tahu macammana perasaan tuanrumah sesebuah majlis.walaupun ringkas saja,tapi susah juga.tambah lagi bila ramai yang datang.budak-budak pun macam-macam karenah.alahai!tapi saya diatas saja.sekali sekala turun tengok-tengok saja.

Sedang menyiapkan bahan masakan.

Bapa saya berbual dengan tetamu.

Budak-budak tengok kartun dilaptop.

Tetamu.

Inilah sepupu saya.yang nombor dua dari kiri tu.dialah yang bertunang tu.yang sebelah dia ada budak tu pun sepupu saya juga.budak tu anak dia.

21 June 2012

Golongan Muda Malaysia Dipelawa Menulis Mengenai Hak Dan Tanggungjawab Warga

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) --
Golongan muda Malaysia dalam
lengkongan usia 13 hingga 25
tahun dipelawa menulis esei dan
blogspot mengenai hak dan
tanggungjawab mereka sebagai
warga negara Malaysia pada
Pertandingan Esei Yayasan
Maybank-Yayasan Kepimpinan
Perdana (YKP) 2012.

Pengarah Eksekutif YKP Tan Sri
Nik Mohamed Nik Yaacob
berkata, menerusi pertandingan
ini yang dianjurkan dua tahun
sekali sejak 2006, mereka ingin
mendengar pandangan belia
tentang bagaimana penduduk
negara ini dapat menjamin masa
depan yang makmur dan cerah
untuk negara.

Beliau berucap pada pelancaran
pertandingan itu oleh bekas
perdana menteri dan Presiden
Kehormat YKP Tun Dr Mahathir
Mohamad di sini.

Pertandingan terbahagi kepada
dua - kategori A untuk mereka
dalam usia antara 13 hingga 17
tahun dan kategori B antara 18
hingga 25 tahun, dengan tema
"Membentuk Negara: Hak dan
Tanggungjawab kita sebagai
Warga". Peserta boleh menulis
dalam format esei atau blogspot
dalam Bahasa Melayu atau
Inggeris, namun mereka
digalakkan menulis dalam
Inggeris.

Maklumat mengenai pertandingan
itu boleh diperolehi di http://
perdanaessaycompetition.com.my ,
atau telefon 03-8885 8900 atau
e-mel
essay2012@perdana.org.my
-- BERNAMA

Saya sudah 26.tak dapat dah.

16 June 2012

Im not happy because this....

Hello all reader! this is my second post in english.just try if it's become more beter than before or it's still worst.hahaha.

Now what im trying to say is what i feel about some issue.it's about philippines claim to Sabah.that not logic.but they still think Sabah belong to them.event if native people in Sabah not agree with them,they still think malaysia grab their land.and they think they have right to claim Sabah and all sabahan are filipino!that are crazy!are they dont understand we people of Sabah self want to formed malaysia,with malaya,Sarawak and singapore?are they think that kadazandusun are malayan?stupid!

We kadazandusun lived in Sabah thousand year ago.what they right to claim Sabah?just because brunei gifted some area(but not whole) to sultan sulu,few century ago?why they dont defend Sabah when japanese attack us in WW2?that british and australia who defend us!they have no right anymore!

Okey.im not hate all filipino.im salute if some filipino can understand what people in Sabah think and not claim us like we are their.but im hate some arrogant filipino who think just malayan dont agree Sabah become part of their country.bullshit!are you dont mind what is HUMAN RIGHT? why think our belonging is your?

Why i need to worry about it?yess.they are weak.they are poor.they are not claim us oficially anymore.but what in their heart,only they and God can know.now many ilegal immigrant from their country come to our country.it may become worst.why government not doing something about it?sorry to our government.but it's about citizen safety.when they(PATI) come,they shamelessly doing crime in Sabah.do you think its still small matter?if their people become more many than local,they maybe want to grab Sabah.maybe that is their tactic.dear government,do you still think that just small matter?

My message to beloved government.please!please do something.im not interested about politic.but this about our safety.how if someday,one of our minister family are killed by PATI?are you want to wait until this happen?or maybe,you and your family have guard with you,so you not woried?what about ordinary citizen?you dont mind?how if they claim Sabah,with their people in Sabah support them,when their people become many than local?

That just my point of view.what wrong with what i said here?are this can be crime?i think im not doing anything wrong.just maybe,im wrong with my grammar.im just a weak people who are viewing this world with my two eyes.

I just hope,our people can live peacefully in their own land.i hope,some miracle can happen.i hope,government can regard people voice.i hope,what i said here not being crime by governent mistake.i hope.just hope.

To all reader,thanks to take your time read my post.

08 June 2012

nasib oh nasib.....

Kali ini,saya cuma mahu katakan tentang nasib.

Kalau kita tidak berusaha untuk mengubah nasib,bolehkah nasib kita berubah?hampir pasti jawaban kita ialah "TIDAK".jadi kalau mengikut standart ini,bolehkah saya tidak berputus-asa?

Usaha kena ikut kemampuan juga.tapi kalau cuma membuang masa setiap hari,hanya ada jalan buntu.jadi usaha apa yang boleh?terus berharap.macam bodoh saja.

Setakat ini,masih boleh bersyukur pada Tuhan sebab masih ada pendapatan walaupun tidak tetap.simpanan pun ada.tapi entah kenapa terasa masih tidak terjamin.

Tapi usaha apa?entah.tulis blog pun untuk membuang masa.memang saya tahu ada cara buat duit pakai blog.tapi tidak tahu nak minta ajar siapa?saya tak tahu.

Saya dah lama lepaskan "yang satu itu".tapi yang ini saya tak dapat lepaskan kalau saya mahu pun.jadi?teruskan menanti.menanti nasib berubah.bagai menanti bulan jatuh ke riba.saya sendiri pun dah bosan.apa boleh buat?

Post kali ini memang membosankan.maafkan saya.tapi rasanya semua orang pun akan seperti saya sekiranya di posisi saya sekarang.

Tapi,saya akan cuba untuk lebih berfikiran positif.tiada gunanya kita risau pada perkara diluar kemampuan kita.kan?sakit kepala berfikir mengenainya pun,buat apa?jadi saya percaya suatu hari nanti pasti akan berlaku keajaiban.dimana pada hari itu,dari tidak mampu bertukar jadi mampu.yang dapat saya lakukan hanya bernafas sampai saat itu tiba,atau sehingga nafas saya terhenti.

Hanya ini usaha yang dapat saya lakukan.saya akan terus berharap.

03 June 2012

TRITUNGGAL MENURUT PEMAHAMAN SAYA.



Maaf kalau post saya pada kali ini agak sukar untuk difahami.sebenarnya saya sendiri pun tidak berapa faham apa yang saya post kali ini.sebab ia tiba-tiba timbul difikiran saya seolah "dimasukkan oleh sesuatu."

Injil Yohanes 1:1-5 "pada mulanya adalah Firman;Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah.segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada satu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan.dalam Dia ada hidup dan hidup itu adalah Terang manusia.Terang itu bercahaya dalam kegelapan dan kegelapan itu tidak menguasainya."

Matius 28:19 "pergilah,jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus."

Tritunggal.ini memang sukar difahami.sehingga ada yang terlalu pentingkan logika manusia tidak dapat menerimanya.kalau tiga katakanlah tiga.kalau satu maka satulah?

Ada pula yang membandingkan Tritunggal dengan anggota badan.macam tangan,kaki,kepala?kurang tepat.tapi ini bagus sikit sebab mencuba sedaya upaya menerimanya.ada yang terlalu anti langsung tidak mampu memahami.sebab mereka menganggap Tritunggal adalah kesalahan dalam matematik.buruknya!

Dan saya membaca dalam satu website katolik (kalau saya tidak silap katolisitas.org) memberi gambaran terlalu abstrak.lagu dan suara yang menyanyikannya.tepat tapi masih sukar difahami.

Sepatutnya zaman sekarang kita semakin tahu apa boleh digunakan sebagai perbandingan.kita masih keliru?kadang-kadang pengertian kita tentang "tiga dalam satu" lebih kepada campuran.jadi kita tidak tau bagaimana menyifatkan bila tiga dalam satu itu memang yang asal.

Sebab kita ingat Tuhan ni macam makhluknya juga.bila satu maka satulah Ia!tapi sekarang biar saya memberitahu anda.

Tuhan adalah KUASA.

Kita perhatikan saja lampu yang menyala bila ada elektrik?cuba fikirkan.elektrik adalah terdiri daripada cas + dan cas -.keduanya berbeza.tapi jika tiada salah satunya,adakah lampu itu akan menyala?tapi elektrik bukan campuran.kerana kedua-dua + dan - sudah ada semenjak elektrik ditemui.proton pun bukan neutron juga.tapi jika tiada salah satu?

Tuhan adalah kuasa.dan ada tiga peribadi dalam satu kuasa.sama macam dua kutub.atau dalam kes ini,tiga kutub berbeza membentuk satu kuasa.dan keadaanNya memang begitu dari mula lagi.Tuhan adalah kuasa.jadi apa peliknya ada tiga peribadi dalam kuasa itu?Tuhan bukan seperti makhluk yang terhad satu orang cuma satu peribadi.Tuhan adalah KUASA!

Macam juga masa?ada masalalu,masakini dan masadepan.tapi masa juga?

Itulah keunikan Tuhan Umat kristiani.sebab itulah kebanyakkan orang susah menerima bahawa Yesus Kristus adalah Firman Tuhan.dan Firman Tuhan tidak diciptakan,tapi ada semenjak kekekalan.kerana Bapa,Putra dan Roh Kudus adalah Tuhan!dan yang tidak memahamiNya,memenggal Tuhan dengan menganggap hanya peribadi yang satu saja adalah Tuhan manakala yang dua lagi bukan!

May God Bless all readers!

31 May 2012

Impian handphone.hahaha.

Hehehe.Saya memang suka berinternet ni.dulu saya pernah mau cuba komputer di pusat internet percuma,konon untuk tempat belajar IT,tahun berapa tu,saya tak ingat dah.tapi ada perempuan tu tengok saya lain macam saja.macam tak pernah nampak orang kurang upaya saja.temberang betul!tapi ada seorang makcik tu nampak kampungan dia ajar juga.saya tunggulah. tapi bila nampak saya terus dia padam komputer di situ.ada kawan dia kata masih nak main pun dia kata tak boleh.entah apa yang dia nampak pada saya sampai reaksi dia begitu.binawe!ingat saya ni makan orangkah?

Sejak hari itu,saya berazam,saya mau komputer saya sendiri.baru boleh berinternet puas-puas.baru puas hati.tapi masa tu komputer mahal.lagipun dimana juga saya boleh letak.

beberapa tahun selepas itu,barulah saya tahu handphone pun boleh masuk internet.jadi saya beli lah yang murah sikit.mula-mula saya beli nokia 3220.harga dia masa tu lebih-kurang dalam RM3 ratus.hasil kumpul duit bantuan Oku selama 5 bulan.waktu tu bantuan yang saya terima baru dalam RM85 sebulan.waktu tu dalam tahun 2007 kalau tidak silap.lepas tu bila saya nampak abang saya beli smartphone ada memory card,saya pun mahu lagi.sebab penuh sudah 3220 saya dengan gambar watak anime.(hehe) jadi saya mau yang ada memory card supaya boleh download video,gambar dan lagu.saya kumpul lagi duit.saya ambil lagi sikit simpanan saya di akaun ASB saya,padahal belum sampai seribu pun.mak saya marah waktu tu.dia cakap bagus kumpul duit untuk masa depan.saya cakaplah sama dia nanti saya kumpullah balik.last-last terbeli juga nokia 3230.lepas tu saya kotakan janji.kumpul balik duit yang sudah diguna tu.bila saya balik-balik mau simpan seratus,last-last lebih banyak juga.

Kemudian tu 3230 lagi buat masalah.8 bulan lepas dibeli,penekan dia lagi rosak.lagipun skrin dia ada masalah.ngam-ngam waktu tu ada urusan tanah kami disana Natu.ada orang tu (kami kenal dia ni.tapi tak sangka dia nak menipu.) kata tanah tu ada masalah.jadi kami terpaksa jual tanah tu.konon berlapis geran kami.jadi kami diberi pampasan konon dalam tidak sampai 2 ribu.bukan kami saja,tapi banyak orang kampung juga kena tipu.entah berapa ekar tanah kami situ kami pun tak tahu.dengan duit pampasan untuk bahagian saya konon tu,saya beli handphone yang saya pakai sekarang ni dalam november 2008 kalau tidak silap.yang lebihan dia simpan lagi di akaun saya.satu kali terbongkar,tu taukey patut mau bayar kami lebih dari itu.dan geran itu sebenarnya tidak bermasalah.apalagi,marahlah orang kampung.sebab orang tu dapat untung dalam entah berapa juta tu, hasil menipu!kes tu sampai sekarang pun belum selesai.

Sekarang saya pasang angan-angan lagi.macam tak pandai puas pula.hehehe

Ini nampak bagus.full QWERTY.mungkin ngam ni saya pakai untuk berblog.bentuk dia pun saya suka.

Ini pun bagus.expressmusic.boleh main N-gage lagi.ada Full QWERTY juga.

Ini paling saya mau.skrin besar.ngam untuk tengok movie.boleh sambung TV lagi pasal ada TV-out.ada full QWERTY juga.boleh main N-gage juga.

Entahlah.bilalah baru ada cukup duit lagi?kalau saya kasi keluar lagi simpanan saya,takut nanti marah lagi orangtua saya?

Hahaha.macam tak pandai bersyukur pula.saya punya sekarang pun bagus bah.

Tapi ini rupa lama dia.sekarang rupa dia dibawah ni.

Keypard dia dah pecah.rupa dia sebelum ni lebih teruk.kalau bukan pasal abang saya mau tukar housing handphone dia,(abang saya punya yang 8GB.)belum tentu saya dapat tukar cover keypard dia.yang lama punya sudah pecah!nampak besi sudah sepatutnya penekan nombor dia.hahaha.perasankah warna merah di tengah penekan arah dia?hahaha.

19 May 2012

Wawasan Siang: Ajaran Sesat Collyridianisme (Penyembahan terhadap Bunda Maria)

Hampir semua ajaran sesat yang
menyerang pada abad-abad
pertama Gereja Katolik berkaitan
dengan Tritunggal atau
Kristologi. Namun ajaran sesat
Collyridianisme berbeda. Ajaran
sesat ini berkaitan dengan
Mariologi di mana sekte
Collyridianis ini mengajarkan
penyembahan dan penuhanan
terhadap Bunda Maria.
Bidaah ini hadir pada sekitar
tahun 350-450 di wilayah Arabia.
Tidak diketahui siapa pendiri
sekte ini dan sedikit sekali
informasi yang bisa kita ketahui
sekarang tentang sekte ini. Selain
itu, tampaknya karena bidaah ini
hadir pertama-tama di Arabia,
maka orang-orang di sana
kemudian menyangka bahwa
Allah Tritunggal adalah Bapa,
Yesus Kristus dan Bunda Maria.
Sampai sekarang pun kita masih
bisa mendengar sangkaan seperti
ini.
Kesesatan Collyridian ini
sederhana: Mereka menyembah
Bunda Maria. Hal ini secara
langsung bertentangan dengan
pengajaran Gereja Katolik yang
mengutuk penyembahan berhala
yang juga telah dikutuk oleh
Allah sendiri: “Jangan ada
padamu allah lain di hadapan-
Ku.” (Kel 20:3; Ul 5:7) Devosi
terhadap Bunda Maria dalam
sekte ini kemudian
dikembangkan sebagai
Penyembahan (Idolatri/
Pemberhalaan) terhadap Bunda
Maria. Gereja Katolik memang
mengajarkan penghormatan
tinggi (hiperdulia) terhadap
Bunda Maria yang diyakini
Perawan Selamanya, Bunda Allah,
Pengantara Segala Rahmat, dll.
Tetapi sekte ini melewati batas
seharusnya dalam penghormatan
terhadap Bunda Maria sehingga
mereka malah jatuh kepada
penyembahan terhadap Bunda
Maria.
Detail mengenai Collyridianisme
ini sangat sedikit tetapi secara
spesifik kita bisa mengetahui
bahwa sekte ini
mempersembahkan Kurban
Ekaristi kepada Bunda Maria. Hal
ini bertentangan dengan Gereja
Katolik yang selalu
mempersembahkan Kurban
Ekaristi kepada Allah dan tidak
kepada yang lain termasuk
Bunda Maria. Illustrasinya
demikian: Dalam Doa Syukur
Agung I (Pertama) terdapat teks:
“Oleh karena itu ya Bapa, kami
mengenangkan Yesus Kristus,
Putera-Mu, yang telah menderita
bangkit dari alam maut dan naik
ke surga dengan mulia. Kami,
umat-Mu, mempersembahkan
kurban yang suci murni, yakni
Roti Kehidupan Abadi dan Piala
Keselamatan Kekal.”
Namun, dalam sekte ini, doa ini
digubah sedemikian rupa
sehingga kira-kira menjadi
demikian untuk menunjukkan
kurban Ekaristi dipersembahkan
kepada Bunda Maria,
“Oleh karena itu ya Bunda
Maria, kami mengenangkan Yesus
Kristus, Putera-Mu, yang telah
menderita bangkit dari alam
maut dan naik ke surga dengan
mulia. Kami, umat-Mu,
mempersembahkan kurban yang
suci murni, yakni Roti Kehidupan
Abadi dan Piala Keselamatan
Kekal.”
Para Bapa Gereja Katolik dengan
segera mengetahui keberadaan
ajaran sesat ini dan mereka
menolaknya. Tokoh terkemuka
penentang ajaran Collyridianisme
ini adalah Bapa Gereja Epifanius
(315-403), Uskup Salamis.
Epifanius terkenal sebagai orang
yang sangat terpelajar dan
pertapa suci. Ia adalah teman
dekat St. Hieronimus, seorang
Bapa Gereja Barat yang terkenal
yang menerjemahkan Kitab Suci
dari bahasa Yunani ke bahasa
Latin atas perintah Paus St.
Damasus I. Namun, Epifanius ini
adalah orang yang dikenal sangat
bertemperamen tinggi dan keras
sehingga tidak sedikit pula uskup
lain yang kesal terhadapnya.
Epifanius membuat tulisan
melawan ajaran sesat
Collyridianisme dalam buku
apologetiknya yang terkenal,
Panarion (artinya Kotak Obat-
obatan). Buku ini berisi
sanggahan-sanggahan Epifanius
terhadap lebih dari 80 jenis
ajaran sesat yang dia ketahui
pada zamannya. Dalam buku ini,
dia menyanggah dua ajaran sesat
ekstrim dan saling bertolak-
belakang mengenai Bunda Maria,
yaitu Collyridianisme (yang
menuhankan Bunda Maria) dan
Antidicomarianitisme, sebuah
sekte Arab yang merendahkan
dan melecehkan status dan
kebajikan Bunda Maria serta
mengklaim bahwa Bunda Maria
melakukan hubungan suami istri
dengan Yosef sehingga Bunda
Maria tidak dapat diyakini Yang
Tetap Perawan Selamanya. (bdk:
Panarion 78:1)
Anggota sekte Collyridianisme
adalah pertama-tama para
wanita yang mengembangkan
kombinasi sinkretistik antara
Tradisi Katolik dengan tradisi
pemujaan terhadap dewi-dewi
pagan. Epifanius menulis:
“Beberapa wanita di Arabia
telah memperkenalkan
pengajaran yang tak masuk akal
dari Thracia: [yaitu] bagaimana
mereka mempersembahkan
kurban roti dalam nama Maria
yang Perawan Selamanya, dan
semua [dari mereka] mengambil
bagian dalam roti
ini.” (Panarion 78:13).
Epifanius menekankan perbedaan
antara Bunda Maria dan Allah:
“Sekarang tubuh Bunda Maria
memang adalah suci, tetapi itu
bukanlah Allah; Perawan [Maria]
memang adalah seorang
perawan dan dihormati, tetapi ia
tidak diberikan bagi kita untuk
disembah, melainkan ia sendiri
menyembah Dia yang lahir dalam
daging dari ia. ... Menghormati
Maria, tetapi hendaklah Bapa,
Putera dan Roh Kudus disembah,
hendaklah tidak seorang pun
menyembah Maria, ... sekalipun
Maria adalah tercantik dan kudus
dan terhormat, tetapi ia ada
tidak untuk
disembah.” (Panarion 79:1,4)
Bersama Epifanius, kita dapat
berkata bahwa siapapun yang
menyembah Maria atau ciptaan
lainnya berarti telah melakukan
penyembahan berhala dan harus
ditegur. Kita sebaiknya melihat
ke dalam Kitab Suci, pada kasus
di mana malaikat menegur St.
Yohanes karena tindakannya
menyembah malaikat: “Maka
tersungkurlah aku di depan
kakinya untuk menyembah dia,
tetapi ia berkata kepadaku:
Janganlah berbuat demikian! Aku
adalah hamba, sama dengan
engkau dan saudara-saudaramu,
yang memiliki kesaksian Yesus.
Sembahlah Allah! ... ” (Wahyu
19:10) Tidak diragukan lagi
bahwa Santa Perawan Maria
sendiri akan berkata hal ini
kepada siapapun yang berusaha
menyembah dia.
Collyridianisme Modern
Collyridianisme dapat dilihat
sekarang dalam berbagai bentuk.
Kelompok “Hiper-Marian” dan
para penulis yang terlalu
meninggikan Bunda Maria dan
sangat fokus terhadapnya
sehingga tidak jarang
mengecualikan Kristus dapat
dikatakan bersalah atas usaha
penyembahan berhala atau
pemuliaan Maria melebihi Kristus.
Di samping itu, muncul pula
gerakan feminisme modern yang
memuja seorang wanita sebagai
yang ilahi dan berusaha
menggambarkan kembali Allah
dalam konteks dan istilah feminis
seperti beberapa kelompok
wanita Korea di Bandung yang
menyebutkan “Allah itu ibu
kita.” dsb.
Di samping itu, devosi yang
berlebihan oleh umat Katolik
dapat dianggap penyembahan
berhala. Contoh sederhana ketika
kita lebih memilih duduk berdoa
Rosario di gua Maria ketimbang
melaksanakan kewajiban kita
mengikuti Perayaan Ekaristi pada
hari Minggu. Dapat pula devosi
berlebihan ini ditunjukkan oleh
gelar dan ucapan kita kepada
Bunda Maria. Tidak jarang kita
mendengar umat Katolik
menyebutkan, “Bunda Maria,
sumber segala rahmat,
ampunilah dosa kami.” Padahal,
Sumber Segala Rahmat itu adalah
Allah sendiri sedangkan Bunda
Maria hanya dapat digelari
Pengantara Segala Rahmat
karena mengandung Yesus,
Putera Allah, Sumber Segala
Rahmat itu sendiri. Juga, kita
tidak bisa memohon ampun dosa
kepada Bunda Maria karena
Bunda Maria tidak punya hak
untuk itu. Kita dapat meminta
Bunda Maria mendoakan kita
atau melindungi kita, tetapi
meminta ampun dosa tidak
dapat kita lakukan kepada Bunda
Maria.
Gereja Katolik dalam usaha
mencegah devosi berlebihan dan
keliru ini, menetapkan agar
semua buku doa dan buku devosi
mendapatkan Nihil Obstat dan
Imprimatur dari hierarki
setempat sehingga ada jaminan
aman untuk digunakan oleh
umat Katolik dan umat Katolik
dapat mengetahui gelar apa dan
ucapan apa yang diperbolehkan
untuk kita berikan terhadap
Bunda Maria. Hal ini juga untuk
menunjukkan kepada umat non-
Kristen Katolik bahwa Gereja
Katolik tidak menyembah Bunda
Maria seperti yang dilakukan oleh
Collyridianis. Juga, umat Katolik
dapat berargumen membela
ajaran Gereja bahwa Katolik tidak
menyembah Bunda Maria dengan
menunjukkan fakta bahwa
Ekaristi, Puncak Kehidupan orang
Katolik, hanya dapat
dipersembahkan kepada Allah,
tidak kepada Bunda Maria.
Pax et Bonum. Artikel ini ditulis
oleh Indonesian Papist untuk
memperingati Bulan Maria, Mei
2012.
Referensi:
Collyridianism oleh Patrick
Madrid dalam Majalah Katolik,
“This Rock” edisi tahun 1994
yang diterbitkan di Amerika
Serikat.

14 May 2012

Laporan Harian Metro Yang Tidak Berasas

Baru-baru ini heboh di facebook dan beberapa blog disebabkan laporan akhbar Harian Metro.ramai kawan dari sarawak turut mengutuk laporan tidak berasas seperti dalam gambar ini



Siapa pun sepatutnya faham apa perasaan kaum penan bila baca laporan ini.mengapa pengarang berita ini seperti tak berotak?sekarang ni zaman apa?kenapa masih pandang rendah pada kaum lain?

Tempat kaum penan memang tak dimajukan.tapi laporan ini seolah-olah mencaci dan menghina kaum tersebut.tak adakah adat kaum penan?atau pengarang akhbar ini yang tak berotak?semua manusia pun,lebih-lebih lagi suku kaum di Sarawak saya percaya ada adat yang melarang perkahwinan seperti ini.atau inilah mentaliti dari orang yang kononnya "maju"?dia fikir orang sarawak ni macam binatang?

Saya turut bersimpati pada orang sarawak.walaupun saya dari sabah,tapi tuduhan itu terasa juga sebab sama-sama dari malaysia timur,yang mana selalu diejek oleh segelintir orang semenanjung sebagai "tinggal atas pokok".

Kepada Harian Metro,saya harap ubahlah perangai tu.minta maaf secara terbuka dan jangan ulanginya lagi.buanglah mentaliti suka pandang rendah kaum lain.banyak laporan lain yang lebih baik dapat dibuat selain kaburkan muka pada gambar konon "membongkar rahsia" tu.kenapa tak fokus pada kemajuan tempat tinggal kaum penan?mengenai kekurangan keperluan asas mereka misalnya bekalan air,elektrik,jalanraya,sekolah?

Buat berita biar berfaedah.jangan pentingkan sensasi.

12 May 2012

Sudah setahun



Hello!

sekarang sudah pun bulan mei.sebenarnya sudah berapa hari saya mencuba baru dapat buat post ni.nasib baik berjaya kembalikan user interface blogger kepada yang lama seperti mula-mula.entah kenapa diorang suka hati saja mau tukar.heiyah!

Bulan mei.ertinya,sudah setahun saya berblog.pada bulan ini juga umur saya bertambah setahun lagi.

Bagaimana blog saya selama ini?adakah ia membosankan?sebab kebanyakkan isi blog ini merapu sesedap rasa.hanya luahan hati dan pendapat sendiri tentang beberapa isu.berapa ramai yang berminat nak baca?

Entahlah.blog lain menunjukkan kematangan penulisnya.saya pula cuma menulis khayalan tentang sesuatu yang ideal.kan baik kalau begini,kan baik kalau begitu...bosan tak?saya bercakap besar tentang perkara yang baik tapi belum tentu saya sama seperti yang saya katakan.saya tak yakinlah....

Kalaulah boleh,saya ingin buat sedikit perubahan dalam hidup ini.tapi apa yang boleh saya usahakan? mungkin inilah nasib kalau kurang upaya.tunggu,tunggu,terus tunggu....

Apa pun,saya rasa lebih baik tumpukan pada benda yang boleh diusahakan.tak mahulah yang perlu tunggu tu.sampai mati pun tak datang juga.ada perkara perlu diteruskan,ada perkara perlu ditamatkan.inilah hidup kita.

Alangkah baiknya kalau berupaya merealisasikan mimpi.......

03 May 2012

operamini not support new blogger?

i have problem with this new bloger format.what i need to do?soo sad.maybe new format are beter,but not beter for someone like me.because im just use operamini for bloging.just with mobile phone! or can i use google chrome for mobile?where i can get it? Maybe i still can post.but?i cant post pict,i cant edit my blog.i cant ad javascript and many thing i do like before!what happen? I think i like that old one.not this new.how can i switch that to return like before? Why all of this happen to me?sad....i just want to enjoy writing in my blog.

19 April 2012

Kelayakan untuk berdebat?

Sikarang sya mo cakap sabahan baliklah.hahaha.

Baru-baru ni,(tapi ada lama sikit suda bah) ada urang mo menembirang mengaku konon ada ijazah.lepastu dia bilang tiada konon setanding dia sana.

Masa tu adalah geng sya besoal jawab sama dia.tapi cara dia,hem..tembirang saja lebih.sya pun geram bah.tapi rasa mo ketawa pun ada.bilang konon ada ijazah,bila geng sya soal dalam bahasa english,dia jawab malayu juga.hahahahaha.sudahlah tu,dia jawab bukan jawab juga,tapi tukar topik pula.pusing sana,pusing sini,loyar buruk saja.

Jangan labah mo tembirang kalo sekadar tembirang saja yang ada.kalou begitu saja skil urang ada kelulusan,sya pun bulih mengaku sya lulusan universiti walaupun sya tida parnah injak darjah dua punya.(ia bah.darjah satu satu minggu saja.hahaha)

Biasa urang kalou betul-betul ada kelulusan,dia tida mo tunjuk-tunjuk bah.apa juga dia dapat kan?

Tapi saya memang tidak suka cara orang temberang macam tu.bila dia dah tak dapat menjawab,satu-satunya alasan yang dia dapat beri adalah "kau tak layak!"padahal,siapa yang tak layak?kalau dah salah tu,mengaku sajalah.lagipun,soal kebenaran ni bukan mau tengok layak atau tidak,tapi betul atau salah.kalau nak berdebat,jangan persoalkan kelayakan.tapi orang yang mengatakan pada orang lain "kau tidak layak" bila sudah tiada jawaban lain,hanya sikalah.sebab dia dah tetapkan diminda bahawa hanya dirinya yang betul tanpa peduli apa pun pandangan orang lain.kalau begitu, buat apa dia pigi berdebat?

Ei! kalou sya,bagus diam saja.bikin malu saja.terus teranglah,sya tida berapa yakin o mau debat-debat ni kecuali kalou sya butul-butul tau ni hal.tapi kalou sya tida berapa tau,sya salalu minta sori dulu.

Pendapat saya bukan yang terbaik,tapi yang terbaik yang dapat saya berikan.

12 April 2012

DUNIA BELUM BERAKHIR

Post saya kali ini mengenai cinta.ya,cinta.

Sama seperti hal yang lain,cinta juga ada sudut positif dan negatifnya.

Mungkin saya belum layak untuk mengatakan ini.maklum sajalah saya belum pernah mengalaminya sebagaimana sepatutnya.belum pernah menjalin hubungan dengan sesiapa.tapi ilham datang dari perbualan dengan kawan.hehehe.

Apa yang saya lihat,lebih banyak orang menjadi bodoh kerana melihat cinta dengan cara yang salah.(macamlah dah pandai sangat.hehehe) amat sedikit yang melihatnya dari sudut yang betul.ramai juga yang tidak dapat membezakan antara nafsu dengan cinta.antara keinginan untuk memiliki dengan keinginan untuk memberi.

Ramai juga yang melihat cinta bagaikan ia hanya untuk antara lelaki dengan perempuan.aduh!sempitnya!

Sebenarnya,kita tidak mencari 'teman istimewa' untuk bercinta,jika benar cintalah yang kita mahu!kerana mencintai ertinya memberi apa yang terbaik yang mampu kita berikan!berikan yang terhangat dari isi hati yang paling dalam!

Tapi ada banyak yang merasa bagaikan segalanya sudah tamat bila putus cinta dengan teman lelaki/wanita.paling bodoh bila sampai ada yang bunuh diri!padahal masih banyak cinta yang lain masih menanti.Dunia Belum Berakhir!

Maksud saya,bukan peribahasa "bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor" ya.(tapi kalau begitu pun tak salah juga.hehehe)maksud saya,masih ada perkara lain lebih berguna dari berfikir mengenai seseorang yang meninggalkan kamu.lebih baik berfikir mengenai sesiapa yang memerlukan kamu.misalnya,keluarga!tanggungjawab kamu kepada ibu-bapa,adik-beradik,atau kepada haiwan peliharaan kesayangan kamu,itulah cinta!nak lebih lagi?masih ada Tuhan dengan CintaNya yang Agung.tidakkah itu cukup untuk menggantikan cinta pada kekasihmu,cinta yang hilang itu?

Dunia belum berakhir.ya,Dunia belum berakhir!cinta sejati adalah cinta yang abadi.ia tidak ingin memiliki,tetapi memberi yang terbaik.dan ia tidak mementingkan diri sendiri.hidup itu sendiri hasil dari Cinta Sejati.hargailah ia!

08 April 2012

PASKAH

Paskah, suatu perayaan untuk mengenang kebangkitan Kristus merupakan suatu peristiwa yang sangat penting dalam kehidupan orang kristen. Gereja di seluruh dunia merayakan kemenangan Kristus atas maut, dengan doa dan pujian kemenangan. Jika Natal menandai kelahiran Kristus sebagai anak Allah yang turun ke bumi, Paskah merayakan kebangkitanNya. Kata Paskah yang diterjemahkan dari bahasa Inggris "Easter" berasal dari festival bangsa Titanic, yang merayakan datangnya musim semi tiap tahun dan disebut "Eastur"; "Paques" dalam bahasa
Perancis; "Pasqua", dalam bahasa Italia; "Pascua" dalam bahasa Spanyol; "Pascha" dalam bahasa Yunani dan "Paaske" dalam bahasa Norwegia. Semua kata di atas berasal dari bahasa Ibrani, "Pesah",sebuah pesta bangsa Yahudi yang dirayakan pada malam bulan purnama muncul pertama kali di musim semi. Pesta yang dalam bahasa Inggris disebut "Passover" ini menandai pembebasan bangsa Israel dari Mesir yang memperbudak mereka. Malaikat kematian dikirim Allah untuk membunuh anak pertama dari bangsa Mesir yang tak mau melepas bangsa Israel keluar dari Mesir. Malaikat tersebut melewati (pass over) rumah- rumah orang Yahudi tanpa membunuh anak-anak mereka. Pada masa kini, Paskah dirayakan antara tanggal 22 Maret dan 25 April, yang selalu jatuh pada hari minggu.

Hari raya Paskah mengakhiri masa
persiapan Paskah selama 40 hari, yang dilalui dengan
doa dan puasa, mengenang minggu-minggu sengsara Kristus (Lent). Minggu-minggu sengsara ini dimulai dengan Rabu Abu (Ash Wednesday) dan berakhir pada Sabtu suci (Holy Saturday), sehari sebelum Paskah. Umat Katolik membubuhkan tanda salib di dahinya dengan abu, sebagai tanda berduka cita atas dosa-dosanya. Sedangkan minggu- minggu sengsara dimaksudkan untuk mengenang masa puasa Kristus di padang gurun selama 40 hari sebelum memulai misinya di dunia. Umat Katolik mencoba untuk menghilangkan kebiasaan buruk dengan menahan diri tidak melakukan kebiasaan-kebiasaan atau memakan makanan kesukaannya pada waktu minggu sengsara. Minggu terakhir sebelum Paskah, dimulai dengan Minggu Palma (Palm Sunday) hingga hari minggu Paskah, disebut sebagai minggu suci (Holy week). Selama minggu suci, umat kristen mengenang hari-hari terakhir Kristus di bumi."Minggu palma memperingati masuknya Kristus ke Yerusalem dengan menunggang keledai, disambut dengan daun palma oleh khalayak ramai. Di banyak gereja, umat kristen membawa pulang daun palma untuk dihias di rumah mereka.

Dalam minggu suci ada beberapa rangkaian perayaan pra-Paskah yang dilakukan terutama oleh umat Katolik, antara lain Kamis suci , Jumat Agung dan Sabtu suci. Kamis
suci (Holy Thursday, Green Thursday, Maundy Thursday, Pure or Clean Thursday) memperingati "makan malam terakhir Kristus" (Last Supper). Sedangkan Jumat agung (Good Friday) mengantar kematian Kristus melalui penyaliban. Tiga hari kemudian, pada hari minggu, Kristus bangkit, dan itulah Paskah. Berakhirlah minggu-minggu sengsara digantikan sorak kemenangan.

Rayakan kebangkitan Yesus!God Bless all! : )

06 April 2012

Renungan Hari Jumaat Agung: YESUS TELAH WAFAT

Hari ini Yohanes, Sang Penginjil
mengetengahkan pemenuhan segala
yang tertulis mengenai Hamba Allah
yang menderita dan janji Allah tentang
penyelamatan.

Yesus memanggil ibu-Nya dan
menyuruh murid-murid-Nya memanggil
ibu-Nya sebagai ibu mereka sendiri.
Lebih jelas lagi dalam terjemahan
bahasa Inggeris, Yesus memanggil ibu-
Nya sebagai ‘perempuan’. Hal ini mengingatkan kita Hawa, wanita
pertama yang dicipta Allah (Kej 3-4),
serta nubuat bahawa anaknya akan
menghancurkan kepala ular (Kej 3:15).
Melalui karya penyelamatan-Nya di
salib, Yesus secara tidak langsung menyatakan bahawa ibu-Nya adalah
merupakan Hawa Baru dan Dia sendiri
adalah Adam baru. Pendek kata, Maria
adalah wanita yang telah melahirkan
Sang Penyelamat yang melalui salib
telah mengalahkan kuasa syaitan yang diwakili oleh ular tersebut.

Yesus menyatakan kehausan-Nya,
“Aku haus” (ay 28), mengingatkan
kita tentang nubuat bahawa Allah akan
menawarkan makanan yang berkhasiat
kepada orang-orang Israel dalam masa
pembuangan (Yes 5:1). Masa telah tiba untuk menyempurnakan karya
penyelamatan yang dinubuatkan dalam
Perjanjian Lama dan dipercayakan
kepada Yesus oleh Bapa-Nya. Yesus
haus akan penyempurnaan tersebut.

Para askar mencucukkan bunga karang
yang telah dicelupkan dalam anggur
asam, pada sebatang hisop lalu
memberikannya pada Yesus,
mengingatkan kita akan kata-kata
pemazmur: “Pada waktu aku haus, mereka memberi aku minum anggur
asam” (Mzm 22).

Yesus menundukkan kepala dan tangan-
Nya ke atas Roh, mengingatkan kita
tentang nubuat Yehezkiel tentang
penubuhan suatu perjanjian apabila
Allah memberikan umat Israel hati dan
roh yang baru (Yeh 36:26-27). Kematian Yesus memulakan perjanjian baru
apabila umat Allah yang baru itu
memperolehi hati dan roh yang baru,
yang membolehkan mereka betul-betul
jujur kepada Allah.

Para askar yang melihat Yesus sudah
meninggal, tidak mematahkan kaki
Yesus seperti kebiasaan yang dilakukan
terhadap orang yang di salib waktu itu.
Hal ini mengingatkan kita bahawa
tulang domba Paska tidak boleh dipatahkan (Kel 12:46, Bil 9:12). Dengan
demikian Yesus adalah Domba Paska
bagi keluaran yang baru, suatu domba-
domba yang baru yang darah-Nya
dipercikkan di pintu baru – iaitu salib.
Malaikat maut menyelamatkan umat Allah daripada kematian dengan
melewati mereka. Sebaliknya kematian
Yesus pula mengumumkan bermulanya
suatu keluaran baru, yang kali ini
dibebaskan daripada dosa, kematian
dan pemberontakan terhadap Allah.

Seorang askar menikam rusuk Yesus
dengan tombak dan segera mengalir
keluar darah dan air. Hal ini
mengingatkan kita tentang penglihatan
Yehezkiel tentang sungai yang datang
dari ambang bait Suci, yang membuat tanah tersebut subur (Yeh 47:1). Yesus
adalah Bait Allah yang baru, yang
memberi rahmat berlimpah kepada
umat yang setia. Dialah merupakan
sumber pengampunan bagi Israel yang
baru dan sumber sungai yang mengalirkan air kehidupan (Yoh 7:37).

Sesungguhnya Yesus adalah
penyempurnaan nubuat-nubuat,
penglihatan dan wahyu tentang Allah
serta cara-cara Dia mengendalikan kita,
umat pilihan-Nya yang baru.

Dari pihak kita, kita hanya mampu
mengucapkan syukur pada-Mu ya
Tuhan, dan ampunilah kami orang lemah
ini. Amin!

Sumber:Keningaudiocese.org

04 April 2012

HIKMAT PENDERITAAN BERSAMA KRISTUS

Orang-orang yang baik mengalami
penderitaan tetapi orang-orang yang
jahat pun sama mengalaminya juga.
Orang-orang yang jauh dari Tuhan,
menderita. Namun orang-orang yang
dekat dengan Tuhan malah lebih menderita lagi. Penderitaan datang dan
melanda semua orang tanpa membeza-
bezakan. Kejahatan mengundang kesengsaraan,
tetapi pada masa yang sama, keadilan
pun tidak dapat menghalang
kesangsaraan. Menjauhkan diri dari
Tuhan akan mendekatkan kita pada
kesengsaraan, namun kedekatan kita dengan Tuhan pun tidak dapat
menjauhkan kita dari kesengsaraan.

Nampaknya kita berhadapan dengan
keseluruhan isu persoalan tentang
kesengsaraan dengan hanya satu
soalan yang nampaknya tidak
berkesudahan – “Mengapa?” Agak
mudah bagi kita menerima kenyataan bagi orang-orang yang memang jahat.
Tetapi jika yang ditimpa penderitaan itu
adalah orang yang baik, lalu timbul
persoalan – “Mengapa dia?” Tetapi
jika kita sendiri mengalami penderitaan
tersebut, maka kita seakan-akan berteriak, “Mengapa saya pula?!”

Mengapa tidak? Bukankah Yesus sendiri
pun pernah mengalami penderitaan,
malah sampai mati di kayu salib? Ini
bererti penderitaan itu sebenarnya
bukanlah suatu sumpahan. Ianya boleh
bererti sebagai akibat daripada dosa kita. Namun demikian, ianya bukan pula
sebagai suatu hukuman. Sebab, tidak
ada seorang pun yang dihukum oleh
Tuhan, kerana Dia sendiri telah
menderita di kayu salib untuk
keselamatan kita. Sewaktu anda mengalami pelbagai
tekanan hidup, apakah anda
menganggapnya sebagai hukuman
Tuhan? Tetapi percayalah segala bentuk
tekanan hidup tersebut hanyalah
sebagai proses pemulihan bagi kita agar lebih hidup sesuai dengan kehendak
Tuhan. Bayangkanlah anda sebagai
pohon. Mungkin anda mengalami
dipangkas, dibuang dahan, daun serta
bunga dan buah yang berlebihan. Itu
bererti anda bukan dihukum, tetapi ada tujuan tertentu daripada pemilik pohon
tersebut – supaya kita tumbuh subur
dan berbuah banyak walaupun
menderita seketika. Nabi Ayub dan Tuhan Yesus adalah
orang-orang yang tidak bersalah,
namun kedua-duanya mengalami
penderitaan yang luar biasa. Namun
kedua-duanya tidak pernah menjadi
hamba kepada sebarang penderitaan yang mereka hadapi. Memang Ayub
pernah juga mempersoalkan
kesengsaraannya pada Tuhan, tetapi dia
tetap beriman teguh kepada Tuhan.

Demikian juga Yesus, Dia pernah
memohon kepada Allah Bapa-Nya agar penderitaan yang dipikul-Nya itu
dijauhkan daripada-Nya. Tetapi akhirnya
Dia tetap menyerahkan Roh-Nya kepada
Allah Bapa. Menderita atau tidak, itu bukanlah
pilihan kita sendiri, sebab kita sangat
terbatas dan sangat berharap pada
pertolongan Tuhan. Kita semua
mengalami pelbagai bentuk
kesengsaraan yang memang kita tidak ingini. Misalnya, ada orang yang
mengalami kesengsaraan secara
singkat, ada juga yang mengambil masa
agak lama. Ada yang biasa-biasa
sahaja, ada juga yang mengalami
sangat luar biasa hebatnya. Apapun, kita perlu bersedia menghadapinya
kerana cepat atau lambat, pasti kita
akan mengalaminya juga.

Persoalannya, mengapa penderitaan itu
menimpa Nabi Ayub, Paulus, Yesus dan
saya? Apakah ada orang lain yang
terhindar daripada kesengsaraan hidup
ini? Ya, memang tidak ada siapapun
yang terhindar dari penderitaan – Ibu Maria pun tidak! Oleh kerana kesengsaraan merupakan
sebahagian daripada hidup kita, maka
ianya merupakan suatu panggilan yang
suci. Ianya suatu panggilan yang serupa
dengan panggilan Yesus, Sang Hamba
yang menderita itu. Suatu panggilan untuk bersama Yesus di kayu salib dan
komitmen untuk tetap setia bersama
Yesus, baik dalam masa suka mahupun
dalam masa duka. Sama ada kita mahu hidup sengsara
bersendirian, atau memilih hidup
sengsara bersama Yesus, bukan
merupakan masalah. Tetapi jika kita
serahkan penderitaan kita kepada
Kristus, maka ianya akan berubah menjadi suatu berkat dan kesempatan
yang baru. Jadi, mengapa kita tidak
memilih hidup menderita bersama
Yesus daripada menderita secara
bersendirian yang akhirnya membawa
akibat yang negatif, misalnya mulai berangan-angan untuk mengambil jalan
pintas iaitu bunuh diri. Salib Yesus tidak pernah menyelesaikan
kesengsaraan manusia. Kita pun tahu
bahawa kesengsaraan itu sendiri tidak
pernah menjadi masalah yang harus
diatasi. Sebab kesengsaraan itu
merupakan suatu misteri kehidupan yang memerlukan kesedaran kita.

Maka melalui salib Yesus, kesengsaraan
manusia itu diletakkan di dalam
keadaan di mana manusia itu menerima
secara sedar, bukan hanya
penyembuhan, tetapi juga pengalaman peribadi terhadap Yesus Kristus, Sang
Penyembuh batin itu. Maka bagi kita yang mengalami
keadaan sengsara, akan menjadi agen
penyembuh walaupun kita sendiri
mengalami luka-luka kesengsaraan
tersebut. Sebab walaupun kita dalam
keadaan sengsara, namun kita mempunyai kedamaian di hati,
mengingat Yesus sentiasa bersama kita,
dan sentiasa berpesan, “Marilah
kepada-Ku, semua yang letih lesu dan
berbeban berat,” kata-Nya, “Aku
akan memberi kelegaan kepadamu.” (Mt 11:24)

Sumber:keningaudiocese.org

28 March 2012

taksub dengan transformers sanggup minum minyak


Entah apa yang merasuki remaja China berusia 14 tahun ini, nekad meminum minyak selama 5 tahun demi menjadi robot transformers.

Remaja laki-laki asal kota Yibin tersebut meminum minyak untuk mendapatkan energi dan menjadi "gagah berani" seperti Optimus Prime,(gambar) tokoh dalam filem animasi yang ditontonnya, seperti diberitakan oleh harian Shanghai Daily.

Anak laki-laki tersebut mulai meminum minyak sejak tahun 2004 ketika ibu anak tersebut mulai membuka sebuah warung. "Dia mulai minum minyak lima tahun lalu, ketika kami temukan jika dia ternyata menyukai bau bahan bakar ringan," kata ayah bocah tersebut. "Kami menemukan beberapa kali minyak dalam tangki motor kami sering habis, dan satu hari sesudahnya kami menemukan anak kami yang mabuk dengan setengah sebotol bensin hasil curian dari motor."

Bukan itu saja efeknya,remaja tersebut juga mengalami penurunan tingkat pandai secara progresif gara-gara ingin meniru sang pahlawan idolanya tersebut. "Sejak anak saya mulai minum bensin, IQ-nya terus menurun tajam dan sekarang ia tidak dapat mengerjakan soal penambahan dan pengurangan sederhana. Sebelum itu, dia adalah seorang anak laki-laki sangat cerdas, dan ia bahkan dapat memperbaiki televisyen. Tetapi sekarang bahkan dia tidak mengetahui jawaban dari 7 tambah 17, " kata orang tuanya.

Orang tua bocah tersebut kemudian membawanya ke hospital setempat di mana ternyata kemudian remaja tersebut didiagnosis mengalami kekacauan mental (mental disorder) yang kuat serta "ketergantungan bensin". Menurut Dr Peng Houquan, dalam minyak terdapat material timah dan timbal yang dapat merosak otak.

Mulau punya budak!hahaha.:D

16 March 2012

Inikah kebenaran?

Ketika ini,saya mungkin macam orang mabuk.sebab kepala hotak ni dah serabut tak tentu hala.jadi cakap-cakap pun macam gila sikit.hehehe.

Sekarang,yang saya mau repekkan ialah mengenai kebenaran.seperti yang kita tahu,dunia sekarang semakin tercemar.bukan hanya fizikal tapi juga minda.makin banyak tipu-helah baru yang lebih canggih dari yang lama.tapi kebenaran juga semakin menyerlah sehingga usaha untuk menyembunyikannya seperti usaha membungkus air dengan kain baju.

Ada kalanya orang berusaha untuk menafikan kebenaran dengan berpura-pura.ini kita sedia maklum.contohnya calon pilihanraya.mana ada yang jujur mengaku kesalahannya sendiri?kalau dunia jadi terlalu jujur pula,ia akan jadi lucu.

Semua orang pun tidak suka ditipu.tapi si penipu pun tidak suka kalau penipuannya terbongkar.maka tipu juga digunakan untuk membungkus penipuan.

Tapi kalau ada kebenaran besar,kita yang mengetahuinya rasa tak selesa sekiranya tidak memperjuangkannya.tapi kalau kita lemah,kita hanya akan membahayakan diri kita.bagaimana?satu-satunya yang dapat kita lakukan adalah berdoa semoga ada pembela kebenaran yang kuat bertindak.

Bagaimana pula dengan sokongan?kita mungkin dapat semangat membela kebenaran bila kita dapat jaminan apa yang kita perjuangkan pasti akan berjaya.tapi kalau dipersalahkan pula?andainya kita tidak akan menyusahkan keluarga akibat membela kebenaran,mungkin kita sanggup.tapi ada juga yang pentingkan diri malah bersubahat dengan kejahatan.bikin samak saja hidup ni urang.ceh!

Tapi yang pasti,kita hanya dapat berdoa.semoga Tuhan berjuang untuk kita.

Kalaulah ada keajaiban....kalaulah perjuangan tidak menyusahkan keluarga....kalaulah kita kuat....kalaulah semua faham.....

Tapi apa boleh buat?

12 March 2012

Kukan Memuji Tuhan

Ku kan memuji Tuhan dalam setiap waktu
Jiwaku bergema dalamNya...

Yang rendah hati kan dengar suara Tuhan
Dan akan meninggikan namaNya....

Chorus) Ku puji namaMu,bersama selamanya,
Dan Dia lepaskan semua dosaku dari kakiku..
Kupuji namaMu,sekarang selamanya
Nyanyikan nyanyian pujilah Dia )x2

02 March 2012

Teruskan....

Hellow all!sudah lama tak update blog ni.sekarang saya dah pasang slot tape pada keypad Hp saya.walaupun masih kurang memuaskan,sekurang-kurangnya ia sudah boleh dipakai.

Dalam lebih sebulan ini,ada banyak perkara telah berlaku.ada banyak berita hot di blog lain.tapi saya hanya dapat baca saja.kalau bukan pasal keypad rosak,saya pun nak post cerita tu di blog ni.sayang betul!tapi kalau saya post pun cerita tu sekarang,dah basi lah....

Apa pun,sebulan lebih ini ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan.entah apa punya nasib dah....kadang-kadang rasa geram juga.

Dan sekarang saya masih berharap,semoga nasib kami sekeluarga berubah jadi lebih baik dari sekarang.kalau bolehlah.

Entah kenapa,tapi kita tidak dapat mengelak dari nasib malang kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.apa yang dapat kita lakukan adalah terus teguh di jalan kebenaran dan berharap pada belas kasihan Tuhan.asalkan kita bukan menderita sebagai pesalah.

Dan setiap hari saya sentiasa berdoa,semoga hari bahagia segera tiba.

Apa pun,terimakasih pada semua pelawat blog saya.May God Bless All.

06 January 2012

My problem

Oh no!why this all happen to me?

Susah betul jadi bloger kalau pakai handphone saja.bila handphone ada prob sikit,jadi tak selesa untuk menaip.terutama bahagian nombor 3 dan 6.

Masalah ni mula bila tukar housing baru.ingatkan bagus bila minta pekedai tolong tukar.sudahlah bayaran pun mahal,kualiti yang ditukar pun mengecewakan.bunyi pun jadi tidak sekuat sebelum tukar.rugi betul o.

Kalau saya jahat sikit,sudah saya kasi buruk kedai dia tu.baru dia jera bila tiada orang datang ke kedai dia tu lagi.

Tapi saya malas mau buat begitu.saya serah saja sama Tuhan.biar Tuhan saja yang balas.

Ikutkan hati,saya mau juga selalu post entry baru.tapi nikali lah...terpaksa rehat dari berblog.mungkin nanti lepas ada duit.tukar housing lagi(nikali minta tolong orang yang boleh dipercayai) atau beli komputer.atau beli handphone baru yang ada full Qwerty.tapi bila?entahlah....kalau saya moki-derma orang (minta derma) pun bikin malu juga.bagus saya berehat sajalah....

Mungkin sampai sini sajalah untuk kali ini.kalau ada nasib,adalah post baru lagi.jumpa lagi!

02 January 2012

Azam Tahun Baru?

Hellow......

Baru dua hari di tahun baru.entah kenapa,tapi rasa macam masa baru saja bermula.seolah-olah baru tahun 1992.but im dont know why?

Selain itu,rasa malas dan letih.seperti baru minggu lepas 2010, dan baru semalam 2011....mungkin kerana sedikit kecewa bila tahun lalu gagal mendapat apa yang diinginkan.termasuk azam untuk tahun lalu.

Sebut tentang azam,ada beberapa perkara yang agak lucu.bila kita menyambut tahun baru,mesti ada saja azam yang dibuat.padahal,azam tahun lepas pun belum tercapai.dan ia tetap berulang-ulang bagaikan manusia tidak pernah belajar dari kesilapan.

Dan azam tahun baru umpama mimpi tahun baru bila tiada kesungguhan untuk merealisasikannya.mungkin kebanyakkan orang terlalu bersemangat ketika tahun baru sehingga lupa sama ada mereka mampu atau tidak untuk mencapainya.dan yang paling sukar ialah azam untuk mengubah perangai.banyak orang berkata mulai tahun ini saya mahu begini,tidak mahu begitu lagi.tapi perangai tahun lepas tetap tidak dapat diubah.

Tahun baru 2012.tiada apapun yang baru selain angkanya.kecuali bila kita gunakan masa yang diberi dengan sebaik-baiknya.tahun baru bermakna satu lagi peluang untuk perbaiki kesilapan kita pada tahun lalu.jadi mari kita tinggalkan perangai buruk kita pada tahun lalu dan menjadi 'kita' yang baru untuk tahun ini.

Dan cerita kita sudah masuk ke musim yang baru.semoga plot ceritanya lebih baik dari yang lama.

Selamat tahun baru.