www.youtube.com/watch?v=CpvYoY4juLc
Tidak lama lagi,kita akan mengucapkan good bye kepada 2012.dan kita akan ucap hello kepada 2013.ketika ini,bermacam-macam kita rasakan.ada yang gembira kerana tarikh yang dinantikan semakin hampir,ada yang cemas kerana bertambahnya angka pada tahun bermakna bertambahnya angka pada usia.(hehe)
Kita sering berdepan dengan keadaan ini.dan ia mungkin membuat kita menyesal kerana membuang masa begitu saja.
Bagi yang telah berjaya mencapai matlamat mereka,tahniah!tapi bagi kita yang belun berjaya,tidak mengapa!masih ada 2013!tapi sedikit sebanyak,rasa kesal juga.
Terasa 2012 bagai menjadi angka yang belum selesai.masih banyak persoalan yang belum terjawab.masih banyak matlamat yang belum tercapai.dan masih banyak hutang yang belum dibayar.(opss!jangan marah.)
Perjalanan hidup kita akan sentiasa begini.siapakah yang tidak pernah menyesal sepanjang hidupnya?sungguh bertuah orang itu!
Tapi selagi manusia melakukan kesilapan,selagi itulah penyesalan akan tetap ada.dan ia menjadi sebahagian dari hidup kita.kerana kita hanyalah manusia.
Tapi kita patut bersyukur kerana masih ada masa.kalau suatu masa nanti angka kita berhenti bertambah,kita tidak berpeluang lagi untuk memperbaiki kesilapan.berikanlah yang terbaik untuk hidup supaya kita kurang menyesal.
Happy New Year!
selamat tahun baru dan murah rezeki.
ReplyDelete