Janji,kalau cuma kata-kata,senang saja.tapi sanggupkah kita tunai janji walaupun kita akan rugi?kalau sanggup,tahniah!anda sememangnya layak disanjungi.
Berjanji memang sudah perkara biasa dalam kehidupan kita.dari janji kepada kawan untuk bertemu dimasa sekian-sekian ditempat sekian-sekian,hingga janji kepada orang tertentu untuk melakukan perkara tertentu.atau janji kepada diri sendiri untuk menetapkan sesuatu prinsip.
Satu perkara yang menggeramkan bila ada yang berjanji tapi tak boleh,atau lagi teruk,tak mahu tunai janji.kalau tak boleh tunai janji,buat apa berjanji?pendapat saya,orang yang tak mahu tunai janji ini pembohong.dia hanya menggunakan janjinya hanya untuk mendapatkan sesuatu.
Begitu juga ketika berkahwin,pasangan pengantin perlu saling berjanji.bila sudah kahwin,mesti tunai janji untuk setia pada pasangan,layan dia dengan baik,tidak mengabaikan dia.tapi?kadang-kadang sebelum kahwin,atau ketika baru berkahwin saja layan pasangan dengan baik.bila sudah lama,kita kulikan dia,kita pukul dia setiap hari,kita pandang dia sebelah mata saja,apa dia minta kita tak bagi,malah kita beri macam-macam alasan,mana sudah janji yang dulu?kalau pasangan mau bercerai dengan kita,bukan salah dia lagi.
Kalau sudah janji,jangan tidak ditepati,kalau ada janji yang perlu berterusan,patuhinya sepanjang masa.jangan setengah jalan saja terus langgar.
Janji pilihanraya?ini saya tak beranilah nak cakap.sendiri punya taulah.hahahaha.
Janji ini macam hutang juga.kalau janji tidak ditunaikan,ertinya kita berhutang kepada dia yang kita berjanji padanya.kalau tak mampu tapi nak berjanji juga,memang tak ukur baju di badan sendiri.
Tapi yang paling membencikan bila ada yang sengaja tak mau tunai janji.sebab dari mula dia buat janji palsu untuk menipu orang.bila janjinya ditagih,pura-pura hilang ingatan konon yang dijanji bukan yang itu,atau malah cakap dia tak janji apapun.dan menukar janji sesuka hati.hutangnya dibawa mati.banggakah dia kalaupun dia kaya?mulut biawak bercabang lidah,mulut penipu bercabang kata.tak guna tuntut janji dari orang begini.tinggalkan dia dan lainkali,jangan percayakan dia lagi!
Sekadar luahan rasa.geram betul ni!hehehe.
Kadang2 Janji hanya diguna pakai untuk tempoh tertentu tetapi adakah janji itu berlanjutan utk tempoh yang lama?
ReplyDelete