11 May 2013

tergesa-gesa mengundang penyesalan.................

atas sebab tertentu,terpaksalah jarang post di blog ni.

mula-mula,ingatkan dah beli tablet ni senanglah saya mengurus blog saya.padahal,tidak juga.ingatkan sebab apa tak dapat sambung keyboard,rupanya,tak dapat sambung kalau pasang simkad.ertinya,boleh pakai kalau guna wifi.tapi kalau pakai mobile data,cuma boleh guna touchschreen.buruknya!

kalau saya tau,lebih baik saya bersabar dulu.saya tak akan beli yang ini walaupun ianya lebih murah.lebih baik beli yang buatan China daripada yang ini,di kotak saja dikata ada 3G,tapi download 5mb pun dekat 1 jam.kalau tiada wifi,jangan harap boleh download laju.menyesal beli!

tapi dikampung ini tiada kemajuan.jalan rosak pun tidak dibuat.kalau ada orang nak urus pun dituduh nak tunjuk pandai.bila musim hujan,atukx3,sampai boleh ternak ikan!jalan pun begitu,boleh ada wifi kah?padahal,pekan kota marudu bukan jauh sangat.jadi,terpaksalah tak jadi simpan buat masa ini.nak beli android phone yang kecil pun jadilah untuk wifi hotspot.kena leter pun biarlah.

inilah akibatnya kalau tiada kesabaran.tergesa-gesa memang buruk akibatnya.gara-gara nak berjimat lah ni.memang selalunya terburu-buru tidak pernah berakibat baik.lainkali,pastikan dahulu adakah sasaran betul-betul baik untuk kita atau tidak.kalau bukan kerana ia lebih murah,tak maulah cuba jenama yang ini.tujuan saya beli memang untuk blog.kalau tak dapat guna keyboard,sia-sia saja.guna touchschreen pun asyik salah tekan saja.

kalaulah masa boleh diulang semula..........................................................

04 May 2013

tolong naikkan bantuan OKU saya.

setelah sekian lama,inilah post pertama saya pada bulan ini.

esok,kita akan mengundi untuk menentukan masa depan negara.saya harap kita semua baik-baik saja.semoga siapa saja yang menang dapat berkhidmat dengan baik dan menunaikan janji.bukan hanya berjanji ketika berpilihanraya sahaja.

satu harapan saya,yang kalah nanti jangan buat perkara yang tak baik.bersabarlah tunggu lima tahun lagi.terima kekalahan dengan hati terbuka.jangan sengaja mahu mengulang peristiwa 13 mei.itu gila kuasa namanya!kita amalkanlah demokrasi yang benar.jangan ingat nak menang sendiri saja.kalau tidak baik jangan berpilihanraya.jangan fikir rakyat bodoh selamanya!

satu lagi harapan saya,siapa yang menang,harga barang keperluan semakin mahal.boleh tak berikhtiar mengatasinya?dan bantuan OKU yang saya terima setiap bulan hanya RM 165 sahaja setiap bulan.ini tidak cukup bila saya kadang-kala terpaksa berkongsi untuk bayar apa yang perlu dirumah.kenapa hanya RM165 sahaja?kalau bukan kerana keadaan saya macam ni,sudah lama saya pergi cari kerja!saya harap,tolonglah.naikkan bantuan OKU saya ke RM200 atau lagi baik RM300 setiap bulan!saya tak pasti adakah hanya saya yang di kota marudu sahaja yang dibayar 165 sebulan atau semua juga sama?

kalau boleh dipertimbangkan, alangkah baiknya....................................................