17 July 2012

ingin......apa?

Hellow! ^_^

Agak lama juga baru dapat buat post baru diblog saya.sebab awal bulan ni sibuk sikit.sibuk download video anime.hahaha.

Tapi saya rasa tak puas hati sikit.sebab episod akhir musim kedua Shinryaku!?Ika Musume.videonya bunyi lain-lain.hampeh!siapalah tukang upload dia tu?dia tak periksa kah?terpaksa cari tempat lain.apa pun,yang lain okey juga.

Nanti kalau ada duit lagi,saya nak beli memory card lagi.hehe.itulah kebaikkan kalau boleh free.harap tak diblock lagi.bukannya saya buat benda tak berfaedah pun.tulis blog pun susah kalau tak dapat free ni tahu?jangan asyik nak block trick free saja.

Selain ini,ada beberapa perkara lagi perlu saya buat.tapi saya kena fikir dulu.tak boleh terburu-buru juga.

Di usia macam ni,orang lain sudahpun bekerja dan berkerjaya.tapi saya masih terperap dirumah.saya tak tahu adakah saya patut percaya masa depan saya pasti cerah atau tidak.tapi saya dapat fikirkan saja.rasa tak puas hati juga.apapun,saya masih bersyukur sebab nasib saya setakat ini masih baik.tapi alangkah baiknya kalau ada jaminan.kalaulah bantuan OKU saya tetap,tak akan berhenti seumur hidup.....(plus naik sikit lagi.hehehe)...kan bagus?

Saya mahukan jaminan hidup.tapi saya tahu rezeki tak akan datang bergolek.saya dapat rasakan kehidupan saya pada masa depan pasti seksa bila tuah saya tamat.jadi saya hanya cuba bersenang lenang sebelum masa itu tiba.sekurang-kurangnya ada kenangan.dan saya kumpul hasil bantuan bulanan saya untuk diguna bila perlu.beginilah bila tidak berpelajaran.tambah OKU lagi.

Saya ingin mengubahnya.saya ingin berubah.tapi ingin saja yang dapat.jadi,saya tulis disini sebagai luahan hati.jadi apa yang mustahil,saya akan lepaskan dan tidak mengejarnya lagi.

Lakukan sekadar yang mampu.bosan betul.tapi saya akan sentiasa bersyukur sehingga masa sukar itu tiba.

Memang bodoh kan?saya ingin post ini post yang ceria.tapi tukar begini pula.apa pun saya berharap pembaca blog saya sentiasa ceria dan sihat selalu.

2 comments:

  1. kesian... ishh ishh ishh..
    kalo mngomen dia lah paling manang ekekeke..(n_-)

    ReplyDelete
  2. Blog bagus. Banyak berkat. Ditunggu kunjungan balik ke blog aku. Klik namaku ya.
    GBU

    ReplyDelete