Hello all.
Sekarang saya masih dengan aktiviti sendiri.download anime selagi boleh.yeah!sekarang,saya rasa sudah ada yang boleh dikongsikan disini.
Syok memang syok kebanyakan anime yang saya download sekarang.tapi ada yang tak lengkap.menyesal juga.dan kadang-kadang,menyesal kenapa tak pilih yang itu,kenapa pilih yang ini?
Tapi selalunya kita memang rambang mata bila dihadapkan dengan banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana.dan disini kita perlukan kebijaksanaan kita untuk membuat keputusan.
Demikian juga dengan kehidupan kita.kita sering dihadapkan dengan banyak pilihan.dan ia mungkin sama banyak dengan masalah yang kita hadapi.dan seperti itu juga,kita harus bijak memilih agar kita tidak menyesal.
Kadang-kadang,kita terlalu setia padahal kita sudah dikhianati.macam mana pula tu?pengkhianatan selalunya jahat.tapi kalau kena pada tempatnya,ia adalah keputusan yang bijak.disinilah pentingnya kebijaksanaan untuk membuat keputusan.yang penting kita sudah tahu apa yang berlaku.sampai bila kita harus setia sedangkan apa yang patut kita dapat,kita tak dapat?
Kita harus tahu membuat keputusan.bukan hanya untuk diri sendiri,tapi untuk orang tersayang juga.kita mungkin akan susah,tapi sekurang-kurangnya kita tahu ia tidak sia-sia.
Sekarang apakah keputusan kita?masih mahu ditakuk lama,atau kita mahu berubah?buatlah keputusan yang bijak dengan pilihan yang tepat.
Tapi memang bukan semua mampu berubah walaupun mereka mahu.berubah juga perlukan kekuatan dan masa.bukan macam Kamen Rider,sekali Hensin,terus bertukar.bukan macam Autobot.cakap Transform,terus bertukar.(hehehe)
Dan beginilah kehidupan.kadang-kadang ia bagai awan yang berlalu.dan perubahan itu bukan dikehendaki oleh si Awan itu.bila zaman sudah berubah,kita juga harus berubah agar tidak ketinggalan.
Tapi bukan semua perkara harus diubah juga.nilai-nilai murni harus dikekalkan demi kemanusiaan kita.bila kita kehilangan kebanggaan sebagai manusia,buat apa hidup lagi?
Jadi kita akan sentiasa harus memilih dalam kehidupan kita.buatlah keputusan yang kita tidak akan menyesal dengannya.pilihlah.silakan!
Terimakasih kerana meluangkan masa untuk membaca.
No comments:
Post a Comment