Kali ini,saya cuma mahu katakan tentang nasib.
Kalau kita tidak berusaha untuk mengubah nasib,bolehkah nasib kita berubah?hampir pasti jawaban kita ialah "TIDAK".jadi kalau mengikut standart ini,bolehkah saya tidak berputus-asa?
Usaha kena ikut kemampuan juga.tapi kalau cuma membuang masa setiap hari,hanya ada jalan buntu.jadi usaha apa yang boleh?terus berharap.macam bodoh saja.
Setakat ini,masih boleh bersyukur pada Tuhan sebab masih ada pendapatan walaupun tidak tetap.simpanan pun ada.tapi entah kenapa terasa masih tidak terjamin.
Tapi usaha apa?entah.tulis blog pun untuk membuang masa.memang saya tahu ada cara buat duit pakai blog.tapi tidak tahu nak minta ajar siapa?saya tak tahu.
Saya dah lama lepaskan "yang satu itu".tapi yang ini saya tak dapat lepaskan kalau saya mahu pun.jadi?teruskan menanti.menanti nasib berubah.bagai menanti bulan jatuh ke riba.saya sendiri pun dah bosan.apa boleh buat?
Post kali ini memang membosankan.maafkan saya.tapi rasanya semua orang pun akan seperti saya sekiranya di posisi saya sekarang.
Tapi,saya akan cuba untuk lebih berfikiran positif.tiada gunanya kita risau pada perkara diluar kemampuan kita.kan?sakit kepala berfikir mengenainya pun,buat apa?jadi saya percaya suatu hari nanti pasti akan berlaku keajaiban.dimana pada hari itu,dari tidak mampu bertukar jadi mampu.yang dapat saya lakukan hanya bernafas sampai saat itu tiba,atau sehingga nafas saya terhenti.
Hanya ini usaha yang dapat saya lakukan.saya akan terus berharap.
No comments:
Post a Comment