06 April 2012

Renungan Hari Jumaat Agung: YESUS TELAH WAFAT

Hari ini Yohanes, Sang Penginjil
mengetengahkan pemenuhan segala
yang tertulis mengenai Hamba Allah
yang menderita dan janji Allah tentang
penyelamatan.

Yesus memanggil ibu-Nya dan
menyuruh murid-murid-Nya memanggil
ibu-Nya sebagai ibu mereka sendiri.
Lebih jelas lagi dalam terjemahan
bahasa Inggeris, Yesus memanggil ibu-
Nya sebagai ‘perempuan’. Hal ini mengingatkan kita Hawa, wanita
pertama yang dicipta Allah (Kej 3-4),
serta nubuat bahawa anaknya akan
menghancurkan kepala ular (Kej 3:15).
Melalui karya penyelamatan-Nya di
salib, Yesus secara tidak langsung menyatakan bahawa ibu-Nya adalah
merupakan Hawa Baru dan Dia sendiri
adalah Adam baru. Pendek kata, Maria
adalah wanita yang telah melahirkan
Sang Penyelamat yang melalui salib
telah mengalahkan kuasa syaitan yang diwakili oleh ular tersebut.

Yesus menyatakan kehausan-Nya,
“Aku haus” (ay 28), mengingatkan
kita tentang nubuat bahawa Allah akan
menawarkan makanan yang berkhasiat
kepada orang-orang Israel dalam masa
pembuangan (Yes 5:1). Masa telah tiba untuk menyempurnakan karya
penyelamatan yang dinubuatkan dalam
Perjanjian Lama dan dipercayakan
kepada Yesus oleh Bapa-Nya. Yesus
haus akan penyempurnaan tersebut.

Para askar mencucukkan bunga karang
yang telah dicelupkan dalam anggur
asam, pada sebatang hisop lalu
memberikannya pada Yesus,
mengingatkan kita akan kata-kata
pemazmur: “Pada waktu aku haus, mereka memberi aku minum anggur
asam” (Mzm 22).

Yesus menundukkan kepala dan tangan-
Nya ke atas Roh, mengingatkan kita
tentang nubuat Yehezkiel tentang
penubuhan suatu perjanjian apabila
Allah memberikan umat Israel hati dan
roh yang baru (Yeh 36:26-27). Kematian Yesus memulakan perjanjian baru
apabila umat Allah yang baru itu
memperolehi hati dan roh yang baru,
yang membolehkan mereka betul-betul
jujur kepada Allah.

Para askar yang melihat Yesus sudah
meninggal, tidak mematahkan kaki
Yesus seperti kebiasaan yang dilakukan
terhadap orang yang di salib waktu itu.
Hal ini mengingatkan kita bahawa
tulang domba Paska tidak boleh dipatahkan (Kel 12:46, Bil 9:12). Dengan
demikian Yesus adalah Domba Paska
bagi keluaran yang baru, suatu domba-
domba yang baru yang darah-Nya
dipercikkan di pintu baru – iaitu salib.
Malaikat maut menyelamatkan umat Allah daripada kematian dengan
melewati mereka. Sebaliknya kematian
Yesus pula mengumumkan bermulanya
suatu keluaran baru, yang kali ini
dibebaskan daripada dosa, kematian
dan pemberontakan terhadap Allah.

Seorang askar menikam rusuk Yesus
dengan tombak dan segera mengalir
keluar darah dan air. Hal ini
mengingatkan kita tentang penglihatan
Yehezkiel tentang sungai yang datang
dari ambang bait Suci, yang membuat tanah tersebut subur (Yeh 47:1). Yesus
adalah Bait Allah yang baru, yang
memberi rahmat berlimpah kepada
umat yang setia. Dialah merupakan
sumber pengampunan bagi Israel yang
baru dan sumber sungai yang mengalirkan air kehidupan (Yoh 7:37).

Sesungguhnya Yesus adalah
penyempurnaan nubuat-nubuat,
penglihatan dan wahyu tentang Allah
serta cara-cara Dia mengendalikan kita,
umat pilihan-Nya yang baru.

Dari pihak kita, kita hanya mampu
mengucapkan syukur pada-Mu ya
Tuhan, dan ampunilah kami orang lemah
ini. Amin!

Sumber:Keningaudiocese.org

No comments:

Post a Comment