Hellow......
Baru dua hari di tahun baru.entah kenapa,tapi rasa macam masa baru saja bermula.seolah-olah baru tahun 1992.but im dont know why?
Selain itu,rasa malas dan letih.seperti baru minggu lepas 2010, dan baru semalam 2011....mungkin kerana sedikit kecewa bila tahun lalu gagal mendapat apa yang diinginkan.termasuk azam untuk tahun lalu.
Sebut tentang azam,ada beberapa perkara yang agak lucu.bila kita menyambut tahun baru,mesti ada saja azam yang dibuat.padahal,azam tahun lepas pun belum tercapai.dan ia tetap berulang-ulang bagaikan manusia tidak pernah belajar dari kesilapan.
Dan azam tahun baru umpama mimpi tahun baru bila tiada kesungguhan untuk merealisasikannya.mungkin kebanyakkan orang terlalu bersemangat ketika tahun baru sehingga lupa sama ada mereka mampu atau tidak untuk mencapainya.dan yang paling sukar ialah azam untuk mengubah perangai.banyak orang berkata mulai tahun ini saya mahu begini,tidak mahu begitu lagi.tapi perangai tahun lepas tetap tidak dapat diubah.
Tahun baru 2012.tiada apapun yang baru selain angkanya.kecuali bila kita gunakan masa yang diberi dengan sebaik-baiknya.tahun baru bermakna satu lagi peluang untuk perbaiki kesilapan kita pada tahun lalu.jadi mari kita tinggalkan perangai buruk kita pada tahun lalu dan menjadi 'kita' yang baru untuk tahun ini.
Dan cerita kita sudah masuk ke musim yang baru.semoga plot ceritanya lebih baik dari yang lama.
Selamat tahun baru.
No comments:
Post a Comment