21 June 2012

Golongan Muda Malaysia Dipelawa Menulis Mengenai Hak Dan Tanggungjawab Warga

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) --
Golongan muda Malaysia dalam
lengkongan usia 13 hingga 25
tahun dipelawa menulis esei dan
blogspot mengenai hak dan
tanggungjawab mereka sebagai
warga negara Malaysia pada
Pertandingan Esei Yayasan
Maybank-Yayasan Kepimpinan
Perdana (YKP) 2012.

Pengarah Eksekutif YKP Tan Sri
Nik Mohamed Nik Yaacob
berkata, menerusi pertandingan
ini yang dianjurkan dua tahun
sekali sejak 2006, mereka ingin
mendengar pandangan belia
tentang bagaimana penduduk
negara ini dapat menjamin masa
depan yang makmur dan cerah
untuk negara.

Beliau berucap pada pelancaran
pertandingan itu oleh bekas
perdana menteri dan Presiden
Kehormat YKP Tun Dr Mahathir
Mohamad di sini.

Pertandingan terbahagi kepada
dua - kategori A untuk mereka
dalam usia antara 13 hingga 17
tahun dan kategori B antara 18
hingga 25 tahun, dengan tema
"Membentuk Negara: Hak dan
Tanggungjawab kita sebagai
Warga". Peserta boleh menulis
dalam format esei atau blogspot
dalam Bahasa Melayu atau
Inggeris, namun mereka
digalakkan menulis dalam
Inggeris.

Maklumat mengenai pertandingan
itu boleh diperolehi di http://
perdanaessaycompetition.com.my ,
atau telefon 03-8885 8900 atau
e-mel
essay2012@perdana.org.my
-- BERNAMA

Saya sudah 26.tak dapat dah.

No comments:

Post a Comment