Showing posts with label nuffnang ads. Show all posts
Showing posts with label nuffnang ads. Show all posts

12 March 2013

SUSAHNYA NAK DAPAT CPUV CAMPAIGN......

hari ini,jalan-jalan ke blog lain,cari tips untuk dapat cpuvc nuffnang.



Bila sudah baca,rasa makin susah nak dapat cpuv ni.sebab blog saya agaknya tidak menepati syarat untuk dapat BE.

Syarat pertama:trafik mesti kekal mantab tidak kurang dari 100-150 sehari.tapi saya cuma dapat dalam 80 saja.itu pun UV yang dapat dalam 20 saja.kadang tiada langsung.susah.

Syarat kedua:kedudukan iklan.large retangle dan skyscrapper mungkin ok.tapi yang leaderboard tu,saya tengok pun tiada harapan.nak letak kat atas pun tak dapat.dan ini menyebabkan saya rindu user interface blogspot yang lama.lebih mudah.macam mana nak tambah javascript di leaderboard?susah sudah.last-last,letak di bawah.kalau nuffnang tak pilih pun,saya tahu kenapa.

Syarat ketiga:Backlink.saya berblog pakai mobile symbian saja.pakai operamini handler.macam mana nak ubah nofolow ke dofolow pun tak reti.lagipun pakai operamini mana dapat masuk seting.tengok Dashboard pun rupanya semacam.berlapis tak tahu nak klik apa.

Syarat keempat:kategori.saya pun tak tahu kategori blog saya.macam-macam ada!sebab saya post suka hati saja.saya juga tidak tahu pembaca blog saya kategori apa.bercampur mungkin.pembaca mana lebih ramai lelaki atau perempuan,pun tak tahu.agaknya nuffnang pun tak tahu nak letak iklan apa.

Macam nilah blog saya.sebab update profile selalu juga.

Apa pun,baru sebulan pakai.sabar dululah.sekurang-kurangnya,ada naik sikit.sekarang baru rm1.75 sen.semua dari iklan Umobile yang orang klik.terimakasih!

Tapi,kalaulah boleh dapat Cpuv campaign,saya boleh guna untuk beli sesuatu yang dapat diguna untuk urus blog ni dengan lebih baik.bilalah boleh dapat......

23 February 2013

Sorry Nuffnang

Im sorry nuffnang.sudah dua kali nuffnang invite saya ke party hari ulang tahun ke 6 nuffnang.tapi rasanya saya memang tak dapat join.sebab terlalu jauh.sedangkan pergi pekan bandau kota marudu pun jarang mak saya dapat temankan.jalan kampung pun susah kereta nak masuk sekalipun tak berapa jauh dari pekan.





Nak pergi seberang laut lagi?mungkin ada yang tanya kenapa tak pergi sendiri,kan dah besar?

Saya memang nampak sihat kalau dilihat dari huruf yang saya taip di sini.tapi saya beritahu awal-awal. Kalau anda bertemu dengan saya,anda mungkin kurang dapat memahami apa yang saya ingin katakan.kelemahan saya ialah bertutur secara lisan.lebih-lebih lebih kalau bertemu dengan orang asing yang tak dikenal,lagi susah saya berkomunikasi.

Dan,saya memang tak pandai jalan sendiri.sebab saya memang 'begini'.

Tapi saya harap,jangan perkara ini mengganggu peluang saya untuk dapat cpuvc.tolonglah.bagaimanapun,terpulang pada nuffnang.bukan saya sengaja tak mahu pergi

Apa pun,semoga sukses,Nuffnang!
(terpost juga pasal nuffnang.bilang tak post lagi.)

(ps:makin jarang dapat masuk internet.trick Free kena block lagi.haiyah! Harap ada orang jumpa trick baru.)

18 February 2013

SENYUM 75 SEN.

Sejak akhir-akhir ini,saya dapati kualiti post di blog saya ini sudah merosot.mungkin kerana saya post setiap hari.

Kalau dulu,sebelum pasang nuffnang di blog ni,saya hanya post bila ada sesuatu yang ingin saya katakan.bila datang idea saja.

Tapi entah kenapa,seperti sudah kehilangan diri sendiri.terasa seperti saya sudah lupa tujuan saya berblog pula.

Rasanya sangat tidak selesa.rasanya tak perlu post setiap hari pun.mungkin saya patut kembali seperti dulu.post bila rasa mau.

Sebab bila saya membaca kembali post saya,saya lebih suka post sebelum pasang ads.entah bagaimana pendapat pembaca blog ni?

Apa pun,ada juga yang baik selepas pasang ads.selepas seminggu pasang,saya berjaya dapat.....

....75 sen sahaja!wahahaha!rasanya ini hasil orang klik iklannya.kepada pelawat yang klik,terimakasih saya ucapkan!

Tapi bila baca blog orang dapat BE (atau sekarang dipanggil CPUV),rasa diri agak malang juga.rupanya tunggu dapat CPUV ni macam tunggu kena loteri.main nasib!bagus main nombor ekor sajalah alang-alang.hahahaha.

Apa pun,saya ucap terima kasih juga pada nuffnang walaupun cuma 75 sen.mungkin ni kali terakhir saya post macam ni.nanti tak nak post pasal nuffnang kecuali bila dapat CPUV.bukan tak nak post,cuma tunggu diberi CPUV Campaign dulu.hehehe.

Dan mungkin akan jarang post sebab saya hanya akan post kalau ada sesuatu difikiran saya.

Sekian.

14 February 2013

BODOHNYA AKU!

Hehehehe.saya mulakan entry ini dengan hehehe.

Happynya saya.sebab br1m saya lulus!katanya:

Salam 1Malaysia

Tuan/Puan,

Permohonan anda telah LULUS, sila tunggu surat jawapan untuk tindakan selanjutnya.
Terima Kasih.

Syukur pada Tuhan,sebab dapat juga.sekarang saya tunggu surat jawapan dulu.

Perkara kedua pula,selepas siasat punya siasat,baru faham sikit-sikit.nuffnang kira cpuv kalau blog kita sudah dipilih.bodohnya aku!ingatkan sedang dikira.kalau dikira sepatutnya masuk hari keempat pasang nuffnang,unique visitor saya sudah 103 atau lebih.punya semangat nak update blog.padahal 1 sen pun tak masuk.hahaha.bodoh betul.bukan senang nak dapat.kalau tak dipilih,mana cpuv tu dikira.hahahaha.(kalau saya silap,kalau ia betul dikira kan bagus.)

Sampai saya buat blog adspace4u lagi.habislah dah telanjur.nak teruskan atau tidak tu ya?

Apa pun saya akan teruskan berblog.bukan kerana mahukan duit.tapi,entah kenapa,saya suka luahkan pendapat saya dan suka pendapat saya dibaca orang.kalau boleh,saya harap kata-kata saya boleh jadi inspirasi,dan jadi dorongan orang lain supaya tabah dan berjaya.

Thank you to all reader!

10 February 2013

Nuffnang?Baguskah?

Sekarang saya mencuba sesuatu yang belum pernah saya buat.selepas
berusaha,akhirnya berjaya juga saya memasang nuffnang di blog saya

Tapi,ada perkara yang tak pasti betul atau tidak.bila saya google
mengenai nuffnang,saya baca di blog orang,orang kata nuffnang ni
tak bagus.betulkah?
Tapi ada juga yang kata bagus.

Maklumlah newbie macam saya,walaupun hampir dua tahun berblog,baru
pasang ads hari ini.musykil juga.macam mana dia nak bayar
kita?hantar duit ke rumah kah?sebenarnya macam mana dia kira?setiap
kali ada lawat blog kah?
atau setiap kali ada yang klik iklannya kah?

Tapi saya baru saja mula hari ini.jadi belum dapat apa-apa
lagi.jadi saya akan cuba dalam tempoh dua bulan sambil tanya pada
yang berpengalaman menggunakannya.

Kalau jadi,tidaklah sudah cuma berblog tanpa hasil apa-apa walaupun
saya memang suka tulis blog sesuka hati nak luah pendapat.lagipun
orang macam saya mana dapat buat kerja lain.

Tapi kalau tak dapat apa-apa,apa boleh buat.asalkan saya sudah
mencuba.kalau ada hasil,kalau pun beberapa ringgit saja,itu sudah
boleh dianggap berjaya sebab orang kata mula-mula memang
begitu.tapi kalau tak ada satu sen pun,ertinya gagal dan mungkin nak cuba yang lain pula.

harap-harap bolehlah