Hehehe.Saya memang suka berinternet ni.dulu saya pernah mau cuba komputer di pusat internet percuma,konon untuk tempat belajar IT,tahun berapa tu,saya tak ingat dah.tapi ada perempuan tu tengok saya lain macam saja.macam tak pernah nampak orang kurang upaya saja.temberang betul!tapi ada seorang makcik tu nampak kampungan dia ajar juga.saya tunggulah. tapi bila nampak saya terus dia padam komputer di situ.ada kawan dia kata masih nak main pun dia kata tak boleh.entah apa yang dia nampak pada saya sampai reaksi dia begitu.binawe!ingat saya ni makan orangkah?
Sejak hari itu,saya berazam,saya mau komputer saya sendiri.baru boleh berinternet puas-puas.baru puas hati.tapi masa tu komputer mahal.lagipun dimana juga saya boleh letak.
beberapa tahun selepas itu,barulah saya tahu handphone pun boleh masuk internet.jadi saya beli lah yang murah sikit.mula-mula saya beli nokia 3220.harga dia masa tu lebih-kurang dalam RM3 ratus.hasil kumpul duit bantuan Oku selama 5 bulan.waktu tu bantuan yang saya terima baru dalam RM85 sebulan.waktu tu dalam tahun 2007 kalau tidak silap.lepas tu bila saya nampak abang saya beli smartphone ada memory card,saya pun mahu lagi.sebab penuh sudah 3220 saya dengan gambar watak anime.(hehe) jadi saya mau yang ada memory card supaya boleh download video,gambar dan lagu.saya kumpul lagi duit.saya ambil lagi sikit simpanan saya di akaun ASB saya,padahal belum sampai seribu pun.mak saya marah waktu tu.dia cakap bagus kumpul duit untuk masa depan.saya cakaplah sama dia nanti saya kumpullah balik.last-last terbeli juga nokia 3230.lepas tu saya kotakan janji.kumpul balik duit yang sudah diguna tu.bila saya balik-balik mau simpan seratus,last-last lebih banyak juga.
Kemudian tu 3230 lagi buat masalah.8 bulan lepas dibeli,penekan dia lagi rosak.lagipun skrin dia ada masalah.ngam-ngam waktu tu ada urusan tanah kami disana Natu.ada orang tu (kami kenal dia ni.tapi tak sangka dia nak menipu.) kata tanah tu ada masalah.jadi kami terpaksa jual tanah tu.konon berlapis geran kami.jadi kami diberi pampasan konon dalam tidak sampai 2 ribu.bukan kami saja,tapi banyak orang kampung juga kena tipu.entah berapa ekar tanah kami situ kami pun tak tahu.dengan duit pampasan untuk bahagian saya konon tu,saya beli handphone yang saya pakai sekarang ni dalam november 2008 kalau tidak silap.yang lebihan dia simpan lagi di akaun saya.satu kali terbongkar,tu taukey patut mau bayar kami lebih dari itu.dan geran itu sebenarnya tidak bermasalah.apalagi,marahlah orang kampung.sebab orang tu dapat untung dalam entah berapa juta tu, hasil menipu!kes tu sampai sekarang pun belum selesai.
Sekarang saya pasang angan-angan lagi.macam tak pandai puas pula.hehehe
Ini nampak bagus.full QWERTY.mungkin ngam ni saya pakai untuk berblog.bentuk dia pun saya suka.
Ini pun bagus.expressmusic.boleh main N-gage lagi.ada Full QWERTY juga.
Ini paling saya mau.skrin besar.ngam untuk tengok movie.boleh sambung TV lagi pasal ada TV-out.ada full QWERTY juga.boleh main N-gage juga.
Entahlah.bilalah baru ada cukup duit lagi?kalau saya kasi keluar lagi simpanan saya,takut nanti marah lagi orangtua saya?
Hahaha.macam tak pandai bersyukur pula.saya punya sekarang pun bagus bah.
Tapi ini rupa lama dia.sekarang rupa dia dibawah ni.
Keypard dia dah pecah.rupa dia sebelum ni lebih teruk.kalau bukan pasal abang saya mau tukar housing handphone dia,(abang saya punya yang 8GB.)belum tentu saya dapat tukar cover keypard dia.yang lama punya sudah pecah!nampak besi sudah sepatutnya penekan nombor dia.hahaha.perasankah warna merah di tengah penekan arah dia?hahaha.
ko skarang tulis blog pakai hp ka?
ReplyDeleteya.pakai hp saja.saya install operamini.
Delete