03 June 2012
TRITUNGGAL MENURUT PEMAHAMAN SAYA.
Maaf kalau post saya pada kali ini agak sukar untuk difahami.sebenarnya saya sendiri pun tidak berapa faham apa yang saya post kali ini.sebab ia tiba-tiba timbul difikiran saya seolah "dimasukkan oleh sesuatu."
Injil Yohanes 1:1-5 "pada mulanya adalah Firman;Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah.segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada satu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan.dalam Dia ada hidup dan hidup itu adalah Terang manusia.Terang itu bercahaya dalam kegelapan dan kegelapan itu tidak menguasainya."
Matius 28:19 "pergilah,jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus."
Tritunggal.ini memang sukar difahami.sehingga ada yang terlalu pentingkan logika manusia tidak dapat menerimanya.kalau tiga katakanlah tiga.kalau satu maka satulah?
Ada pula yang membandingkan Tritunggal dengan anggota badan.macam tangan,kaki,kepala?kurang tepat.tapi ini bagus sikit sebab mencuba sedaya upaya menerimanya.ada yang terlalu anti langsung tidak mampu memahami.sebab mereka menganggap Tritunggal adalah kesalahan dalam matematik.buruknya!
Dan saya membaca dalam satu website katolik (kalau saya tidak silap katolisitas.org) memberi gambaran terlalu abstrak.lagu dan suara yang menyanyikannya.tepat tapi masih sukar difahami.
Sepatutnya zaman sekarang kita semakin tahu apa boleh digunakan sebagai perbandingan.kita masih keliru?kadang-kadang pengertian kita tentang "tiga dalam satu" lebih kepada campuran.jadi kita tidak tau bagaimana menyifatkan bila tiga dalam satu itu memang yang asal.
Sebab kita ingat Tuhan ni macam makhluknya juga.bila satu maka satulah Ia!tapi sekarang biar saya memberitahu anda.
Tuhan adalah KUASA.
Kita perhatikan saja lampu yang menyala bila ada elektrik?cuba fikirkan.elektrik adalah terdiri daripada cas + dan cas -.keduanya berbeza.tapi jika tiada salah satunya,adakah lampu itu akan menyala?tapi elektrik bukan campuran.kerana kedua-dua + dan - sudah ada semenjak elektrik ditemui.proton pun bukan neutron juga.tapi jika tiada salah satu?
Tuhan adalah kuasa.dan ada tiga peribadi dalam satu kuasa.sama macam dua kutub.atau dalam kes ini,tiga kutub berbeza membentuk satu kuasa.dan keadaanNya memang begitu dari mula lagi.Tuhan adalah kuasa.jadi apa peliknya ada tiga peribadi dalam kuasa itu?Tuhan bukan seperti makhluk yang terhad satu orang cuma satu peribadi.Tuhan adalah KUASA!
Macam juga masa?ada masalalu,masakini dan masadepan.tapi masa juga?
Itulah keunikan Tuhan Umat kristiani.sebab itulah kebanyakkan orang susah menerima bahawa Yesus Kristus adalah Firman Tuhan.dan Firman Tuhan tidak diciptakan,tapi ada semenjak kekekalan.kerana Bapa,Putra dan Roh Kudus adalah Tuhan!dan yang tidak memahamiNya,memenggal Tuhan dengan menganggap hanya peribadi yang satu saja adalah Tuhan manakala yang dua lagi bukan!
May God Bless all readers!
Labels:
about my faith
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment