12 April 2012

DUNIA BELUM BERAKHIR

Post saya kali ini mengenai cinta.ya,cinta.

Sama seperti hal yang lain,cinta juga ada sudut positif dan negatifnya.

Mungkin saya belum layak untuk mengatakan ini.maklum sajalah saya belum pernah mengalaminya sebagaimana sepatutnya.belum pernah menjalin hubungan dengan sesiapa.tapi ilham datang dari perbualan dengan kawan.hehehe.

Apa yang saya lihat,lebih banyak orang menjadi bodoh kerana melihat cinta dengan cara yang salah.(macamlah dah pandai sangat.hehehe) amat sedikit yang melihatnya dari sudut yang betul.ramai juga yang tidak dapat membezakan antara nafsu dengan cinta.antara keinginan untuk memiliki dengan keinginan untuk memberi.

Ramai juga yang melihat cinta bagaikan ia hanya untuk antara lelaki dengan perempuan.aduh!sempitnya!

Sebenarnya,kita tidak mencari 'teman istimewa' untuk bercinta,jika benar cintalah yang kita mahu!kerana mencintai ertinya memberi apa yang terbaik yang mampu kita berikan!berikan yang terhangat dari isi hati yang paling dalam!

Tapi ada banyak yang merasa bagaikan segalanya sudah tamat bila putus cinta dengan teman lelaki/wanita.paling bodoh bila sampai ada yang bunuh diri!padahal masih banyak cinta yang lain masih menanti.Dunia Belum Berakhir!

Maksud saya,bukan peribahasa "bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor" ya.(tapi kalau begitu pun tak salah juga.hehehe)maksud saya,masih ada perkara lain lebih berguna dari berfikir mengenai seseorang yang meninggalkan kamu.lebih baik berfikir mengenai sesiapa yang memerlukan kamu.misalnya,keluarga!tanggungjawab kamu kepada ibu-bapa,adik-beradik,atau kepada haiwan peliharaan kesayangan kamu,itulah cinta!nak lebih lagi?masih ada Tuhan dengan CintaNya yang Agung.tidakkah itu cukup untuk menggantikan cinta pada kekasihmu,cinta yang hilang itu?

Dunia belum berakhir.ya,Dunia belum berakhir!cinta sejati adalah cinta yang abadi.ia tidak ingin memiliki,tetapi memberi yang terbaik.dan ia tidak mementingkan diri sendiri.hidup itu sendiri hasil dari Cinta Sejati.hargailah ia!

No comments:

Post a Comment