Sedikit masa lagi,ramalan 2012 akan mencapai tarikh luputnya.ada sesiapa diantara kita yang menunggu kiamat tiba pada hari ini?harap-harap tiadalah.buat apa begitu bodoh.betul tak?
Pada hari ini,dikhabarkan sejak beberapa tahun yang lalu kononnya kiamat akan tiba.tapi tunggu punya tunggu,bulan tak timbul-timbul sebab hanya awan hujan saja yang ada.
Rasanya lagu di youtube ini http://youtube.com/watch?client=mv-google&gl=MY&hl=en&v=bVglgJrwS_8 masih laku buat masa sekarang.ya,Dunia Belum Kiamat!kenapa mesti takut?kita tak akan tahu bila.
Tapi selalunya orang yang buat ramalan kiamat tidak mahu mengaku salah bila ramalannya sampai tarikh luput.alasannya,ditangguh!kiamat ni pandai gostan kah?
Apa salahnya kalau akui saja kesilapan sendiri?kenapa nak cari benda lain untuk dipersalahkan? Kalau tahu malu,kenapa nak buat juga?mahu populariti?
Lagi teruk bila pakai ramalan kiamat kemudian bila ada pengikut,minta bayaran.bagi saya,tiada bezanya perbuatan ini dengan orang yang berhutang kemudian tak mahu membayar.
Ada lagi yang buat buku ramalan kiamat kemudian jual buku ramalan kiamatnya.kenapa tak buat novel fiksyen saja.lagi bagus yang terang-terang rekaan untuk hiburan daripada menjual pembohongan yang bertopengkan kebenaran rahsia.buat apa?
Sebenarnya bukan susah pun nak meramal kiamat.kita sendiri pun boleh buat asalkan `kreatif` dan ada `sumber rujukan`.dan dalam kes 2012 ini,sumber rujukan adalah dari kalendar maya yang tamat baktun ke 13.
Tapi,sama seperti pada tahun 2000,2012 juga sudah disediakan gantinya.dan tarikh baru itu dinantikan lagi dengan penuh debaran.mungkin manusia memang susah nak belajar dari apa yang telah berlaku.
No comments:
Post a Comment