24 January 2013

TOLONGLAH! MENGERTILAH!

Sejak akhir-akhir ini,politik di Malaysia semakin menjijikkan.

Apa tidak,bila sudah sampai tahap mempolitikkan agama. Saya pun tak tahu nak cakap apa dengan orang macam tu.nak bakar bible?semata-mata kerana sebutan Allah?

Kenapa orang itu tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa?

Saya malas nak ambil tahu hal politik.sebab tu masih kekal diatas pagar dan belum daftar pemilih pun.tapi saya marah bila agama dilibatkan seperti ini.walaupun cuma 'ucapan berapi-api',tapi itu sudah boleh dianggap niat.perkataan 'bakar bible' tu pun sudah seperti api.

Cuba kalau perkataan 'bible' tu ditukar.misalnya 'bakar ______'.(isi tempat kosong dengan kitab suci agama anda) apa yang kamu rasa?kemudian dinafikan dengan berkata itu hanya 'ucapan berapi-api'?

Kalau mau larang penyebaran agama,tidak payah lah buat ucapan kurang ajar.terus saja kenakan tindakan atau menghalang mereka yang melakukannya.apa perlu lagi 'wake up call'?macam nak berperang pula.gila kah apa?

Saya masih ingat selain dia ini,ada seorang lagi tuduh adanya 'alat injil pakai elektrik'.juga gila dan tidak lojik.kenapa memfitnah agama kami?kan fitnah itu salah?

Saya harap kita dapat terus hidup harmoni dan saling menghormati kepercayaan masing-masing.saya harap jangan libatkan Sabah dan Sarawak dengan kegilaan 'mereka' ini.

12 January 2013

Oh Nasihat.....

Nasihat,kalau kita yang bagi,rasa syok saja.kadang-kadang,walaupun kita tidak pandai pun kita buat-buat pandai.

Tapi kalau kita yang diberi nasihat?kalau kita memang suka mendengarnya,baguslah.

Nasihat,kalau diberi dengan cara yang baik,memang rasa bagus.terasa seperti ada yang ambil berat dengan diri kita.

Tapi ada yang terus main hambur saja.nasihatkah atau kutukan?baik tak payah.kalau orang tak mau dengar apa yang kamu katakan,belum tentu salah dia.

Dan ada juga yang betul-betul tak mendengar nasihat walaupun diberi cara baik.terpulang pada dialah.

Tapi manusia kadang kala agak munafik.pandai nasihat orang,tapi belum tentu pakai nasihat tu untuk diri sendiri.

Memang susah.manusia memang tidak sempurna.tapi sekurang-kurangnya,kita boleh belajar untuk menjadi lebih baik setiap hari.sekarang lebih baik dari tadi,nanti lebih baik dari sekarang,dan seterusnya.

Belajarlah terima nasihat.dan belajarlah untuk menasihati dengan baik.

02 January 2013

BR1M 2.0 dibayar mulai Februari

Kuala Lumpur: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang membabitkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

2,684,916 permohonan baru

Beliau berkata sebanyak
2,684,916 permohonan baru untuk BR1M 2.0 diterima
sehingga semalam yang mana ia membabitkan 1,823,039
individu bujang manakala baki
861,877 diterima daripada isi
rumah (keluarga).

Pendaftaran terus dibuka

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0.
Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lalu, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. - BERNAMA

Http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BR1M2_0dibayarmulaiFebruari/Article/

Bulan februari?ingatkan bulan januari ni...

Tunggu sajalah.