18 February 2013

SENYUM 75 SEN.

Sejak akhir-akhir ini,saya dapati kualiti post di blog saya ini sudah merosot.mungkin kerana saya post setiap hari.

Kalau dulu,sebelum pasang nuffnang di blog ni,saya hanya post bila ada sesuatu yang ingin saya katakan.bila datang idea saja.

Tapi entah kenapa,seperti sudah kehilangan diri sendiri.terasa seperti saya sudah lupa tujuan saya berblog pula.

Rasanya sangat tidak selesa.rasanya tak perlu post setiap hari pun.mungkin saya patut kembali seperti dulu.post bila rasa mau.

Sebab bila saya membaca kembali post saya,saya lebih suka post sebelum pasang ads.entah bagaimana pendapat pembaca blog ni?

Apa pun,ada juga yang baik selepas pasang ads.selepas seminggu pasang,saya berjaya dapat.....

....75 sen sahaja!wahahaha!rasanya ini hasil orang klik iklannya.kepada pelawat yang klik,terimakasih saya ucapkan!

Tapi bila baca blog orang dapat BE (atau sekarang dipanggil CPUV),rasa diri agak malang juga.rupanya tunggu dapat CPUV ni macam tunggu kena loteri.main nasib!bagus main nombor ekor sajalah alang-alang.hahahaha.

Apa pun,saya ucap terima kasih juga pada nuffnang walaupun cuma 75 sen.mungkin ni kali terakhir saya post macam ni.nanti tak nak post pasal nuffnang kecuali bila dapat CPUV.bukan tak nak post,cuma tunggu diberi CPUV Campaign dulu.hehehe.

Dan mungkin akan jarang post sebab saya hanya akan post kalau ada sesuatu difikiran saya.

Sekian.

1 comment:

  1. Buffer Earning BE tu kalau dpt sampai ke Rm40-50 dia berjalan dan terus naik sampai tamat tempoh dia .. slow slow.>~ lama2 ok la tu

    ReplyDelete