10 February 2013

Nuffnang?Baguskah?

Sekarang saya mencuba sesuatu yang belum pernah saya buat.selepas
berusaha,akhirnya berjaya juga saya memasang nuffnang di blog saya

Tapi,ada perkara yang tak pasti betul atau tidak.bila saya google
mengenai nuffnang,saya baca di blog orang,orang kata nuffnang ni
tak bagus.betulkah?
Tapi ada juga yang kata bagus.

Maklumlah newbie macam saya,walaupun hampir dua tahun berblog,baru
pasang ads hari ini.musykil juga.macam mana dia nak bayar
kita?hantar duit ke rumah kah?sebenarnya macam mana dia kira?setiap
kali ada lawat blog kah?
atau setiap kali ada yang klik iklannya kah?

Tapi saya baru saja mula hari ini.jadi belum dapat apa-apa
lagi.jadi saya akan cuba dalam tempoh dua bulan sambil tanya pada
yang berpengalaman menggunakannya.

Kalau jadi,tidaklah sudah cuma berblog tanpa hasil apa-apa walaupun
saya memang suka tulis blog sesuka hati nak luah pendapat.lagipun
orang macam saya mana dapat buat kerja lain.

Tapi kalau tak dapat apa-apa,apa boleh buat.asalkan saya sudah
mencuba.kalau ada hasil,kalau pun beberapa ringgit saja,itu sudah
boleh dianggap berjaya sebab orang kata mula-mula memang
begitu.tapi kalau tak ada satu sen pun,ertinya gagal dan mungkin nak cuba yang lain pula.

harap-harap bolehlah

No comments:

Post a Comment