kebanyakan sumber internet menjangkakan,parlimen di malaysia akan dibubarkan pada 22 februari 2013.
Tapi saya terdengar perbualan telefon bapa saya dan kawannya,kawannya memberitahu bahawa parlimen akan bubar pada 23 februari 2013!
Patutlah waktu abang saya nak semak br1m tak dapat sebab tempat tu diguna untuk Umno kota marudu berkumpul!
Dengan kata lain,waktunya sudah dekat!tak lama lagi,pilihanraya!PRU13!
Mungkin pemberian br1m pun akan dibatal(jangkaan) sebab untuk perbelanjaan PRU.yang dah terima awal tu nasib baiklah.yang lambat dapat mungkin kempunan.haiya!
Tapi,harapan saya,barangsiapa menang pilihanraya kali ini,diharap dapat tunaikan janji.tolong jangan hampakan rakyat.malulah sikit kalau kamu dipilih rakyat,tapi mengumpul kekayaan untuk diri sendiri saja.kamu dipilih rakyat bukan kerana kamu hensem atau popular.kamu dipilih rakyat kerana rakyat mahu kamu berkerja untuk mereka.kamu faham tak maksud 'dipilih'?faham tak maksud 'wakil rakyat'?kalau kamu dipilih,buat kerja dengan rendah hati.bukan ingat jadi wakil rakyat,status kamu tinggi dilangit.politik bukan arena tempat nak berebut jadi Tuhan.kamu masih pandai mati bila sampai ajal kan?
Saya memang tak berminat dengan politik.sebab ia bagai arena orang gila kuasa berebut kuasa.siapa yang betul-betul boleh jadi wakil rakyat idaman ramai?kebanyakannya propaganda saja lebih.tapi alangkah baiknya kalau yang dipilih nanti benar-benar bekerja untuk rakyat.
Mungkin masalah kita adalah mentaliti.bila menang pilihanraya,orang lebih memandang kuasa daripada erti 'dipilih'.akibatnya,dunia politik jadi sangat kotor dan tercemar.padahal sepatutnya,yang 'memilih' lebih tinggi statusnya dari yang 'dipilih'.kenapa sekarang 'dipilih' beranggapan status diri lebih tinggi? cuba ambil contoh orang pilihan Tuhan.adakah dia lebih besar dari Yang memilihnya?insaflah!
Ops! Dah terlalu menyimpang dari topik ni.hehehe.yang penting,kita sebagai yang memilih,pilihlah betul-betul.jangan pilih yang akan pandang rendah pada yang memilih.bersedia untuk PRU13!
No comments:
Post a Comment