Saya tak tahu.adakah saya buat perkara yang betul?
Rasa seperti saya dah rosakkan sesuatu.rasa tak sedap hati.agaknya apa saya dah buat?harap tak berlaku apa-apa yang teruk.
Kadang-kadang naluri kita seakan memberitahu kita.apa bila rasa ada yang tak kena,lebih baik kita berwaspada.atau kita akan melakukan kesilapan.
Tapi seringkali kita gagal untuk memahaminya.akibatnya,kita seringkali mengulangi kesilapan yang sama.mungkin kerana dalam manusia sendiri ada keinginan-keinginan yang saling bertentangan. Misalnya keinginan untuk jadi baik vs keinginan untuk mendapat apa yang dihajati.akibatnya manusia sering berperang dengan dirinya sendiri.
Kita berkeadaan begini kerana kita memang tidak sempurna.maka,bila orang lain melakukan kesilapan,tegurlah baik-baik.kalau kita sendiri buat silap,cepat-cepat betulkan.
Kalau kita maki teruk pun orang yang buat silap,itu tidak membuat imej kita nampak baik.betulkan?tapi ada yang rasa seronok buat begitu walaupun orang tersebut tidak mengakuinya.
Apa lagi kalau orang itu merasa statusnya tinggi dan berdaulat.walaupun dia bukan raja,jauh sekali Tuhan,marahnya seolah nak menghukum mati orang,sekalipun salahnya kecil.
Kalau yang buat silap ada niat ingin berubah,kenapa tidak beri peluang?siapa kita untuk menghukum dia?tapi kalau dia memang sengaja buat salah pun,sekali lagi,memaki hamun dia tidak membuat kita lebih baik dari dia.
Kalau tak suka orang itu,jauhi dia saja.tak perlu maki hamun.suara anda yang kasar dan kata-kata anda yang teruk akan menjatuhkan imej anda.
No comments:
Post a Comment