Fakta bersejarah
Terdapat ramai martir Kristian
purba yang bernama
Valentine,tetapi mereka
bernama Valentine yang
diperingati pada 14 Februari
adalah Valentine dari Rom
(Valentinus presb. m. Romae)
dan Valentine dari Terni
(Valentinus ep. Interamnensis
m. Romae).
Valentine dari
Rom ialah seorang paderi di
Rom yang mati demi agama
pada tahun 269 M dan
dikebumikan di Via Flaminia.
Bahan-bahan peninggalannya
terdapat di Gereja St. Prassede
di Rom,dan Gereja Karmelit
Whitefriar Street di Dublin,
Ireland.
Valentine dari Terni pula
menjadi biskop Interamna(kini
Terni) sekitar tahun 197 M dan
dikatakan berkorban demi
agama sewaktu zaman
penindasan ke atas penganut
Kristian di bawah pemerintahan
Maharaja Aurelian. Beliau juga
dikebumikan di Via Flaminia,
tetapi di tempat yang berbeza
daripada Valentine dari Rom.
Bahan-bahan peninggalannya
berada di Basilika St. Valentine
di Terni (Basilica di San
Valentino).
Catholic Encyclopedia juga
menyebutkan seorang lagi santo
bernama Valentine yang disebut
di bawah tarikh 14 Februari
dalam takwim-takwim martir
yang purba. Beliau berkorban
demi agama di Afrika bersama
sebilangan sahabat handai,
tetapi tidak banyak yang
diketahui mengenainya.
Tiada unsur-unsur asmara
terdapat dalam riwayat hidup
terawal bagi mana-mana martir
ini. Ketika seseorang Santo
Valentine dikaitkan dengan
asmara pada abad ke-14, maka
perbezaan antara Valentine dari
Rom dan Valentine dari Terni
pudar begitu sahaja.
Dalam pindaan Takwim Para
Yang Kudus Katolik Rom pada
tahun 1969, hari perayaan Santo
Valentine pada 14 Februari
dipadamkan daripada Takwim
Rom Am dan diturun taraf
kepada takwim-takwim tertentu
(peringkat tempatan atau
kebangsaan) atas sebab yang
berikut: "Sungguhpun
peringatan Santo Valentine
diamalkan sejak purbakala,
namun ia diserahkan kepada
takwim-takwim yang tertentu,
memandangkan tiada apa yang
diketahui tentang Santo
Valentine selain namanya dan
bahawa beliau disemadikan di
Via Flaminia pada 14
Februari.'' Hari perayaan
Santo Valentine masih disambut
di Balzan (Malta) di mana
dikatakan terjumpa bahan-
bahan tinggalan santo
berkenaan, dan juga di seluruh
dunia oleh penganut Katolik
Tradisionalis yang mengikuti
takwim pra-Majlis Vatikan Kedua
yang lebih purba. 14 Februari
juga disambut sebagai Hari St.
Valentine dalam beberapa
mazhab Kristian yang lain,
misalnya: ia berpangkat
'peringatan' dalam takwim
Gereja England dan beberapa
lagi anggota Golongan
Anglikan.
Legenda
Satu Acta yang dikarang pada
Awal Zaman Pertengahan
tentang salah seorang Santo
Valentine diterangkan secara
terperinci tetapi ringkas dalam
Legenda Aurea.
Menurut
versi ini, St.Valentine ditindas
kerana menganut agama
Kristian lalu disoal siasat oleh
Maharaja Rom Claudius II
sendiri. Claudius kagum
dengan Valentine lalu
berbincang dengannya sebagai
cubaan untuk menggesanya
supaya memeluk agama pagan
Rom untuk menyelamatkan
nyawa dirinya. Valentine
menolak dan cuba menjadikan
Claudius beragama Kristian pula.
Oleh sebab itu, Valentine
dihukum mati. Sebelum itu,
beliau dikhabarkan melakukan
satu mukjizat dengan
menyembuhkan anak
perempuan kepada pegawai
yang memenjarakannya.
Memandangkan Legenda Aurea
langsung tidak mengungkit
sebarang hubungan dengan
cinta asmara, maka ditokok
tambah peribudaya yang
bersesuaian pada zaman moden
untuk menggambarkan
Valentine sebagai paderi yang
enggan mematuhi apa yang
kononnya undang-undang
larangan berkahwin ke atas
warga lelaki muda yang
dititahkan oleh Maharaja
Claudius II, kononnya untuk
menambah bilangan bala
tenteranya atas kepercayaan
bahawa lelaki yang berkahwin
tidak sesuai menjadi askar.
Bagaimanapun, Valentine si
paderi itu senyap-senyap
menganjurkan upacara
perkahwinan bagi lelaki muda.
Setelah diketahui oleh Claudius,
Valentine diberkas lalu
dipenjarakan.
Sumber:
ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine
No comments:
Post a Comment