02 March 2013

Harap baik-baik saja.

Kelmarin, 1 haribulan march,bermulanya pertempuran antara anggota keselamatan Malaysia dengan pengganas filipina.


Pertempuran terjadi di kampung tanduo,lahad datu.yang disahkan benar-benar terkorban di pihak anggota keselamatan adalah dua orang.kerana seorang lagi yang dikhabarkan terkorban,sebenarnya selamat dan hanya tercedera.

Susah betul nak cari laporan yang betul-betul tepat mengenai apa yang terjadi disana.kalau silap sikit bagi laporan,kan sudah tertipu banyak orang.hati-hati labah!

Dan saya sempat baca orang bilang konon anggota pengganas yang lain sudah sampai di sandakan.tapi post itu kemudian telah dipadam.saya cari pun tak jumpa lagi.bikin suspen betul!gila punya orang.suka buat khabar angin.kalau semua orang mau guna internet dengan bertanggungjawab,pasti internet jadi pusat maklumat yang tepat dan pantas.sayangnya...

Sekarang pun tak pasti apa yang sedang terjadi disana.dengar cerita,perintah berkurung sedang dikuatkuasakan.

Apa pun,kita doakan semoga semuanya baik-baik saja.semoga Tuhan lembutkan hati pengganas itu agar segera meninggalkan Sabah.semoga Tuhan kuatkan semangat pasukan keselamatan untuk mempertahankan Sabah.semoga hal ini cepat selesai.

No comments:

Post a Comment