Entah apa sialnya nasib saya dalam minggu ini.ketika jalan dengan mak saya nak ambil br1m saya di pekan kelmarin,tiba-tiba kad nametag OKU saya hilang! Entah macam mana saya boleh tak sedar,tahu-tahu,mak saya lihat,ia sudah tiada.waktu saya pakai pula tu!
Tapi selama ini,masa saya masih selalu ke PDK KM,tidak pernah pun hilang masa saya memakainya.gila betul!
Mujur juga ada salinan copy masih disimpan.dan mujur juga memang sudah diarah untuk buat yang baru.sial betul!
Kemudian di pejabat kebajikan pula,yang 'ketua' di sana pula cakap,belum tentu permohonan kali ini akan lulus.sebab konon saya kelihatan sudah 'sihat'.mendengar itu,saya mula risau.adakah bantuan untuk saya akan dihentikan?dan saya tak faham apa maksudnya saya sudah 'Sihat'? saya tak nampak macam OKU lagi kah?
Lepas tu kami pergi ke hospital lotong untuk ambil laporan doktor(sebab prosedurnya begitu). Disuruh jumpa doktor di bilik 3.tunggu dari dalam pukul 10,sampai terpaksa pergi sekejap di kantin,kemudian sambung tunggu,sampai dalam pukul 4 petang,baru sampai giliran.sekali jumpa doktor dibilik 3,doktor tu tanya sikit-sikit,kemudian tengok fail rekod dari kebajikan.dan dia tulis.
Sekali kami pulang dalam dekat jam 5,tengok apa dia tulis.tulis shorthand.di depan saja dapat baca.MENTAL....
Sekarang,saya jadi tak yakin.adakah saya kurang waras?apa masalah saya sebenarnya?mungkin kerana anggota saya kelihatan lengkap,jadi saya tidak dikategorikan sebagai OKU?kalau betul,kenapa banyak perkara yang saya ingin buat,saya tak dapat buat pula?apa masalah saya sebenarnya?tenaga hanya cukup untuk berjalan,hanya bila jalan itu berkeadaan baik?
Besoknya,(pagi tadi,sebab post ini pada waktu malam)kami ke kebajikan,hantar laporan doktor,kemudian ambil gambar.harap kali ini dapat buat kad baru.
Lepas tu kami ke balai polis,buat laporan pasal hilang kad OKU. Harap jika ada sesiapa yang jumpa kad saya diluar sana,tolong kembalikan ke pejabat kebajikan atau hantar ke balai polis.semoga Tuhan memberkati.
No comments:
Post a Comment