15 April 2013

lawak politik:INIKALILAh vs TATAP

susah juga nak biasakan diri guna touch ni.

seperti yang kita tahu,akhirnya YAB pm datuk seri najib tun razak telah membubarkan parlimen pada 3 april yang lalu.manakala hari penamaan calon pada 20 april dan hari mengundi pru13 pada 5 mei.

lucu juga pada masa datuk seri najib mengumumkan pembubaran parlimen.beliau sampai tersilap menyebut tarikh pembubaran yang sepatutnya pada tahun 2013 ke tahun 2012 pula.tapi,bagi saya itu tidak apa.asalkan jangan kesalahan tipu orang kampung,tipu negara,rampas hak orang serta pelbagai kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh ahli politik.salah sebut tu biasalah.

yang lucunya,kerusi penentu siapa yang bakal berkuasa di putrajaya ialah Sabah.hebatkan Sabah? dan perang kempen di Sabah juga paling menarik.kita tahu baru-baru ini bn Sabah ada slogan baru.jika lawan mereka terkenal dengan slogan "NI KALILAH",mereka pula membalas dengan "TATAP BN".mungkin dapat ilham dari slogan RTM "tetap unggul".hehe.

saya berharap,kita di Sabah undilah dengan pemikiran yang waras.jangan mengundi kerana pengaruh kempen parti.pastikan kita tahu apa yang kita mahukan.kita tidak mahu undi kita sia-sia kan?tengok sendiri sekeliling kita.apa yang berlaku?jangan hanya dengar sepihak saja.jadilah hakim yang adil dan bukan yang makan suap punya.jangan undi jika hanya mahu ganjaran.kitalah penentunya.pilihlah,bukan kerana populariti.pilihlah yang boleh bekerja untuk kita,bukan yang pijak kepala kita!

INIKALILAH atau TATAP? pilihan di tangan anda.

No comments:

Post a Comment