04 May 2013

tolong naikkan bantuan OKU saya.

setelah sekian lama,inilah post pertama saya pada bulan ini.

esok,kita akan mengundi untuk menentukan masa depan negara.saya harap kita semua baik-baik saja.semoga siapa saja yang menang dapat berkhidmat dengan baik dan menunaikan janji.bukan hanya berjanji ketika berpilihanraya sahaja.

satu harapan saya,yang kalah nanti jangan buat perkara yang tak baik.bersabarlah tunggu lima tahun lagi.terima kekalahan dengan hati terbuka.jangan sengaja mahu mengulang peristiwa 13 mei.itu gila kuasa namanya!kita amalkanlah demokrasi yang benar.jangan ingat nak menang sendiri saja.kalau tidak baik jangan berpilihanraya.jangan fikir rakyat bodoh selamanya!

satu lagi harapan saya,siapa yang menang,harga barang keperluan semakin mahal.boleh tak berikhtiar mengatasinya?dan bantuan OKU yang saya terima setiap bulan hanya RM 165 sahaja setiap bulan.ini tidak cukup bila saya kadang-kala terpaksa berkongsi untuk bayar apa yang perlu dirumah.kenapa hanya RM165 sahaja?kalau bukan kerana keadaan saya macam ni,sudah lama saya pergi cari kerja!saya harap,tolonglah.naikkan bantuan OKU saya ke RM200 atau lagi baik RM300 setiap bulan!saya tak pasti adakah hanya saya yang di kota marudu sahaja yang dibayar 165 sebulan atau semua juga sama?

kalau boleh dipertimbangkan, alangkah baiknya....................................................

No comments:

Post a Comment