04 April 2013

Fakta Menarik Tentang Jepun






post kali ini mengenai Jepun.dapat info dari kawan facebook.(entah dia dapat dari mana)Jepun Ialah negara yang mengkagumkan pada masa ini.lebih-lebih lagi kepada peminat Anime.hehehe.



Fakta di Jepun

1. Di Jepun di ajar pada awal
sekolah rendah sehingga darjah
enam dengan satu matapelajaran
yang dinamakann "Jalan kearah
Akhlak" dimana pelajar
mempelajari akhlak/etika dan
cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure
pada awal sekolah rendah
sehingga ke peringkat tiga
pertengahan, kerana objektifnya
ialah mendidik dan menanamkan
konsep dan pembentukan
pribadi/watak, bukan sahaja
pendidikan dan indoktrinasi
(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu
Negara terkaya didunia, mereka
tidak mempunyai orang gaji
(servants), ibu dan bapa
bertanggungjawab di rumah dan
keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun
membersihkan sekolah mereka
setiap hari selama 20min
bersama-sama guru mereka.
Faktor ini membawa kearah
kemunculan generasi Jepun yang
sederhana dan minat kearah
kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan
membawa berus gigi yang telah
di "disinfected" /sterilkan, dan
mereka membersihkan gigi
mereka disekolah setiap kali
lepas makan bagi mengekalkan
kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan
memakan makanan pelajarnya
selama setengah jam bagi
memastikan keselamatan
mereka, kerana pengetua
menganggap pelajar adalah masa
depan Jepun yang perlu diberi
perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun
digelar sebagai "Jurutera
Kesihatan" yang gajinya
sebanyak 5000 hingga 8000 USD
sebulan, tertakluk kepada ujian
bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan
handphone didalam tren/
keretapi, restoran dan tempat-
tempat yang tertutup, dan
dinamakan status 'silent' di
handphone sebagai "akhlak/
etika"

9. Jika anda pergi ke restauran
buffet di Jepun, anda akan dapati
bahawa setiap orang akan
mengambil makanan dengan
kadar yang di perlukan sahaja,
dan tidak akan meninggalkan
apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/
tren adalah sebanyak 7 saat
sahaja dalam satu tahun, ini
kerana mereka adalah orang
yang tahu akan nilai masa, dan
gemar kepada ketepatan saat
dan minit.



matawang Jepun ialah Yen.nilainya dibanding duit malaysia ialah RM 1 sama dengan lebih kurang 33 yen.ada orang kata nilai wang malaysia lebih tinggi,sebenarnya silap.kita tahu Rm 1 bukan angka terendah matawang malaysia kerana RM 1 adalah seratus sen.1 sen barulah angka terendah.tapi matawang Jepun agak pelik sedikit sebab angka terendah ialah 1 yen tanpa sen-sen lagi.jika Jepun turut menggunakan sen seperti ringgit,maka nilai sebenar RM 1 lebih kurang 33 sen jepun saja!anda tidak akan menemui 50 yen dalam bentuk wang kertas kerana 50 yen hanya ada dalam bentuk duit syiling!



Apapun,kegigihan Jepun untuk berjaya memang wajar dicontohi.dan watak gadis anime memang sangat comel!hehehe.

No comments:

Post a Comment