31 December 2012

Happy New Year

www.youtube.com/watch?v=CpvYoY4juLc

Tidak lama lagi,kita akan mengucapkan good bye kepada 2012.dan kita akan ucap hello kepada 2013.ketika ini,bermacam-macam kita rasakan.ada yang gembira kerana tarikh yang dinantikan semakin hampir,ada yang cemas kerana bertambahnya angka pada tahun bermakna bertambahnya angka pada usia.(hehe)

Kita sering berdepan dengan keadaan ini.dan ia mungkin membuat kita menyesal kerana membuang masa begitu saja.

Bagi yang telah berjaya mencapai matlamat mereka,tahniah!tapi bagi kita yang belun berjaya,tidak mengapa!masih ada 2013!tapi sedikit sebanyak,rasa kesal juga.

Terasa 2012 bagai menjadi angka yang belum selesai.masih banyak persoalan yang belum terjawab.masih banyak matlamat yang belum tercapai.dan masih banyak hutang yang belum dibayar.(opss!jangan marah.)

Perjalanan hidup kita akan sentiasa begini.siapakah yang tidak pernah menyesal sepanjang hidupnya?sungguh bertuah orang itu!

Tapi selagi manusia melakukan kesilapan,selagi itulah penyesalan akan tetap ada.dan ia menjadi sebahagian dari hidup kita.kerana kita hanyalah manusia.

Tapi kita patut bersyukur kerana masih ada masa.kalau suatu masa nanti angka kita berhenti bertambah,kita tidak berpeluang lagi untuk memperbaiki kesilapan.berikanlah yang terbaik untuk hidup supaya kita kurang menyesal.

Happy New Year!

27 December 2012

pada hujung tahun

Tinggal 4 hari lagi,2012 akan melabuhkan tirai.ada banyak juga pahit-manis dalam memori kita sepanjang tahun ini.

Seperti hujung tahun yang lalu,hujung tahun ini juga mungkin ada antara kita yang mandi sungai,mandi laut,berendam sampai pucat,untuk 'membuang sial' dari tahun lama menuju tahun baru.

Dan ada juga antara kita memasang azam baru.(walaupun yang lama mungkin belum tercapai)

Tapi saya harap,janganlah kita terdengar ramalan kiamat baru pula bila ramalan lama sudah gagal.tapi biasanya begitulah.

Tapi ramalan begini mungkin tak salah,kan?tahun 2013 adalah tahun yang penting untuk malaysia.kalau kita berjaya mengharungi 2013 dengan jayanya,keadaan akan semakin baik.kalau tidak,baik kita bersedia.

Diharap kita tidak alami perkara buruk seperti ditahun ini pada tahun hadapan.tapi kita hanya mampu berserah.sebab bukan kita yang menentukannya.

Dan saya berharap,semoga kita semua gembira selalu.

Pada tahun 2013, mungkin saya akan buat sedikit perubahan pada blog ini untuk ulang tahun kedua saya berblog.apa pun,terimakasih pada para pembaca.

24 December 2012

DNA - Doomsday looming on Christmas Eve?

Doomsday looming on Christmas Eve?

People were relieved that the world showed no signs of ending on Friday as predicted by many, but one German researcher has sparked fear again saying that December 24th could be the big day.

According to experts, December 21 is the end of the so-called baktun, comparable to the millennial change in our own calendar that was celebrated by people around the world on December 31, 1999, ABC News reported

A baktun is a unit of time in the ancient Maya Long Count Calendar. This existed in addition to a calendar based on the solar year, which includes 365 days, as well as a calendar of rituals that repeats itself every 260 days.

Now Nikolai Grube of the University of Bonn, one of the leading experts on Mesoamerican advanced civilizations, says it is even plausible that the end of the 13th baktun might not be on December 21 but instead on December 24.

So does he mean that the world may come to a crashing end on Christmas Eve instead?




hahahahaha.

21 December 2012

malam 21 disember

Sedikit masa lagi,ramalan 2012 akan mencapai tarikh luputnya.ada sesiapa diantara kita yang menunggu kiamat tiba pada hari ini?harap-harap tiadalah.buat apa begitu bodoh.betul tak?

Pada hari ini,dikhabarkan sejak beberapa tahun yang lalu kononnya kiamat akan tiba.tapi tunggu punya tunggu,bulan tak timbul-timbul sebab hanya awan hujan saja yang ada.

Rasanya lagu di youtube ini http://youtube.com/watch?client=mv-google&gl=MY&hl=en&v=bVglgJrwS_8 masih laku buat masa sekarang.ya,Dunia Belum Kiamat!kenapa mesti takut?kita tak akan tahu bila.

Tapi selalunya orang yang buat ramalan kiamat tidak mahu mengaku salah bila ramalannya sampai tarikh luput.alasannya,ditangguh!kiamat ni pandai gostan kah?

Apa salahnya kalau akui saja kesilapan sendiri?kenapa nak cari benda lain untuk dipersalahkan? Kalau tahu malu,kenapa nak buat juga?mahu populariti?

Lagi teruk bila pakai ramalan kiamat kemudian bila ada pengikut,minta bayaran.bagi saya,tiada bezanya perbuatan ini dengan orang yang berhutang kemudian tak mahu membayar.

Ada lagi yang buat buku ramalan kiamat kemudian jual buku ramalan kiamatnya.kenapa tak buat novel fiksyen saja.lagi bagus yang terang-terang rekaan untuk hiburan daripada menjual pembohongan yang bertopengkan kebenaran rahsia.buat apa?

Sebenarnya bukan susah pun nak meramal kiamat.kita sendiri pun boleh buat asalkan `kreatif` dan ada `sumber rujukan`.dan dalam kes 2012 ini,sumber rujukan adalah dari kalendar maya yang tamat baktun ke 13.

Tapi,sama seperti pada tahun 2000,2012 juga sudah disediakan gantinya.dan tarikh baru itu dinantikan lagi dengan penuh debaran.mungkin manusia memang susah nak belajar dari apa yang telah berlaku.

19 December 2012

apa yang terjadi sebenarnya?

Pada 15 disember 2012,bekalan elektrik di kota marudu menjadi agak ganjil.ia jadi terlalu kuat voltan sampai merosakkan barangan elektrik dirumah saya.

Apa yang telah berlaku sebenarnya?TV, Astro dan pengecas battery hangus.lampu turut mengeluarkan bunyi yang pelik.

Siapa agaknya yang 'buat eksperimen' di mesin penjana pada masa itu?

Mungkinkah penjana elektrik di kota marudu sudah ketinggalan zaman sebab diguna sejak tahun 70an tidak pernah diganti?

Kami malas nak pergi tuntut ganti rugi,jadi kami beli saja TV baru dan peti astro baru.

Yang saya tak puas hati ni,sampai sekarang pun bapa saya asyik suruh padam TV bila saya nak tengok.takut saja.jadi geram juga.tak bebas macam dulu.

Kalau saya tahu siapa yang saya patut salahkan!geram betul!

17 December 2012

KES NORIKOH:APA YANG WAJAR DILAKUKAN


Masih ingatkah kita?ini terjadi pada bulan lepas.bukan sekadar seluruh kota marudu,bahkan seluruh Sabah gempar dengan kes ini.

Kita ada dengar banyak kisah mengenai gadis ini.ada dakwaan yang dia mungkin dirogol,sementara pihak polis pula menafikannya.juga kita diberi amaran agar tidak menyebarkan 'berita palsu' mengenai kematian norikoh.


Tapi saya berharap biarlah kes ini selesai dengan memuaskan seperti harapan orang ramai.jangan biar ia jadi misteri begitu saja.sebab ia sudah sangat jelas.menutup kes dan melarang orang menyebarkannya bukanlah penyelesaian yang bijak.

Mungkin (saya kata mungkin saja) ada beberapa perkara yang tak betul.tapi kita disini sedia maklum tentang perkara yang tidak dapat dinafikan ini.KEMATIAN NORIKOH BUKAN PALSU!lalu apa?saya dan semua rakyat Sabah amnya dan kota marudu khasnya,meminta supaya kerajaan menjadi hero dengan menyelesaikan kes ini seperti yang rakyat minta.

Isu disini bukanlah sama ada Norikoh dirogol atau tidak.isu disini ialah KEBANJIRAN PENDATANG ASING DISABAH ADALAH ANCAMAN TERHADAP RAKYAT SABAH!(sama ada ianya tanpa izin atau yang ada mykad)siapa kata ini bukan masalah?Norikoh hanyalah salah seorang dari mangsanya!rakyat Sabah sampai ada yang mati,masih boleh rasa selesa kah?


Kerajaan melarang pembangkang mempolitikkan isu ini.tapi,rasanya pembangkang hanya ambil kesempatan.tapi siapa sebenarnya yang beri peluang kepada pembangkang untuk politikkan isu ini?kenapa tak selesaikan sebelum pembangkang ambil kesempatan?

Kalau kerajaan mahu,ini peluang untuk meraih kepercayaan rakyat.selesaikan masalah ini seperti yang dikehendaki rakyat.

Saya langsung tak berminat dengan politik.ini hanya sudut pandangan saya.adakah ini melanggar mana-mana akta?saya cuma risau.dan saya yakin bukan saya saja yang rasa begini.adakah salah bila saya post begini?

Kalau post ini menyinggung perasaan mana-mana pihak,sila maafkan saya.

16 December 2012

2012?apa macam?

Sekarang kita sudah pun dibulan disember 2012.dan masa yang diramalkan akan kiamat pun tinggal 6 hari.apa macam?

Ada sebarang tanda?ada? Adakah nampak dua matahari? dua bulan? Ada?mungkin kalau mabuk aramaiti moginum,mungkin boleh nampak.

Ada siapa-siapa nampak nibiru?

Tapi,apa yang saya lihat,seperti tiada apapun yang bakal berlaku jumaat 21 disember ini.baik bersedia untuk sambut Christmas daripada tunggu kiamat macam orang bodoh.kepada yang percaya ramalan kiamat 2012,baik insaf awal-awal atau anda akan malu sendiri.

Macam post diblog saya disember tahun 2011,saya cakap lagi disini.kita tidak akan tahu bila mahu kiamat.itu hanya Tuhan saja yang tahu.dan kebiasaan Tuhan ketika memberitahu bila,kita boleh baca di bible.bila betul-betul tinggal beberapa hari lagi.bukan macam stail ramalan kiamat,berapa haribulan berapa tahun berapa kiamat.yang kalendar maya mau habis tu,itu tiada kena-mengena pun.belum tentu itu maksudnya,terus buat kesimpulan yang dunia nak kiamat?

Mungkin benar tahunnya sedang di hitung sekarang.tapi kita manusia,boleh tahukah berapa tahun lagi?tidak semudah itu Tuhan akan memberitahu kita.berhabis kita kaji alkitab pun,kalau tujuan hanya untuk cari tarikh kiamat,sia-sia saja.

Memang saya akui.orang begini lebih menghafal alkitab berbanding saya yang jarang membacanya.tapi bila niatnya cuma sekadar ini,sama saja seperti ahli taurat dan farisi yang hanya membaca kitab tapi tidak memahaminya. tambah lagi dari sumber luar,lagilah tak boleh percaya.siap gelap 3 hari konon.

Lebih baik kita hidup sederhana daripada terlalu berlebihan.

MERRY CHRISTMAS TO ALL.

NOW,IM BACK!!

this post is using my email.can i make it?i hope it can.

Since a few month ago,im always try what i can do.

I hope for this!

It work!hohoho.now im back!