30 December 2011

2012 kiamat kah?


Salam mesra buat semua pembaca.entry saya pada kali mengenai 2012.pada hari ahad ini kita akan meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan kenangan tak kira pahit atau manis dan memasuki tahun baru.2012!

Beberapa tahun ini,kita sering terdengar khabar angin tentang 2012.sampai ada filem lagi!hehehe.boleh percaya kah ni?

Kalendar Maya dikatakan bermula pada 3113 tahun sebelum masihi.dan pada 2012,bangsa Maya dikatakan telah menyatakan,tepatnya 21 disember 2012 merupakan "End of Time".makna "End of Time" itu sendiri masih diperdebatkan oleh para ilmuan dan ahli arkeologi.

Ada yang mengatakan maksudnya ialah:

1.berhentinya waktu (bumi berhenti berputar)
2.peralihan dari zaman Pisces ke Aquarius
3.peralihan dari abad silver ke abad keemasan
4.End of Time=kiamat lah.apa lagi?:D
5.akan ada sebuah galactic wave yang besar,yang menghentikan semua kegiatan di muka bumi,termasuk kemusnahan manusia
6.perubahan dari dimensi 3 ke dimensi 4 atau sampai 5
7.kehidupan manusia meningkat dari level dimensi 3 ke 4,DNA manusia meningkat dari strain 2 ke 12,sehingga manusia mampu menggunakan kuasa Pcychic.(bagus kalau betul.siok.:D)
8.Ada yang menyatakan tidak akan terjadi apa-apa.(mungkin ini yang betul)
9.ada yang menyatakan waktu sudah tidak berlaku,jadi waktu sudah tidak linear,tapi dapat berubah-ubah,sesuai dengan waktu yang kita alami,dengan adanya mesin masa.
10.penemuan mesin masa dan stargate.
11.manusia sudah boleh melakukan transportation ke galaksi lain melalui stargate.
12.bangkitnya messiah,yang akan menyelamatkan manusia dari kehancuran.(nabi palsu?)
13.kebangkitan isa/Jesus.(yang ni saya paling tidak faham.kan Yesus bangkit dari mati dan naik ke syurga 2000 tahun lalu? Kalau bilang Dia kembali barulah.apa yang bangkit lagi?ada-ada saja)
14.kali pertama peradaban manusia berhubung dengan makhluk asing/alien/UFO
15.manusia menyertai komuniti antaragalaksi buat pertama kalinya.

Dalam kalendar kaum maya yang terkenal itu,diramalkan bahawa pada jangkamasa 1992-2012 bumi akan dibersihkan,selanjutnya peradaban manusia yang sekarang ini akan berakhir dan akan mulai memasuki peradaban baru yang tiada kena-mengena dengan peradaban manusia sekarang.

Pada 21 Disember 2012 bumi dikatakan akan berada sebaris dengan Pusat Galaksi Bima Sakti (macam gerhana kah?) sekali dalam 25000 tahun menyebabkan medan magnet bumi berganjak dan menyebabkan gempa bumi,banjir dan letupan gunung berapi.

Bilang diorang lagi kutub bergeser jadi miring atau mungkin terbalik.jadi matahari mungkin terbit dari barat atau dari utara atau selatan?dan kawasan khatulistiwa mungkin akan jadi bukan khatulistiwa.

Ada lagi konon Nibiru,atau planet x.siap ada cerita konon itu saudara matahari yang sudah lama hilang.macam cerita komik saja.mau berlawan kah konon?:D

Saya ada menyimpan videonya di memory card micro sd lama saya.download dari site blueapple.konon 2012 atau 2013 bumi akan berada ditengah antara matahari dengan Nibiru.bumi akan berhenti berputar selama 3 hari!(macam mana mau kira hari kalau berhenti berputar?pakai jam?:D)

Apa pun kita harus bersedia.apa pun boleh berlaku ditahun itu.cuma,kalau kiamat?tengok dulu.mungkin ada beberapa masalah dari segi ekonomi atau dari perangai manusia sendiri.tapi belum tentu kiamat! Ribut solar tu kan perkara biasa?bukan baru kali ni!

Memang dalam sejarah manusia,sudah banyak kali ada ramalan seperti ini.banyak yang pada mulanya kedengaran meyakinkan dan disebar-sebarkan dengan penuh semangat.tapi seterusnya?ramalan itu jadi nampak bodoh bila sudah melepasi tarikh luputnya.jadi baik kita lihat dulu.

Apa pun,bagi saya,kita tidak harus cepat percaya pada ramalan begini.sebab Tuhan tidak akan semudah itu memberitahu manusia bila dunia akan ditamatkan.sebab Dia mahu semua umatnya bersedia sepanjang masa.ramalan kiamat begini hanya akan melalaikan kita dari tujuan hidup kita di dunia ini.yang masih sekolah jadi malas mahu belajar,yang sudah berkerja pun prestasi kerja merosot gara-gara percaya ramalan kiamat.memang ianya seronok didengar.tapi motivasi ingin jadi lebih baik tidak dapat kekal.dan jelas menunjukkan kita tidak ikhlas percaya kepada Tuhan.

Dan paling penting,Yesus sudah mengatakan dalam Matius 24:36 bahawa tiada yang akan tahu.kalau Yesus tahu pun Dia tidak akan beritahu 'bila'.Dia cuma beritahu 'apa '.

Tapi rasanya,manusia memang susah mahu belajar walaupun sudah berkali-kali mengalaminya.

Apapun,semoga cita-cita kita yang gagal dicapai pada 2011 boleh dijayakan pada 2012.semoga semua kesialan pada 2011 hilang tidak akan kembali lagi.semoga kita semua diberkati Tuhan pada 2012.semoga 2012 menjadi tahun yang penuh harapan buat kita.

God Bless all readers!Happy New Year!!!(^_^)

No comments:

Post a Comment