26 December 2011

Memperingati 26 Disember

Pada 26 Disember 2004, satu
gempa bumi yang besar berlaku
di Lautan Hindi lepas pantai
barat Aceh yang mengakibatkan
berlakunya ombak besar
tsunami yang melandai
kawasan-kawasan pantai di
selatan Asia, Sumatera Utara,
Thailand dan Malaysia. Pusat
gempa terletak pada bujur
3,298° utara dan 95,779° timur
kira-kira 160 km sebelah barat
Aceh sedalam 10 km. Gempa
bumi yang sebesar Skala Richter
9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi
(waktu Malaysia) dan
merupakan yang keempat
terbesar di dunia sejak 1900. Di
sesetengah lokasi dilaporkan
bahawa ombak tsunami
mencapai ketinggian 10 meter.
Ribuan telah terkorban akibat
malapetaka ini.

Sumber:wikipedia

Memang sangat menakutkan.malapetaka dikatakan sering terjadi pada 26 disember.Ribut Greg di sabah 1996 juga terjadi pada 26 disember.begitu juga dengan beberapa gempabumi sebelum 2004.

Entahlah.mungkin kebetulan ada beberapa kejadian berlaku pada tarikh itu.sebab bukan semua malapetaka terjadi pada 26 disember.

Apa pun,tsunami 2004 ada banyak cerita disebaliknya.ada beberapa kisah yang mungkin benar,dan ada yang mungkin ditokok-tambah atau keseluruhan mungkin dibuat-buat.

Apapun,malapetaka itu menjadi igauan ngeri kepada para mangsa yang terselamat dari maut pada hari itu.dan hari itu menjadi kenangan pahit bagi mereka yang kehilangan orang yang tersayang.

Hari ini,genap tujuh tahun dari peristiwa itu.tapi agaknya masa tujuh tahun agak singkat bagi mereka yang mengalaminya melupakan peristiwa pahit ini.semoga mereka boleh menjadi lebih tabah dan meneruskan kehidupan.

Bagi mereka yang terkorban,kita doakan semoga roh mereka boleh bersemadi dengan tenang.apa pun,pendapat saya,segala yang terjadi adalah amaran kepada kita yang masih hidup.mungkin Tuhan murka kerana kita semakin sering melupakanNya.kita asyik dengan keinginan kita sendiri,dan kita sering lupa akan makna hari natal yang sesungguhnya.kita terlalu asyik 'aramai ti' dengan minuman keras sampai ampai-ampai.marilah kita kenali semula makna krismas agar kita tidak lupa.yaitu hari kelahiran Juruselamat Dunia,Yesus Kristus.

Sekarang,selepas tujuh tahun,kita memperingati hari malapetaka dahsyat ini.semoga ia menjadi motivasi bagi kita agar sentiasa tabah mengharungi hidup dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

God Bless You All! ^_^

No comments:

Post a Comment