03 December 2011

Malaya lupakan Malaya?



Sebelum saya memulakan topik ini,terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya ini dianggap sensitif.saya tidak berniat melakukan perkara yang melanggar undang-undang.post ini untuk mengingatkan semula perkara yang sudah jarang diperkatakan orang.bahkan mungkin ramai diantara kita yang tidak mengetahui perkara ini.

Selama ini,apa yang diajar disekolah-sekolah dan dicanang di media-media ialah sabah dan sarawak "masuk"malaysia.dan malaysia merdeka 1957.padahal,untuk pengetahuan anda,malaysia belum wujud sebelum 1963.

Sabah pernah jadi negara kecil pada ogos 1963.manakala sarawak pula pada julai 1963.tapi jika diikut sejarah,sebelum perang dunia kedua,sarawak adalah negara merdeka.rajah brooke bukan penjajah!sebaliknya jika bukan kerana brooke,sepatutnya sarawak akan menjadi kepunyaan brunei.bahkan asal-usul nama sarawak juga kerana brunei "serah pada awak"pada brooke.manakala borneo utara(sabah)sebelum perang dunia kedua ditadbir oleh kompeni british,bukan kerajaan british.

Sebelum pembentukan malaysia,sabah dan sarawak mempunyai cogankata yang unik.sarawak "Dum spiro spero" dan sabah "pergo et perago"

Niat asal pembentukan Malaysia sebenarnya sama seperti United Kingdom.United Kingdom terdiri dari negara British,Wales,Scotland dan Ireland utara.masing-masing memiliki kuasa pentadbiran sendiri yang tidak membenarkan campurtangan dari luar.british tak kacau pun urusan pentadbiran scotland,tak ambil tanah di wales,tak paksa ireland utara sembah queen british.
MALAYSIA 1963 adalah
persekutuan 4 kerajaan – Sabah,
Sarawak, Malaya dan Singapura.
Singapura keluar persekutuan
tahun 1965, tinggal Sabah,
Sarawak dan Malaya dalam
Malaysia: Sabah satu wilayah,
Sarawak satu wilayah dan
Malaya satu wilayah. Maka,
sebetul-betulnya kata, sewaras-
warasnya minda, sejitu-jitunya
istilah, Sabah dan Sarawak
campur adalah dua pertiga
Malaysia; Malaya hanya satu
pertiga Malaysia!
Dalam ertikata lain, 12 negeri-
negeri Malaya bergabung masih
tak setanding Sabah dan
Sarawak sebagai dua wilayah.
Seharusnya, kerja-kerja
pembangunan sosio-politik,
ekonomi, dan infrastuktur di
Sabah dan Sarawak mesti dibuat
lebih pesat daripada mana-
mana satu, dua, empat atau 12
negeri-negeri di Malaya
bergabung.

Tapi sekarang?malaya sudah lupa bahawa mereka ialah malaya dan mengaku merekalah malaysia.kenapa boleh jadi begini?kenapa sabah dan sarawak boleh jadi negeri pula?atau,kenapa tiba-tiba "daerah besar" di malaya tiba-tiba jadi "negeri",dan malaya yang sepatutnya negeri,tiba-tiba tidak wujud?adakah mereka sanggup "menghilangkan" malaya semata-mata untuk menurun-tarafkan sabah dan sarawak menjadi negeri?

Malaysia bukan semenanjung malaya!malaysia adalah gabungan tiga negara!bukan 13 negeri! Sabah tidak kenal pun siapa pahang,perak,kedah,sewaktu penubuhan malaysia dulu.sabah dan sarawak hanya mengenal malaya!

Sebaliknya,tiba-tiba malaysia jadi berbelas negeri,tiba-tiba sabah dan sarawak ikut malaysia(atau malaya?mana satu?)tiba-tiba malaysia merdeka 1957?apa yang dah jadi dengan Malaysia 1963?kenapa tiba-tiba begitu rosak pengertian malaysia,berbeza dengan sewaktu mula-mula ditubuhkan?kenapa tiba-tiba sabah sarawak ikut malaysia yang tiba-tiba ialah malaya?kenapa tiba-tiba malaya itulah yang ialah malaysia?

Saya cuma berharap,malaya ingat semula.malaysia Ialah sabah+sarawak+malaya. Malaysia bukan sabah+sarawak+selangor+pahang+kedah+perlis+johor, dan sebagainya!(malas nak sebut.) kembalikan hak sabah dan sarawak dalam malaysia!perjanjian 20/18 perkara perlu dihormati!mohon prihatin,sebab bukan semua orang sama fikiran dengan saya.sampai bila mereka dapat bersabar?

Kalau apa yang saya cakap ni dianggap kesalahan sampai saya dirugikan,saya pun tak tahu...maaf kepada yang berkenaan.

Sumber:dipetik dari pelbagai sumber

1 comment: