12 June 2011

Imaginasi penghias kehidupan

My life,inilah tujuan blog ini.kalau ada beberapa artikel rohani kristian,ini kerana saya memang minat dengan benda begini.(hehe)blog ni untuk saya menulis apa yang ada di fikiran saya.cuma blog pribadi.

Memang susah kalau tiada orang yang dapat memahami apa yang kita rasa.susah nak cari tempat untuk meluahkan isi hati.

Kadang-kadang rasa dunia ini memang tiada harapan.bila pandang pada realiti selalu yang kita dapat lihat ialah kekurangan pada diri-sendiri.

Rasa ini agak menyeksakan.dan kita tak tahan menanggungnya.sehingga orang cenderung mencari-cari orang lain untuk dipersalahkan.

Tapi kita harus optimis.terlalu pesimis buat apa?

Lebih baik jangan pandang realiti tanpa "bertapis".maksud saya,harus tahu menggunakan imaginasi untuk memandang realiti.

Realiti dan imaginasi.bertentangan? ya.memang begitu.tapi,jika kita tahu mempertemukannya,kita akan melihat dunia dengan pandangan yang berbeza.

Matlamat.bukankah ini bermula dari imaginasi?bukan semua khayalan tidak berguna!dan imaginasi menguatkan semangat kita jika kita tahu caranya.

Dan apa itu "peluang"?peluang bukan benda yang dipegang,keraskah atau lembut,bulat atau persegikah.tapi semua orang tahu benda bernama "peluang"ini benar-benar ada dan nyata!dan kita melihat peluang menggunakan apa?IMAGINASI!

Gunalah imaginasi untuk menguatkan keyakinan diri.bila kita gagal mencapai sesuatu matlamat ia bukan kerana kita tidak mampu melakukannya,tapi kerana kita tidak tahu caranya.tanamkan ini di fikiran.semua orang pun mampu kalau kena caranya.

Saya tidak tahu adakah tulisan ini berguna bagi orang lain atau tidak.sekali lagi,sekadar luahan fikiran saya.dan ia tiba-tiba muncul di fikiran.
Saya berharap semua harapan yang baik akan tercapai!

Harap-haraplah......

No comments:

Post a Comment