27 June 2011
Anonymous akan menyerang kembali!
Tentu kita masih ingat pada kira-kira dua minggu lalu beberapa website kerajaan malaysia diserang oleh sekumpulan hacker yang menggelar diri mereka Anonymous. Baru-baru ini, ia menjadi topik hangat di beberapa blog.
Sebelum itu mereka telah meng"up-load"video di youtube mencabar kerajaan.dan kemudian pada tarikh yang ditetapkan (ada yang mengatakan sebelum tarikh itu) website kerajaan di-hack oleh mereka.
Menurut cerita di beberapa website yang saya baca,kumpulan ini berasa marah terhadap kerajaan malaysia kerana SKMM mem"block" beberapa site antaranya mega-upload,wikileaks dan beberapa lagi site lain.
Selepas itu,sekarang sekali lagi Anonymous mengancam akan menyerang website kerajaan malaysia pada 4 julai.apakah yang akan terjadi?
Harap-haraplah kerajaan malaysia bersedia pada kali ini.jangan biarkan ia terjadi untuk kali kedua.sebab serangan yang lalu adalah bukti kerajaan masih lemah dalam hal ini. kerajaan malaysia memang belum ada pakar untuk menentang Anonymous.sebab itulah Anonymous yakin mereka tidak dapat dihalang.
Bagi saya,main hack-hack ni memang agak "kurang asam".tapi SKMM pun keterlaluan juga.jika wikileak dan website porno yang di"block" tidak apa juga.tapi apa salah Megaupload?itu cuma tempat orang share file!bukan begitu caranya memerangi cetak rompak!
Saya tidak menyokong mana-mana pihak pun.cuma,harap jangan libatkan blog ni sudah.
Labels:
free talk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment