Cinta adam dan hawa...kononnya setiap insan pasti akan mengalaminya.benarkah?
Rasanya tidak.pasti ada juga 'kecuali'nya.misalnya orang kurang upaya seperti sya...
Rasanya inilah topik yang paling boring pernah sya buat.
Memang sudah banyak kali sya cuba mendekati 'dunia'yang ini tapi ia tetap tertutup rapat bagaikan bukan untuk sya...
Sejak dari umur 13 tahun,sya sudah mula berangan pasalni.konon suatu hari nanti,dalam umur 17-18 tahun begitu,saya boleh jumpa seorang yang baikhati dan sudi bersama sya.
yang tak kisah dengan kekurangan sya dan menolong sya buat apa yang sya tidak mampu buat.dialah umpama penyelamat bagi sya.dialah harapan sya.
Dan sya tunggu.....tunggu....terus tunggu....
Dan bila umur 19,sya mula buat berbagai perkara bodoh untuk mendapat benda bodoh ni.sebab sya fikir keajaiban takkan datang kalau ditunggu! Jadi kita harus berusaha hasilkan keajaiban!sya ingatkan sya mampu....
Inilah dunia...dengan kekurangan yang sya ada,sya dianggap langsung tak bernilai....
Masa itu sya mula berdoa dan berazam,sekiranya keadaan tetap tak berubah sampai umur 25,sya memang patut single sampai mati...
Pada suatu hari,semasa sya berumur dalam 20,sya menemui dia....
dia dipanggil DD.nama sebenar dia pun sya tida brapa tau.macammana boleh..sya pun tida tau.
Tapi dia nampak macam baik saja.sederhana tapi bagi sya cukup cun juga.dan sya rasa dia macam sukakan sya.(ceh! Kalau sya tau awal-awal..)jadi sya ingatkan dialah yang sya tunggu selama ini.jadi cuba konon nak bagi isyarat yang sya pun...(ceh!bodohnya!)sya rasa sangat gembira masa tu.setiap kali teringat dia,senyuman terukir di bibir sya.
Dan kemudian pada suatu hari dia pun mula menjauhi sya.makin jauh dan terus menjauh.dan kemudian terus menghilang.menurut mak dia,dia pergi ke KK berkerja di sana....
Macamlah sya ni tida tau apa-apa.kenapalah orang yang 'normal' selalu buat orang macam sya begini?
Kemudian selama bertahun-tahun,sya berusaha melupakan dia.dan terus menanti.dan masa terus berlalu....
Sya rasa sangat bodoh bila mengenang apa yang terjadi.kalau sya tau sya tidak akan berharap apa-apa sejak awal lagi.
Mungkin semua pun begini?sya tahu sya memang tiada apa-apa yang dapat diberi pada orang.malah sya pula yang mengharap.dan mungkin inilah masalahnya.sya memerlukan sesuatu.sesuatu yang tak wujud....
Begitulah semuanya berakhir.begitu saja.seperti dalam mimpi...
Dan,argh...buat apa mau pikir lagi?sya rasa,daripada cinta kaum hawa,baik sya mencintai Christ my Lord.sebab cintaNya abadi.lagipun Tuhan tidak memandang pada kekurangan diri sya dan Dia boleh menerima diri sya seadanya.
Tapi harapan sya ialah,jangan ada lagi yang bernasib seperti sya.daripada mengharap sesuatu yang mustahil,lebih baik berusaha mengatasi kelemahan diri-sendiri.
alangkah indahnya jika realiti seindah fantasi!alangkah baiknya sekiranya dunia lebih berpengharapan untuk orang yang lemah!hanya inilah angan-angan sya.angan-angan yang tidak dapat sya lepaskan sampai bila-bila.
Buat DD..terimakasih kerana memberi sedikit harapan..sekalipun harapan itu tak benar....
End now.
No comments:
Post a Comment