04 September 2011

Bungaku...Bungaku...


Bungaku..
Betapa gelapnya masalalu mu
Dilanda sejuk yang membeku
Penjajahan yang telah berlaku
Dikala bangsaku masih terpaku.

Bungaku...
Betapa kelirunya kau kini
Kerana mereka yang sesuka-hati
Menipu rakyat di sana-sini
Untuk memuaskan nafsu sendiri

Bungaku...
Bagaimanakah masa depanmu
Dapatkah kau terus maju
Jika engkau ditangan hantu
Yang meracuni akar-akarmu.

Bungaku...
Harapan ku...
Semoga damai sejahtera
Menyentuh hati kita
Hilangkan segala sengketa
Pilihan terserah pada kita
Bersatu bersama semua bangsa
Lupakan sentimen perkauman diantara kita..


Severinus ngali.4 september.

Salam merdeka! ^_^

No comments:

Post a Comment