09 September 2011

Di Malaysia,lelaki lebih ramai dari wanita.

Malaysia kini mempunyai 28.3
juta penduduk dengan bilangan
lelaki melebihi wanita.

Laporan Banci Penduduk Dan
Perumahan Malaysia 2010
menunjukkan penduduk lelaki
kini berjumlah 14.56 juta orang
dan wanita, 13.77 juta.

Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Tan Sri Nor Mohamed
Yakcop berkata, purata kadar
pertumbuhan penduduk
tahunan ialah sebanyak dua
peratus bagi tempoh tahun
2000 hingga 2010.

Ia menurun berbanding 2.6
peratus bagi tempoh 1991
hingga 2000.

Bancian juga menunjukkan
taburan penduduk tertinggi
dicatatkan di Selangor dengan
5.46 juta.

Manakala negeri mempunyai
kepadatan penduduk tertinggi
ialah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dengan 6,891 orang.

Banci 2010 adalah yang kelima
dijalankan untuk menghasilkan
data yang berguna untuk
perancangan dan pelaksanaan
dasar pembangunan negara.

Sumber:www.tv3.com.my

Naha!Ada yang terpaksa jadi bujang lapok la ni.tida sukup sumandak o. :D

No comments:

Post a Comment