22 August 2011
Harga minyak dijangka jatuh jika Gaddafi digulingkan
NEW YORK: Harga minyak global
dijangka mula mencatatkan
penurunan sekiranya
pemberontak Libya berjaya
menggulingkan rejim Muammar
Gaddafi; namun kesan
keseluruhannya tidak akan
dirasai untuk tempoh beberapa
bulan.
Malam Ahad (waktu tempatan),
pasukan pemberontak bergerak
ke Tripoli tanpa berdepan
dengan tentangan, ia selepas
beberapa jam pangkalan tentera
yang mempertahankan ibu kota
negara itu dimusnahkan.
Pemberontak juga berjaya
menawan anak Gaddafi yang
juga pewaris tunggalnya, Seif al-
Islamdan
Penganalisis bebas, Lipow
Andrew, berkata pasaran
minyak dijangka akan bertindak
balas hari ini dengan
mengunjurkan harga yang lebih
rendah dalam "tanda lega
selepas konflik semakin
berakhir."
Namun, Lipow berkata, ia akan
mengambil masa untuk pasaran
kembali stabil selepas kenaikan
harga yang besar terhasil dari
penggantungan eksport minyak
Libya sejak pemberontakan
bermula pada Februari lalu.
Susulan pemberontakan itu,
minyak diniagakan pada sekitar
AS$84 setong dan menokok di
atas AS$93 dan terus meningkat
tinggi melebihi AS$110 pada
akhir April. Permintaan dari
pasaran baru muncul termasuk
China juga mendorong harga
yang semakin meningkat.
Harga minyak jatuh baru-baru
ini bersama stok susulan
kebimbangan mengenai
ekonomi global. - AP
Sumber:www.bharian.com.my
Labels:
free talk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment