15 August 2011

Duit syiling baru?


Gabenor Bank Negara Malaysia
(BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
mengumumkan BNM akan
mengeluarkan siri baru duit
syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen
dan 5 sen bermula tahun
hadapan dan akan
menggantikan duit syiling sedia
ada secara beransur-ansur.

Beliau juga mengatakan bahawa
duit syiling baru ini
diinspirasikan daripada ciri-ciri
unik yang mencorakkan budaya
dan warisan kaya negara.

“Motif reka bentuk duit syiling
ini memaparkan keindahan alam
semulajadi, flora dan fauna dan
seni kraftangan tradisional yang
terdapat di Malaysia,” – Tan Sri
Dr Zeti Akhtar Aziz

Antara kelebihan duit syiling
baru ini berbanding duit syiling
yang lama adalah:

. Lebih kecil dan ringan untuk
pengguna menguruskannya.
. Mempunyai sisi tepi yang
berbeza-beza yang dapat
membantu mereka yang kurang
upaya mengenalinya dan
membezakannya.
. Mempunyai ciri-ciri keselamatan
yang dapat mencegah daripada
pemalsuan.
. Diperbuat daripada bahan yang
berkualiti dan tahan lama.

Ini antara kelebihan-kelebihan
yang dinyatakan oleh Tan Sri Dr
Zeti Akhtar Aziz berkenaan
syiling baru ini.

“Vendor yang mengendalikan
mesin wang tunai akan
diberikan tempoh enam bulan
untuk mengubah suai mesin
bagi memudahkan penggunaan
duit syiling baharu ini,” kata
Zeti.


Sumber:malaysiakini.com

Pendapat saya: duit syiling sekarang kan masih bagus.kenapa pula perlu tukar baru?bilang pula dapat membantu mereka yang kurang upaya mengenali dan membezakannya?tapi syiling sekarang pun boleh saya kenal juga?mau cakap untuk orang buta,ada letak tulisan braille ka? Entahlah......

No comments:

Post a Comment