KUALA LUMPUR 28 Julai - Status
sebagai orang kurang upaya
(OKU) bukan penghalang kepada
seseorang pelajar untuk
mencapai kecemerlangan
seterusnya merangka masa
depan yang lebih terjamin.
Penceramah motivasi, Zahamin
Baki Zainal berkata, masyarakat
perlu bersikap lebih terbuka
menerima kehadiran golongan
istimewa itu dan memberi ruang
kepada mereka untuk
menunjukkan bakat yang
terpendam selama ini.
"Mereka mempunyai impian dan
idea yang tersendiri, jadi kita
harus memberi peluang kepada
golongan itu dan bukan
bertindak sebagai penghalang
cita-cita mereka.
"Kita juga perlu memahami dan
mendengar pandangan mereka
dan jangan mempersoalkan
kemampuan serta kebolehan
mereka," katanya selepas
memberi ceramah motivasi
kepada 500 pelajar yang
menghidap sindrom down
autisme
disleksia
Ceramah itu dianjurkan sempena
Hari Sains Istimewa 2011. PSN
turut menaja 1,000 naskhah
akhbar Utusan Malaysia
Pelbagai aktiviti turut diadakan
pada sambutan itu yang
berlangsung empat hari bermula
Isnin lalu seperti persembahan
muzik, silap mata, komedi, seni
lipatan origami dan membuat
periuk daripada tanah liat.
Dalam pada itu, Ketua Penolong
Pengarah PSN, Mismah Jimbun
berharap ceramah khas itu akan
menyuntik semangat dan
memberi inspirasi kepada pelajar
istimewa untuk terus memajukan
diri.
"Masyarakat, malah ibu bapa
sendiri kadang-kadang tidak
dapat menerima kehadiran insan
istimewa ini menyebabkan
mereka tercicir daripada
persekitaran sosial.
"Menerusi aktiviti ini diharap ia
dapat memberi pendedahan dan
maklumat kepada para pelajar
mengenai perkembangan sains
dan inovasi," katanya.
Sumber:utusan.com.my
No comments:
Post a Comment