09 July 2011
perhimpunan Bersih
Bersih 2.0...mula-mula saya nampak tajuk ni di blog lain,saya ingat ini aplikasi antivirus baru made in malaysia(hehehe).sekali saya baca,aik?perhimpunan?
Bagi pihak kerajaan BN, Bersih 2.0 adalah perhimpunan haram.melalui pelbagai media,yaitu suratkhabar,radio dan televisyen,amaran diberi kepada orang awam bahwa sesiapa yang menyertai perhimpunan akan menerima hukuman berdasarkan undang-undang yang sedia ada.menurut mereka lagi bersih 2.0 ini menggugat keamanan negara.
Sementara para penganjur Bersih 2.0 pula berkata mereka cuma buat tunjuk perasaan secara aman.mereka turut melarang peserta mencerca atau memaki-hamun.mereka juga dilarang membawa sebarang senjata dan benda-benda tajam selain pen.
8 tuntutan perhimpunan Bersih ialah:
1.bersihkan senarai undi.
2.mereformasikan undi pos.
3.Gunakan dakwat kekal.
4.masa kempen minima 21 hari.
5.Akses media yang bebas dan adil.
6.kukuhkan institusi awam.
7.hentikan rasuah.
8.hentikan politik kotor.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tuntutan mereka,sila ke http:/bm.bersih.org/?page_id=2673
Sya rasa,bikin keliru juga o diorang ni.tida tau siapa betul siapa salah ni.
Pendapat saya,kalau kerajaan yang benar,mereka tak perlu takut dengan tuntutan pihak Bersih 2.0 ni.apa salahnya kalau mereka diberi apa yang mereka minta?bukannya kerajaan rugi pun.kalau tidak akan ada lagi 3.0 kan susah?kalau selepas dibuat sebagaimana tuntutan Bersih 2.0 dan BN tetap menang,kan tiada yang dapat membantah lagi?
Apapun saya malas nak cakap pasal ni.sensitif ni!akhir kata,kalau saya ada silap cakap apa-apa,saya mohon maaf kepada kedua-dua pihak.takkira BN atau Bersih 2.0!
Labels:
free talk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment