18 July 2011

DUA RATUS RIBU MAHU DS NAJIB LETAK JAWATAN


Baru-baru ini saya selalu di facebook.sampai jarang buat entry baru di blog ni.

Saya masih ingat.waktu sya menemui page ini,jumlah yang like baru dalam 60k.saya bilang ai?berani juga diorang ni?

Yang heran tu,setiap kali refresh,jumlah yang like page ni sentiasa bertambah tak berhenti-henti!kadang-kadang sampai 400 like persaat kalau tidak salahlah.dan tidak sampai 2 hari,sudah sampai 100k!

Tapi masuk 130k,kalau tidak silap.jumlah like persaat mula berkurangan.tapi masih cukup banyak juga!dan saya jadi ketagih,terus refresh,refresh..

Dan dalam masa seminggu,dalam jam 7 kalau tida silap,ia mencapai 200k!

Apa sudah jadi sebenarnya?kenapa orang yang rasa tak puas hati terhadap PM bertambah secara drastik?

Mungkin kerana BERSIH 2.0?ya!mungkin kerana mereka melihat cara salah yang diambil polis menangani perhimpunan "haram"tersebut,yang kemudian dirakam oleh orang ramai,peserta perhimpunan dan media-media asing dan di up-load di youtube!

Siapakah yang bersalah dalam hal ini?entahlah.

Saya tak memihak sesiapa.tapi beginilah yang harus kita lakukan untuk memastikan kita tidak ditipu mana-mana pihak.

Kita tidak harus percaya bulat-bulat pada satu media saja.kita harus jadi seperti hakim ketika di mahkamah yang adil.kita harus mendengar kedua-duanya terlebih dahulu.kemudian kita kaji kedua-duanya dengan hati terbuka dan tidak memihak mana-mana.kemudian kita pertemukan fakta kedua-duanya.fakta mana yang lebih kuat,lebih logik dan boleh diterima akal,itulah yang benar!

Akhir sekali,saya minta maaf sekali lagi jika saya silap mengatakan hal yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak.maafkan saya! (^^)

No comments:

Post a Comment