07 May 2011
Hari penghakiman akan terjadi pada....APA?!?21 MAY 2011????
Waktu saya "merayau"di site lain,tiba-tiba saya ternampak ini:
HARI PENGHAKIMAN! 21 MEI 2011!
AKHIR DUNIA! 21 OKTOBER 2011!
boleh dibaca di sini
Http://www.ebiblefellowship.com/id/may21_id.html
Terus saya bilang Ai?2 minggu poh pula?
Pandai -pandai saja diorang tu.macamlah diorang boleh tahu bila mau kiamat.
Apapun kita tengok dulu sampai masa itu tiba.
Tapi bagi sayalah,kita tidak boleh mengagak-agak bila dunia mau kiamat.ini salah.tapi ada pula golongan manusia ini mau tahu sangat bila mau kiamat ni.
Sampai bawa-bawa Alkitab lagi.terlampau juga diorang ni! saya sedih bila tengok Alkitab yang suci ini di pakai macam buku ramalan saja!dan bila tidak menjadi,bukankah ini memalukan Alkitab?tidakkah golongan ini terfikir perbuatan mereka ini menghina Alkitab?
Macam saya cakap di post saya sebelum ini,ada syaitan dibelakang setiap usaha untuk mengetahui bila Kristus akan datang kembali.syaitan memang membenci Firman Tuhan dan mahu menyesatkan manusia.syaitan berdendam dengan Tuhan kerana tidak dapat menjadi sepertiNya(yesaya 14:12-14).dan syaitan mahu melepas geram dengan menganiayai manusia yang dijadikan menurut gambaran rupa Tuhan.
(kejadian 1:26-27)
Jadi kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.tapi biasanya bila sudah sampai masa tu dan ramalan tidak menjadi,diorang tukar lagi tarikh kiamat baru.hu!dasar tidak tau malu!
Semoga Tuhan segera menyedarkan mereka.
Labels:
about my faith
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment