06 January 2012

My problem

Oh no!why this all happen to me?

Susah betul jadi bloger kalau pakai handphone saja.bila handphone ada prob sikit,jadi tak selesa untuk menaip.terutama bahagian nombor 3 dan 6.

Masalah ni mula bila tukar housing baru.ingatkan bagus bila minta pekedai tolong tukar.sudahlah bayaran pun mahal,kualiti yang ditukar pun mengecewakan.bunyi pun jadi tidak sekuat sebelum tukar.rugi betul o.

Kalau saya jahat sikit,sudah saya kasi buruk kedai dia tu.baru dia jera bila tiada orang datang ke kedai dia tu lagi.

Tapi saya malas mau buat begitu.saya serah saja sama Tuhan.biar Tuhan saja yang balas.

Ikutkan hati,saya mau juga selalu post entry baru.tapi nikali lah...terpaksa rehat dari berblog.mungkin nanti lepas ada duit.tukar housing lagi(nikali minta tolong orang yang boleh dipercayai) atau beli komputer.atau beli handphone baru yang ada full Qwerty.tapi bila?entahlah....kalau saya moki-derma orang (minta derma) pun bikin malu juga.bagus saya berehat sajalah....

Mungkin sampai sini sajalah untuk kali ini.kalau ada nasib,adalah post baru lagi.jumpa lagi!

02 January 2012

Azam Tahun Baru?

Hellow......

Baru dua hari di tahun baru.entah kenapa,tapi rasa macam masa baru saja bermula.seolah-olah baru tahun 1992.but im dont know why?

Selain itu,rasa malas dan letih.seperti baru minggu lepas 2010, dan baru semalam 2011....mungkin kerana sedikit kecewa bila tahun lalu gagal mendapat apa yang diinginkan.termasuk azam untuk tahun lalu.

Sebut tentang azam,ada beberapa perkara yang agak lucu.bila kita menyambut tahun baru,mesti ada saja azam yang dibuat.padahal,azam tahun lepas pun belum tercapai.dan ia tetap berulang-ulang bagaikan manusia tidak pernah belajar dari kesilapan.

Dan azam tahun baru umpama mimpi tahun baru bila tiada kesungguhan untuk merealisasikannya.mungkin kebanyakkan orang terlalu bersemangat ketika tahun baru sehingga lupa sama ada mereka mampu atau tidak untuk mencapainya.dan yang paling sukar ialah azam untuk mengubah perangai.banyak orang berkata mulai tahun ini saya mahu begini,tidak mahu begitu lagi.tapi perangai tahun lepas tetap tidak dapat diubah.

Tahun baru 2012.tiada apapun yang baru selain angkanya.kecuali bila kita gunakan masa yang diberi dengan sebaik-baiknya.tahun baru bermakna satu lagi peluang untuk perbaiki kesilapan kita pada tahun lalu.jadi mari kita tinggalkan perangai buruk kita pada tahun lalu dan menjadi 'kita' yang baru untuk tahun ini.

Dan cerita kita sudah masuk ke musim yang baru.semoga plot ceritanya lebih baik dari yang lama.

Selamat tahun baru.