Salah dan silap memang selalu berlaku dalam hidup manusia.
Selalunya ada beberapa perkara penting muncul di depan kita yang kalau boleh kita ingin lakukan dengan sebaik mungkin,kerana ia jarang kita perolehi.
Dan lainkali belum tentu ada atau tidak?
dan...bila ia gagal,kita terasa berat untuk menerimanya.bagai dunia menjadi gelap.kita terasa sangat penat untuk meneruskan perjalanan.bahkan kepala sendiri pun terasa berat untuk diangkat dan memandang ke depan.kita terus tunduk bagai tak rela melihat dunia ini lagi.kalau boleh kita ingin segalanya berhenti dengan perkataan TAMAT.jika ianya filem,segalanya menjadi gelap dan tinggal menayangkan nama para pelakon,pengarah,jurukamera,lokasi....sudah tamat,kata kita.sudah TAMAT!
Tapi...betulkah ia sudah tamat?ketika kita sedang menunduk dan berputus-asa,dunia di sekeliling kita masih berjalan seperti biasa.dan kita masih terlibat didalamnya!
Apa gunanya kita berputus-asa dan berkata "sudah tamat"?keadaan boleh berubahkah?kita dapat berehatkah?dapatkah kita lari dari kewujudan kita sendiri?sungguh sia-sia!
Selagi kita masih ada sebagai sesuatu yang wujud,kisah yang kita lalui tidak akan tamat.kecuali jika kita dilenyapkan oleh Pencipta kita.jika tidak,kita akan tetap ada dan cerita kita tidak akan tamat.bahkan jika kita sudah mati sekalipun masih ada cerita selanjutnya di alam yang lain.jadi tak gunalah kalau bunuh diri!
Tapi yang paling penting ialah,selagi kita masih hidup di dunia ini,kita sentiasa ada peluang! Daripada kita membuang masa dengan berputus-asa,lebih baik kita bangun semula dengan apa yang kita masih ada.kuatkan semangat dan kejarlah semula matlamat hidup kita.jadikan ia sebagai naluri kewujudan kita!
Kalau kita mengalah,peluang ialah 0%.tapi kalau kita tetap bersemangat,peluang ialah 1%!terlalu sedikit?tapi dari 1% itu,ia akan terus bertambah jadi 2%,4%,8%,16%,32%,dan seterusnya.perubahan pasti akan berlaku!
Pada suatu malam,saya bermimpi sesuatu yang pelik.dalam mimpi itu,saya melihat dua makhluk (saya tidak tahu apa.sebab ianya seperti bayang-bayang?) yang satu besar dan yang satu lagi lebih kecil seperti sedang bertarung di dalam sebuah gua.yang kecil itu seperti berusaha untuk keluar dari gua itu,dan pintu keluar ada di belakang si besar itu.dan dia harus melepasi halangan itu untuk keluar dari gua dan mendapatkan cahaya di luar gua.keadaan seperti tidak adil.yang besar tu selalu menjatuhkan yang kecil.setiap kali yang kecil itu bangun dan menyerang kembali,ia tetap dijatuhkan semula.berkali-kali ianya berlaku seperti itu.
Saya tidak tahu kenapa.tapi,saya dapat melihat wajah mereka.dan yang saya lihat,yang besar itu kelihatan mula letih.biarpun ia dapat menjatuhkan yang kecil itu,aksinya menjadi makin lambat.sementara yang kecil itu pula...jelas kelihatan diwajahnya yang dia masih belum mahu berhenti!dari pandangan matanya,kelihatan semangat membara!genggaman tangannya pula masih tetap kuat!dan dia tetap meneruskan walaupun dijatuhkan berkali-kali!
Kemudian saya terbangun.waktu itu saya rasa sangat panas sekali.tapi saya terbangun bukan seperti mendapat mimpi ngeri!sebaliknya,saya rasa begitu teruja.sehingga saya sukar mahu tidur semula!
Saya tidak tahu apa maknanya mimpi saya itu.tapi bagi saya,ianya seolah-olah mesej dari Tuhan,yang mahukan agar saya sentiasa bersemangat mengharungi segala kesukaran dalam hidup saya!
Yang ingin saya sampaikan di sini ialah,berhentilah berputus-asa!tak ada gunanya.ia tidak mengubah apa-apa pun!tidak menamatkan apa-apa pun!hidup seperti sebuah cerita yang tidak akan tamat! Never Ending Story! Kejarlah matlamat kita!
No comments:
Post a Comment