Sejak akhir-akhir ini,politik di Malaysia semakin menjijikkan.
Apa tidak,bila sudah sampai tahap mempolitikkan agama. Saya pun tak tahu nak cakap apa dengan orang macam tu.nak bakar bible?semata-mata kerana sebutan Allah?
Kenapa orang itu tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa?
Saya malas nak ambil tahu hal politik.sebab tu masih kekal diatas pagar dan belum daftar pemilih pun.tapi saya marah bila agama dilibatkan seperti ini.walaupun cuma 'ucapan berapi-api',tapi itu sudah boleh dianggap niat.perkataan 'bakar bible' tu pun sudah seperti api.
Cuba kalau perkataan 'bible' tu ditukar.misalnya 'bakar ______'.(isi tempat kosong dengan kitab suci agama anda) apa yang kamu rasa?kemudian dinafikan dengan berkata itu hanya 'ucapan berapi-api'?
Kalau mau larang penyebaran agama,tidak payah lah buat ucapan kurang ajar.terus saja kenakan tindakan atau menghalang mereka yang melakukannya.apa perlu lagi 'wake up call'?macam nak berperang pula.gila kah apa?
Saya masih ingat selain dia ini,ada seorang lagi tuduh adanya 'alat injil pakai elektrik'.juga gila dan tidak lojik.kenapa memfitnah agama kami?kan fitnah itu salah?
Saya harap kita dapat terus hidup harmoni dan saling menghormati kepercayaan masing-masing.saya harap jangan libatkan Sabah dan Sarawak dengan kegilaan 'mereka' ini.
hanya yang kurang didikan agama yang betul sahaja begitu..
ReplyDeleteApa2 pun 'mereka' buat dengan kita kristian ni.. kita berdoa bagi 'mereka'. Dear God, bless who burn bible.. Amen
ReplyDelete"bakar bible"hmm..mmg antara tanda kedatangan tuhan sudah pun dekat...xapayala mau gaduh sna sni,yg pnting kta sbg umat kristian bersedia untk kedatangannya.god bless
ReplyDelete