22 February 2013

tak jadilah.

Ketika ini,sesuatu sangat mengganggu difikiran saya.walaupun dikata di email permohonan br1m 2.0 saya dikatakan lulus,tapi setakat ini dikelompok penerima pertama,tiada nama saya.harap adalah di penerima kedua nanti.

Teringat pula dulu,masa br1m yang lepas,seorang kawan yang baik hati yang beritahu saya.masa tu saya tak pohon pun.memang terkejut juga.hehehe.harap kalau ada lagi kali ini,dia juga yang beritahu saya,kan bagus.

Tapi sekarang saya tak tahu dapat macam dulu atau tidak.jadi rancangan nak beli hp yang ada full Qwerty dan boleh sambung TV out,boleh dianggap gagal sepenuhnya.

Kalaulah br1m untuk orang bujang berasingan dengan br1m untuk OKU,boleh juga saya dapat macam dulu.tapi rasanya,susah.

Lagipun,smartphone macam yang saya mahu itu,susah nak cari.nasiblah.

Jadi kalau dapat pun kali ini,simpan sajalah macam dulu.walaupun susah nak berblog dengan n81 yang sudah 5 tahun dipakai,tapi biarlah.

Asalkan masih boleh diguna,pakai saja.

No comments:

Post a Comment