03 December 2011

Malaya lupakan Malaya?



Sebelum saya memulakan topik ini,terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya ini dianggap sensitif.saya tidak berniat melakukan perkara yang melanggar undang-undang.post ini untuk mengingatkan semula perkara yang sudah jarang diperkatakan orang.bahkan mungkin ramai diantara kita yang tidak mengetahui perkara ini.

Selama ini,apa yang diajar disekolah-sekolah dan dicanang di media-media ialah sabah dan sarawak "masuk"malaysia.dan malaysia merdeka 1957.padahal,untuk pengetahuan anda,malaysia belum wujud sebelum 1963.

Sabah pernah jadi negara kecil pada ogos 1963.manakala sarawak pula pada julai 1963.tapi jika diikut sejarah,sebelum perang dunia kedua,sarawak adalah negara merdeka.rajah brooke bukan penjajah!sebaliknya jika bukan kerana brooke,sepatutnya sarawak akan menjadi kepunyaan brunei.bahkan asal-usul nama sarawak juga kerana brunei "serah pada awak"pada brooke.manakala borneo utara(sabah)sebelum perang dunia kedua ditadbir oleh kompeni british,bukan kerajaan british.

Sebelum pembentukan malaysia,sabah dan sarawak mempunyai cogankata yang unik.sarawak "Dum spiro spero" dan sabah "pergo et perago"

Niat asal pembentukan Malaysia sebenarnya sama seperti United Kingdom.United Kingdom terdiri dari negara British,Wales,Scotland dan Ireland utara.masing-masing memiliki kuasa pentadbiran sendiri yang tidak membenarkan campurtangan dari luar.british tak kacau pun urusan pentadbiran scotland,tak ambil tanah di wales,tak paksa ireland utara sembah queen british.
MALAYSIA 1963 adalah
persekutuan 4 kerajaan – Sabah,
Sarawak, Malaya dan Singapura.
Singapura keluar persekutuan
tahun 1965, tinggal Sabah,
Sarawak dan Malaya dalam
Malaysia: Sabah satu wilayah,
Sarawak satu wilayah dan
Malaya satu wilayah. Maka,
sebetul-betulnya kata, sewaras-
warasnya minda, sejitu-jitunya
istilah, Sabah dan Sarawak
campur adalah dua pertiga
Malaysia; Malaya hanya satu
pertiga Malaysia!
Dalam ertikata lain, 12 negeri-
negeri Malaya bergabung masih
tak setanding Sabah dan
Sarawak sebagai dua wilayah.
Seharusnya, kerja-kerja
pembangunan sosio-politik,
ekonomi, dan infrastuktur di
Sabah dan Sarawak mesti dibuat
lebih pesat daripada mana-
mana satu, dua, empat atau 12
negeri-negeri di Malaya
bergabung.

Tapi sekarang?malaya sudah lupa bahawa mereka ialah malaya dan mengaku merekalah malaysia.kenapa boleh jadi begini?kenapa sabah dan sarawak boleh jadi negeri pula?atau,kenapa tiba-tiba "daerah besar" di malaya tiba-tiba jadi "negeri",dan malaya yang sepatutnya negeri,tiba-tiba tidak wujud?adakah mereka sanggup "menghilangkan" malaya semata-mata untuk menurun-tarafkan sabah dan sarawak menjadi negeri?

Malaysia bukan semenanjung malaya!malaysia adalah gabungan tiga negara!bukan 13 negeri! Sabah tidak kenal pun siapa pahang,perak,kedah,sewaktu penubuhan malaysia dulu.sabah dan sarawak hanya mengenal malaya!

Sebaliknya,tiba-tiba malaysia jadi berbelas negeri,tiba-tiba sabah dan sarawak ikut malaysia(atau malaya?mana satu?)tiba-tiba malaysia merdeka 1957?apa yang dah jadi dengan Malaysia 1963?kenapa tiba-tiba begitu rosak pengertian malaysia,berbeza dengan sewaktu mula-mula ditubuhkan?kenapa tiba-tiba sabah sarawak ikut malaysia yang tiba-tiba ialah malaya?kenapa tiba-tiba malaya itulah yang ialah malaysia?

Saya cuma berharap,malaya ingat semula.malaysia Ialah sabah+sarawak+malaya. Malaysia bukan sabah+sarawak+selangor+pahang+kedah+perlis+johor, dan sebagainya!(malas nak sebut.) kembalikan hak sabah dan sarawak dalam malaysia!perjanjian 20/18 perkara perlu dihormati!mohon prihatin,sebab bukan semua orang sama fikiran dengan saya.sampai bila mereka dapat bersabar?

Kalau apa yang saya cakap ni dianggap kesalahan sampai saya dirugikan,saya pun tak tahu...maaf kepada yang berkenaan.

Sumber:dipetik dari pelbagai sumber

01 December 2011

Advent

Advent merupakan hari
persediaan dalam tempoh selama
empat minggu, Minggu pertama
dan minggu ke dua bertemakan
Kedatangan sekali lagi Tuhan
Yesus pada hari kiamat nanti,
dimana pembacaan Bible dalam
tempoh tersebut bertema hari
kiamat.

Minggu ketiga dan keempat
minggu merupakan minggu
persedian untuk menyambut
hari christmas, dimana tema
pembacaan Bible adalah
berkaitan dengan kedatangan
Mesiah, yang dijanjikan kepada
bangsa Israel melalui para nabi.
Selain itu, permulaan Advent
juga merupakan permulaan
kalender tahun baru dalam
gereja Katolik.

Dikalangan orang katolik, ada
beberapa aktiviti yang dibuat
sama ada dalam lingkungan
keluarga ataupun pada
peringkat gereja seperti
melibatkan doa renungan untuk
menghayati maksud musim
Advent. Permulaan minggu
ketiga biasanya aktiviti caroling
akan bermula sehingga
christmas.

Digereja dan rumah, terdapat
empat buah candle
(kebiasaannya color purple)
akan disediakan ditempat khas.
4 buah candle mewakili empat
minggu dalam musim Advent.
Minggu pertama candle pertama
akan dinyalakan, minggu kedua
dua buah candle dinyalakan
sehinggalah ke minggu
terakhir...

Secara keseluruhannya advent
merupakan minggu renungan
untuk kedatangan Yesus kali
pertama dan kali kedua (yang
akan datang)..

Sumber:facebook Belia st Michael pinatau

24 November 2011

GAPAILAH KEUTAMAAN INI


Kadang terjadi bahwa banyak
koruptor dan penjahat yang
mempunyai banyak uang
nampaknya lebih bermurah
hati dalam soal memberi
derma dan membantu orang
lain. Apapun motivasinya, tapi
itulah kenyataan yang sering
kita alami dalam kehidupan
kita.
Aku hanya memberimu saran
kecil ini; "Jangan iri melihat
apa yang mereka miliki dan
akan bagaimana caranya
mereka menggunakan semua
harta benda mereka, pun
janganlah menghakimi
mereka."
Marilah belajar dari si janda
miskin yang dipuji oleh Yesus,
"sesungguhnya janda itu
memberi dari
kekurangannya."
Seberapapun yang Anda
miliki, yang penting
didapatkan dengan cara halal,
maka berilah kepada Tuhan
dan sesamamu, karena
sesungguhnya itulah yang
paling berkenan di mata Allah.
Kosongkanlah dirimu maka
Allahpun bebas mengisi
dengan rahmat baru yang
Anda butuhkan."***Duc in
Altum***

Sumber:facebook Gereja Katolik

23 November 2011

20 point Agreement

Point 1: Religion

While there was no objection to
Islam being the national religion
of Malaysia there should be no
State religion in North Borneo,
and the provisions relating to
Islam in the present
Constitution of Malaya should
not apply to North Borneo

Point 2: Language

a. Malay should be the national
language of the Federation
b. English should continue to
be used for a period of 10
years after Malaysia Day
c. English should be an official
language of North Borneo for
all purposes, State or Federal,
without limitation of time.

Point 3: Constitution

Whilst accepting that the
present Constitution of the
Federation of Malaya should
form the basis of the
Constitution of Malaysia, the
Constitution of Malaysia should
be a completely new document
drafted and agreed in the light
of a free association of states
and should not be a series of
amendments to a Constitution
drafted and agreed by different
states in totally different
circumstances. A new
Constitution for North Borneo
(Sabah) was of course essential.

Point 4: Head of Federation

The Head of State in North
Borneo should not be eligible
for election as Head of the
Federation

Point 5: Name of Federation

“Malaysia” but not “Melayu
Raya”

Point 6: Immigration

Control over immigration into
any part of Malaysia from
outside should rest with the
Central Government but entry
into North Borneo should also
require the approval of the State
Government. The Federal
Government should not be able
to veto the entry of persons into
North Borneo for State
Government purposes except on
strictly security grounds. North
Borneo should have unfettered
control over the movements of
persons other than those in
Federal Government employ
from other parts of Malaysia
into North Borneo.

Point 7: Right of Secession

There should be no right to
secede from the Federation.

Point 8: Borneanisation

Borneanisation of the public
service should proceed as
quickly as possible[13].

Point 9: British Officers

Every effort should be made to
encourage British Officers to
remain in the public service until
their places can be taken by
suitably qualified people from
North Borneo[13].

Point 10: Citizenship

The recommendation in
paragraph 148(k) of the Report
of the Cobbold Commission
should govern the citizenship
rights in the Federation of North
Borneo subject to the following
amendments:
a) sub-paragraph (i) should
not contain the proviso as to
five years residence
b) in order to tie up with our
law, sub-paragraph (ii)(a)
should read “7 out of 10
years” instead of “8 out of
10 years”
c) sub-paragraph (iii) should
not contain any restriction tied
to the citizenship of parents –
a person born in North Borneo
after Malaysia must be federal
citizen[13].

Point 11: Tariffs and Finance

North Borneo should retain
control of its own finance,
development and tariff[13], and
should have the right to work
up its own taxation and to raise
loans on its own credit.

Point 12: Special position of
indigenous races

In principle the indigenous races
of North Borneo should enjoy
special rights analogous to
those enjoyed by Malays in
Malaya, but the present Malaya
formula in this regard is not
necessarily applicable in North
Borneo[13].

Point 13: State Government

a) the Chief Minister should be
elected by unofficial members
of Legislative Council
b) There should be a proper
Ministerial system in North
Borneo[13].

Point 14: Transitional period

This should be seven years and
during such period legislative
power must be left with the
State of North Borneo by the
Constitution and not be merely
delegated to the State
Government by the Federal
Government[13].

Point 15: Education

The existing educational system
of North Borneo should be
maintained and for this reason
it should be under state control
[13].

Point 16: Constitutional
safeguards

No amendment modification or
withdrawal of any special
safeguard granted to North
Borneo should be made by the
Central Government without the
positive concurrence of the
Government of the State of
North Borneo
The power of amending the
Constitution of the State of
North Borneo should belong
exclusively to the people in the
state[13]. (Note: The United
Party, The Democratic Party and
the Pasok Momogun Party
considered that a three-fourth
majority would be required in
order to effect any amendment
to the Federal and State
Constitutions whereas the UNKO
and USNO considered a two-
thirds majority would be
sufficient.)

Point 17: Representation in
Federal Parliament

This should take account not
only of the population of North
Borneo but also of its size and
potentialities and in any case
should not be less than that of
Singapore[13].

Point 18: Name of Head of State

Yang di-Pertua Negara[13].

Point 19: Name of State

Sabah[13].

Point 20: Land, Forests, Local
Government, etc.

The provisions in the
Constitution of the Federation in
respect of the powers of the
National Land Council should not
apply in North Borneo. Likewise,
the National Council for Local
Government should not apply in
North Borneo

12 November 2011

Tetaplah Kuat bertahan !!

Seorang Prajurit (Special
Force) sebelum benar-benar
diterjunkan pada medan
pertempuran akan ditempa
dengan latihan yang begitu
berat dan hampir-hampir
melampaui ketahanan fisik
pribadinya, yang memang
dalam kenyataannya para
prajurit ini memiliki daya
tahan diatas rata-rata
manusia normal. Tahukah
anda seberapa berat latihan
mereka ? Mungkin slogan ini
sedikit menggambarkan
beratnya latihan mereka
"Lebih baik mati berperang
dari pada ikut latihan !"...
Ya benar! mereka memilih
berperang ketimbang
menghadapi kerasnya latihan,
disisi lain para pelatih
berharap para prajurit yang
dilatihnya bisa memenangi
seluruh peperangan disegalah
jenis medan tempur.

Sahabat Alkitab menuliskan
peperangan kita bukanlah
melawan darah dan daging
artinya peperangan orang
percaya adalah lebih berat
dari peperangan yang
mengorbankan fisik (tubuh
dan daging) tapi peperangan
kita adalah melawan
penghulu-penghulu udara,
roh-roh jahat yang
kesemuanya menyerang
pribadi kita (nafsu
kedagingan, emosi dan
pikiran ketamakan) itulah
musuh utama kita. Kita
dituntut untuk bisa
menaklukan PRIBADI KITA
SENDIRI, tanda kita MENANG
ketika kita bisa MENGUCAP
SYUKUR DALAM SEGALAH
PERKARA !!

Sudakah anda mengucap
syukur hari ini, meskipun
berat dan tidak ada dasar
anda untuk mengucap
syukur ?.......Jadilah prajurit
yang tangguh dan kuat karna
tujuan kita adalah Mahkota
Surgawi....Jesus bless you...

Renungkan:
Ibrani 12:7-8 Jika kamu harus
menanggung ganjaran; Allah
memperlakukan kamu seperti
anak. Di manakah terdapat
anak yang tidak dihajar oleh
ayahnya? Tetapi, jikalau kamu
bebas dari ganjaran, yang
harus diderita setiap orang,
maka kamu bukanlah anak,
tetapi anak-anak gampang.

Sumber:facebook Aku Cinta Yesus

01 November 2011

Politik?

Suatu hari seorang budak bertanya dengan
bapanya

'Pak,apa tu politik?.'

Si bapa pun berfikir jawapan yang ngam
supaya anaknya faham.
'Politik tu
macam keluarga kita.Bapa cari duit
jadi bapa adalah Kapitalis.Bapa kasi
mama duit supaya dia bulih urus
keluarga.Jadi mama adalah
Kerajaan.Pembantu rumah adalah
pekerja.Kamu adalah rakyat & adik
kamu adalah generasi masa
depan.Faham sudah?'

'Tidak..' jawab ni
anak.si mama menyampuk 'Bah
ni malam ko pikir2 la apa bapa
cakap tu.'

Jadi,malamnya si anak pun
berfikir sampai tertidur.Masa tu la
adiknya menangis-nangis
terberak.Budak ni pigi la kasi
bangun mamanya tapi tida
tebangun.Bapanya pula teda.Lalu
dia pigi bilik amah,dia nampak
bapanya sedang 'menggasak' tu
amah.si anak pun balik di bilik dan ganti sendiri pampers adiknya.

Esoknya masa sarapan,mama tanya
'Camna,faham sudah erti politik?'
Dengan tenang dia jawab 'Sewaktu
Kerajaan sedang tidur,Kapitalis
menodai
Pekerja.Akibatnya,Rakyat
diabaikan dan Masa depan
bergelumang najis..' Tercengang
bapa & mama budak tu...

Sumber:facebook.

Dahsyat betul politik budak ni.:P

28 October 2011

Kebodohan yang kuulangi.

Post saya pada bulan ni agak kurang.dulu seronok mau post di blog ni.tapi....

Mungkin bulan ni rasa tak berapa selesa.kebanyakan masa dihabiskan dengan facebook.termasuk melakukan beberapa perbuatan bodoh.

Sepatutnya dah lama saya patut hentikan saja.tapi kerana masih ada keinginan.akhirnya?yang patut sudah tamat ditamatkan sekali lagi.ceh!

Dulu di post sebelum ni,ada saya kasitau ada orang mau temuramah saya kan?ya!dari majalah Mingguan Wanita.ruangan Ku Gapai Bintang.saya sudah ditemuramah.tapi saya rasa jawapan yang saya beri seolah-olah tanpa berfikir panjang....

Bila saya siasat betul-betul ruangan apakah itu,tiba-tiba saya rasa rendah diri.sebab mereka yang pernah ditemuramah,walaupun Orang Kurang Upaya seperti saya juga,tapi masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.bahkan,ada yang berkelulusan dari Universiti.saya pula,apa yang ada?rasanya,saya tak layak pun diletakkan sebaris dengan mereka....

Dan saya tak tahu kenapa,tapi saya rasa,saya dah melakukan sesuatu yang bodoh.jawaban saya ketika ditemuramah juga agak naif.seperti berharap pada keajaiban misalnya.dan sedikit keagamaan.sekarang pula saya jadi tak yakin.

Tujuan?supaya,kalau ada yang kenal saya (orang yang selalu saya cari,padahal mungkin tak ingat kat saya pun!) terbaca,mungkin dia akan datang mencari saya.tapi,sekarang saya harap orang yang kenal saya jangan terbaca...

Tapi,rasanya sudah terlambat.apa pun jawaban yang saya bagi agak jujur waktu tu.semua yang saya ceritakan pada temuramah itu adalah benar.cuma saya tak ceritakan semuanya.(ini berbeza dari berbohong kan?)

Sebab itulah saya katakan yang saya sudah lakukan perbuatan bodoh lagi....

Apapun,sama seperti jawaban saya pada temuramah itu.saya cuma mampu berharap pada keajaiban!mungkin nanti kumpul duit hasil bantuan tu dulu,lepas tu buka perniagaan sendiri mungkin?harap-haraplah.

Semoga berlaku keajaiban.

18 October 2011

Khasiat graviola


Durian Belanda atau Soursop,
buah dari pohon Graviola adalah
pembunuh semulajadi sel kanser
yang ajaib dengan 10 ribu kali
lebih kuat dari pada terapi kemo.
Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan
dunia telah menutup rahsia
penemuan penyelidikan tentang
khasiat buah ini sebaik mungkin,
mereka ingin agar dana
penyelidikan yang dikeluarkan
sangat besar, selama bertahun-
tahun, ditambah pula keuntungan
yang melimpah dengan cara
menjadikan pohon Graviola
Sintetis sebagai bahan utama
ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil
dinamai 'Graviola', di Sepanyol
'Guanabana' bahasa Inggeris
dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia ,
dikenali sebagai buah Sirsak
manakala di Malaysia dipanggil
sebagai Durian Belanda. Buahnya
agak besar, kulitnya berduri
lembut, isi buah berwarna putih,
rasanya masam-masam manis ,
dimakan dengan cara membuka
kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda
ini memberikan kesan anti
tumor / kanser yang sangat kuat,
dan terbukti secara perubatan
menyembuhkan segala jenis
kanser. Selain menyembuhkan
kanser, buah ini juga berfungsi
sebagai anti bakteria, anti
fungus , berkesan melawan
berbagai jenis parasit dan cacing,
menurunkan tekanan darah
tinggi, kemurungan, stress, dan
menormalkan kembali sistem
saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa
pentingnya kewujudan Institut
Sains Kesihatan bagi orang-orang
Amerika adalah kerana institut ini
telah membuka tabir rahsia buah
ajaib ini. Fakta yang
membingungkankan adalah: Jauh
dipedalaman hutan Amazon,
tumbuh 'pohon ajaib', yang akan
merubah cara berfikir anda,
doktor anda, dan dunia mengenai
proses penyembuhan kanser dan
harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan
“pohon ajaib” dan buahnya
ini :
i) Menyerang sel kanser secara
efektif dan semulajadi, TANPA
rasa mual, berat badan turun,
rambut gugur, seperti yang
terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan
tubuh dan mencegah dari
jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat,
lebih sihat selama proses
perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan
penampilan fizikal semakin
bertambah baik.
Sumber berita sangat
mengejutkan ini berasal dari salah
satu pengeluar farmasi terbesar di
Amerika . Buah Graviola telah diuji
lebih dari 20 makmal, sejak tahun
1970-an hingga beberapa tahun
berikutnya. Hasil ujikaji dari
ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih
sasaran dan membunuh sel jahat
dari 12 jenis kanser yang berbeza,
diantaranya kanser : Usus Besar ,
Payu Dara , Prostat, Paru-Paru
dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih
kuat dalam memperlambatkan
pertumbuhan sel kanser
dibandingkan dengan Adriamycin
dan Terapi Kemo yang biasa
digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo,
ekstrak buah ini secara selektif
hanya memburu dan membunuh
sel-sel jahat dan TIDAK
membahayakan atau membunuh
sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan
secara ekstensif pada pohon
“ajaib” ini,selama bertahun-
tahun tapi kenapa kita tidak tahu
langsung mengenai hal ini ?
Jawabnya adalah : Begitu mudah
kesihatan kita, kehidupan kita,
dikendalikan oleh yang memiliki
wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat
terbesar di Amerika dengan aset
jutaan dollar melakukan
penyelidikan luar biasa pada
pohon Graviola yang tumbuh
dihutan Amazon ini. Ternyata
beberapa bahagian dari pohon
ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah
dan bijinya, selama berabad-abad
lamanya telah menjadi penawar
bagi suku Indian di Amerika
Selatan untuk menyembuhkan :
sakit jantung, asma, masalah
berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang
minimum, perusahaan yang
mengumpulkan dana dan sumber
usaha manusia yang sangat besar
bagi tujuan melakukan
penyelidikan dan berbagai ujian.
Hasilnya sangat menakjubkan.
Graviola secara ilmiah telah
terbukti sebagai agen pembunuh
sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir
berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang
persekutuan, sumber bahan
semulajadi untuk ubat adalah
DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah
besar dan mereka berusaha
sedaya upaya dengan pembiayaan
sangat besar untuk membuat klon
tiruan dari Graviola ini agar ianya
dapat dipatentkan sehingga dana
yang dikeluarkan untuk
penyelidikan dan ujian dapat
dituntut dan bahkan mengaup
keuntungan besar. Tapi usaha ini
tidak berhasil kerana Graviola
tidak berjaya diklon. Perusahaan
gigit jari setelah mengeluarkan
dana jutaan dolar untuk usaha
penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan
keuntungan besar beransur-ansur
pudar, kegiatan penyelidikan juga
turut berhenti. Lebih parah lagi,
perusahaan menutup projek ini
dan memutuskan untuk TIDAK
menerbitkan hasil penyelidikan
ini.
Beruntunglah, ada salah seorang
ilmuwan dari kumpulan
penyelidik tidak sanggup melihat
kekejaman ini terjadi. Dengan
mengorbankan kerjayanya, dia
menghubungi sebuah perusahaan
yang biasa mengumpulkan
bahan-bahan bersumberkan
semulajadi dari hutan Amazon
untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari
Institut Sains Kesihatan
mendengar berita keajaiban
Graviola, mereka mulai lakukan
usaha penyelidikan. Hasilnya
sangat mengejutkan. Graviola
terbukti sebagai pohon
pembunuh sel kanser yang
berkesan.
The National Cancer Institute
mulakan penyelidikan ilmiah yang
pertama pada tahun 1976.
Hasilnya membuktikan bahawa
daun dan batang kayu Graviola
mampu menyerang dan
menghancurkan sel-sel jahat
kanser. Sayangnya hasil ini hanya
untuk keperluan dalaman dan
tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti
sebagai pembunuh sel kanser
yang luar biasa pada ujikaji yang
dilakukan oleh 20 makmal bebas
yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh
the Journal of Natural Products
menyatakan bahawa kajian yang
dilakukan oleh Catholic University
di Korea Selatan, mendakwa
bahawa salah satu unsur kimia
yang terkandung di dalam
Graviola, mampu memilih,
membezakan dan membunuh sel
kanser usus besar dengan 10,000
kali lebih kuat berbanding dengan
Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue
University pula membuktikan
bahwa daun Graviola mampu
membunuh sel kanser secara
berkesan, terutama sel kanser:
Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada
berita mengenai Graviola,
akhirnya berita keajaiban ini
pecah juga, melalui informasi dari
Lembaga-lembaga seperti
disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola,
dimana memperolehnya, dan
bagaimana cara
memanfaatkannya, dapat
dijumpai dalam Beyond
Chemotherapy: New Cancer
Killers, Safe as Mother’s milk,
sebagai bonus istimewa percuma
terbitan Health Sciences Institute.
Sekarang anda tahu manfaat
durian belanda yang luar biasa ini.
Rasanya manis-manis masam
begitu menyegarkan. Buah yang
100% semulajadi tanpa sebarang
kesan sampingan. Sebarkan
maklumat berharga ini kepada
keluarga, saudara, sahabat dan
teman yang anda kasihi.
By: PenyuXP

12 October 2011

Kasih: tulus, aktif timbalbalik.

Roma 12:9-21

Kasih: tulus, aktif timbal balik.
Kasih tak boleh pura-pura,
sebab bila demikian kita
menipu diri sendiri, mendustai
orang yang kita kasihi. Hal itu
ditolak Tuhan, sebab
mengasihi sesama adalah
perintah Tuhan yang harus
ditaati.

Di dalam Tubuh
Kristus, kasih harus aktif
timbal balik. Kasih yang sudah
kita terima dari Tuhan, dan
yang menjadi teladan bagi
kita mempersatukan kita
dalam suatu persekutuan
kasih yaitu Gereja-Nya. Sikap
Kristen, baik dalam kalangan
sendiri, dan terlebih lagi
keluar adalah aktif pro kasih.

Bantulah orang-orang kudus.
Membantu para hamba Tuhan
dalam kebutuhan hidup
mereka, terutama yang
sedang kekurangan berarti
turut serta menunjang
pekerjaan Tuhan. Sikap dan
tindakan kasih itu pasti
sangat diperhatikan oleh
Tuhan sebab mengandung
nilai sebagai persembahan
kepada Tuhan sendiri (Mat.
25:40).

Balaslah kejahatan dengan
kebaikan. Lakukan kebaikan,
utamakan hidup damai dan
berilah tempat kepada murka
Allah. Dengan hati lembut,
kita bawa permasalahan
dalam doa kepada Tuhan. Biar
Tuhan yang akan mengadili
dengan kebijaksanaan-Nya
yang dalam itu. Bila musuh
yang lapar kita beri makan,
dan yang haus kita beri
minum, mereka akan takjub
diperhadapkan dengan sifat-
sifat Allah sendiri.

Doa: Tuhan, tolonglah,
kasihku masih sangat kecil,
jauh dari cukup.

Sumber:Facebook Aku Cinta Yesus

03 October 2011

Berhenti putus-asa

Salah dan silap memang selalu berlaku dalam hidup manusia.

Selalunya ada beberapa perkara penting muncul di depan kita yang kalau boleh kita ingin lakukan dengan sebaik mungkin,kerana ia jarang kita perolehi.
Dan lainkali belum tentu ada atau tidak?

dan...bila ia gagal,kita terasa berat untuk menerimanya.bagai dunia menjadi gelap.kita terasa sangat penat untuk meneruskan perjalanan.bahkan kepala sendiri pun terasa berat untuk diangkat dan memandang ke depan.kita terus tunduk bagai tak rela melihat dunia ini lagi.kalau boleh kita ingin segalanya berhenti dengan perkataan TAMAT.jika ianya filem,segalanya menjadi gelap dan tinggal menayangkan nama para pelakon,pengarah,jurukamera,lokasi....sudah tamat,kata kita.sudah TAMAT!

Tapi...betulkah ia sudah tamat?ketika kita sedang menunduk dan berputus-asa,dunia di sekeliling kita masih berjalan seperti biasa.dan kita masih terlibat didalamnya!

Apa gunanya kita berputus-asa dan berkata "sudah tamat"?keadaan boleh berubahkah?kita dapat berehatkah?dapatkah kita lari dari kewujudan kita sendiri?sungguh sia-sia!

Selagi kita masih ada sebagai sesuatu yang wujud,kisah yang kita lalui tidak akan tamat.kecuali jika kita dilenyapkan oleh Pencipta kita.jika tidak,kita akan tetap ada dan cerita kita tidak akan tamat.bahkan jika kita sudah mati sekalipun masih ada cerita selanjutnya di alam yang lain.jadi tak gunalah kalau bunuh diri!

Tapi yang paling penting ialah,selagi kita masih hidup di dunia ini,kita sentiasa ada peluang! Daripada kita membuang masa dengan berputus-asa,lebih baik kita bangun semula dengan apa yang kita masih ada.kuatkan semangat dan kejarlah semula matlamat hidup kita.jadikan ia sebagai naluri kewujudan kita!

Kalau kita mengalah,peluang ialah 0%.tapi kalau kita tetap bersemangat,peluang ialah 1%!terlalu sedikit?tapi dari 1% itu,ia akan terus bertambah jadi 2%,4%,8%,16%,32%,dan seterusnya.perubahan pasti akan berlaku!

Pada suatu malam,saya bermimpi sesuatu yang pelik.dalam mimpi itu,saya melihat dua makhluk (saya tidak tahu apa.sebab ianya seperti bayang-bayang?) yang satu besar dan yang satu lagi lebih kecil seperti sedang bertarung di dalam sebuah gua.yang kecil itu seperti berusaha untuk keluar dari gua itu,dan pintu keluar ada di belakang si besar itu.dan dia harus melepasi halangan itu untuk keluar dari gua dan mendapatkan cahaya di luar gua.keadaan seperti tidak adil.yang besar tu selalu menjatuhkan yang kecil.setiap kali yang kecil itu bangun dan menyerang kembali,ia tetap dijatuhkan semula.berkali-kali ianya berlaku seperti itu.

Saya tidak tahu kenapa.tapi,saya dapat melihat wajah mereka.dan yang saya lihat,yang besar itu kelihatan mula letih.biarpun ia dapat menjatuhkan yang kecil itu,aksinya menjadi makin lambat.sementara yang kecil itu pula...jelas kelihatan diwajahnya yang dia masih belum mahu berhenti!dari pandangan matanya,kelihatan semangat membara!genggaman tangannya pula masih tetap kuat!dan dia tetap meneruskan walaupun dijatuhkan berkali-kali!

Kemudian saya terbangun.waktu itu saya rasa sangat panas sekali.tapi saya terbangun bukan seperti mendapat mimpi ngeri!sebaliknya,saya rasa begitu teruja.sehingga saya sukar mahu tidur semula!

Saya tidak tahu apa maknanya mimpi saya itu.tapi bagi saya,ianya seolah-olah mesej dari Tuhan,yang mahukan agar saya sentiasa bersemangat mengharungi segala kesukaran dalam hidup saya!

Yang ingin saya sampaikan di sini ialah,berhentilah berputus-asa!tak ada gunanya.ia tidak mengubah apa-apa pun!tidak menamatkan apa-apa pun!hidup seperti sebuah cerita yang tidak akan tamat! Never Ending Story! Kejarlah matlamat kita!