15 February 2019

Sedar tak sedar kita jatuh cinta (lagu)

Ku langsung tak menyangka kita kan bertemu.
Kau jauh di timur,aku jauh di barat
Bagai ada kuasa yang tak kelihatan
Menembusi tembok kemustahilan
Datang menyatukan kita

Chor: aku langsung tak menyangka
Kita berdua akan begitu serasi bersama
Ia bagaikan telah ditakdirkan
Sedar tak sedar,kita jatuh cinta

Engkau datang bagaikan dari dalam mimpi
Saat aku menanti kedatangan cinta
Cinta yang mampu beri sebuah harapan
Saatku ditekan rasa putus asa
Hidup pun tidak bermakna

(Ulang Chorus)

Kuharap kau akan tetap setia
Kujuga akan tetap setia bersamamu
Selamanya
https://youtu.be/9nZPeFmq1HQ

10 June 2015

Dia buat dah: Gempa bumi lebih kuat

Dia buat dah: Gempa bumi lebih kuat: BANYAK bangunan mengalami kerosakan selepas gempa bumi terkuat dalam sejarah melanda Ranau, Sabah pada Jumaat lalu. – Gambar hiasan ...

27 March 2015

sudahlah............................

rasanya,saya sudah kehabisan akal.masalah terus melanda dan saya tetap tak boleh buat apa-apa selain berharap pada keajaiban.

ingatkan,kalau pun tidak ada ''yang kutunggu'' itu,saya boleh mencipta keajaiban sendiri,mungkin saya boleh cuba cari kerja dan hidup dengan kekuatan dan kebanggaan sendiri.

tapi,......saya tetap tidak mampu.penghalangnya terlalu besar.saya sudah cuba untuk tidak menghiraukannya.tapi ia tetap menghalang didepan saya.rupanya menjadi orang kurang upaya memberi kesan yang terlalu besar buat hidup saya.

saya tak tahu apakah penyelesaian masalah ini?semua jalan yang lebih lojik.........................terhalang............tetap terhalang.sungguh gila sekali.apa maknanya semua ini?

sebab inilah saya jarang buat post selama ni.tapi memandangkan tiada lagi apa-apa yang boleh dibuat,lebih baik saya habiskan lebih banyak masa untuk blog.lain kali saya tak akan pilih-pilih isu apa-apa lagi.merapu pun merapulah.

tapi,kalau boleh,yang tidak menyakitkan hati sesiapa.kalau bolehlah.....................................................................................................................................................................................................................

24 May 2014

BOLEHKAH MALAYSIA MAJU 2020?

selalu bila saya buat post kalau bukan luah perasaan,ia ada kaitan dengan isu semasa.tapi entah kenapa sekarang isu semasa dimedia malaysia kebelakangan ini.macam sampah.langsung tak menarik.

isu sensitif semakin banyak dimainkan dengan bintang popularnya bermuka tebal dan tak berotak.dan mereka langsung tidak diambil tindakan walaupun kata kata mereka tersirat niat menghuru harakan malaysia.ataukah hanya mereka saja yang dibenarkan berbuat begitu?

tidak hairanlah semakin lama semakin banyak masalah melanda malaysia.tidakkah mereka ini sedar hal ini?atau mereka hanya akan mempersalahkan kaum lain jika ada apapun yang terjadi?orang kapir rancang ini,orang kapir rancang itu,agaknya jika jatuh tersandung kaki sendiri pun salahkan kaum lain kononnya ini konspirasi.lebih lagi bila amerika menyerang negara di asia barat,kaum lain di malaysia dilibatkan macamlah "kapir" di malaysia yang menyuruh amerika menyerang negara tersebut.

maafkan saya.saya cuma sudah bosan dengan keadaan ini.2020 cuma tinggal 6 tahun saja lagi.bolehkah kita mencapai taraf negara maju? maju dari segi apa?apa yang saya lihat,benih perpecahan semakin ketara.sebab ada yang cari pasal dulu tapi dibiarkan.bila ditentang,yang menentang pula dipersalahkan?

bolehkah kita maju 2020?setakat 6 tahun,berapa banyakkah perubahan yang boleh diusahakan? ''syukur malaysia masih aman'',''syukur masih dapat makan'',dan bermacam ''syukur'' lagi,masihkah kita mampu mengatakannya bila keadaan semakin teruk nanti?negara lain yang tidak aman pun ada puncanya juga.bolehkah kita bercakap besar yang kita akan tetap berdiam diri demi ''aman'' bila hal yang sama terjadi pada kita?masih amankah kita nanti?masih dapat makankah kita nanti?

apa yang saya lihat,disebabkan isu agama dan perkauman dalam politik,situasi di malaysia semakin lama semakin tenat.jangan tanya tentang maju dulu.masih bolehkah malaysia diselamatkan?kenapa mesti kaum ni ditinggikan,kaum itu direndahkan dulu?tidak bolehkah kita duduk sama rendah,berdiri sama tinggi,majukan malaysia bersama sama?

boleh kah malaysia aman sampai 2020?

07 April 2014

Deadlink

setelah lama tidak post apa-apa disebabkan oleh pelbagai masalah,barulah saya berpeluang buat post terbaru.saja nak update blog.sebenarnya ada banyak isu hangat yang sudah terlepas.tapi,rasanya elok juga saya tidak libatkan diri dengan turut membuat spekuasi.

sekarang baik post sesuatu yang tidak memberatkan fikiran.

selepas lama tidak melawat blog ini,baru perasan yang link nuffnang saya dah tak keluar iklan lagi.habislah!mungkin sebab jarang post.(jangan-jangan diorang ingat saya sudah mati oh)apa patut saya buat?nak copy code javascript baru kah?bagus kalau automatik lepas buat post baru,keluar iklan balik.

sebab susah nak taip guna touch,keyboard lama,yang dibeli bersama tablet pula tak dapat diguna(dah lupa sejak bulan berapa,dalam 2013) tak tahu sebab putus wayar atau apa,terpaksa beli keyboard baru.kalau tablet saya ni support bluetooth keyboard (dan kalau ada jual di kota marudu) kan bagus?

sejak akhir akhir ini ada banyak perkara yang menggeramkan.saya pun tak tahu nak bersabar sampai bila.terutama hal tanah saya di kg natu tu.sampai sekarang tiada perkembangan terbaru.agaknya sudah nasib lah asyik ditipu.beli no ekor pun tak kena-kena juga.

terasa sedih juga.tapi saya cuma dapat cuba untuk bersyukur dengan apa yang ada.dan cuba membuang keinginan yang membebankan

sekarang masih tunggu keajaiban.sampai bila? entahlah..........

01 November 2013

POST LEPAS GERAM

setelah lama tidak post apa pun lantaran fikiran yang kosong,barulah kali ini saya ada perkara yang ingin dikatakan.

sejak akhir-akhir ini,banyak peristiwa yang menggeramkan kita.bermula dari kenaikan harga minyak,isu memelayukan native muslim di Sabah hinggalah isu Nama Allah,sangat menggeramkan bagi saya.sesetengah pihak selalu mengatakan sesuatu tanpa berfikir tentang kesannya pada orang lain.

maaf.kita tidak berniat menghasut.tapi siapa yang memprovokasi dulu,kita semua pun tahu.kecuali bila kita buat-buat tak tahu lantaran beranggapan hanya diri sendiri saja yang benar dengan angkuhnya.siapa makan lada,dialah yang rasa pedas kah tidak.kan?

paling geram bila dikata "kalau tak suka,sila keluar dari malaysia!".habis tu,orang Sabah dan Sarawak?kami tidak suka dengan isu yang ditimbulkan.nak halau kami dari tanahair kami sendiri?kita sudah pun dipisahkan laut China selatan.kalau ada apa-apa,bukan salah kami.

lepas tu,ada lagi isu guard didakwa orang Sabah buat jenayah.padahal kad pengenalan palsu.isu ini terang lagi bersuluh.sekali lagi,provokasi.siapa punya angkara,masing-masing pun tahu kecuali pura-pura.

post kali ini agak berserabut sebab ianya cara penulis melepaskan geram.maaf jika terasa.

11 May 2013

tergesa-gesa mengundang penyesalan.................

atas sebab tertentu,terpaksalah jarang post di blog ni.

mula-mula,ingatkan dah beli tablet ni senanglah saya mengurus blog saya.padahal,tidak juga.ingatkan sebab apa tak dapat sambung keyboard,rupanya,tak dapat sambung kalau pasang simkad.ertinya,boleh pakai kalau guna wifi.tapi kalau pakai mobile data,cuma boleh guna touchschreen.buruknya!

kalau saya tau,lebih baik saya bersabar dulu.saya tak akan beli yang ini walaupun ianya lebih murah.lebih baik beli yang buatan China daripada yang ini,di kotak saja dikata ada 3G,tapi download 5mb pun dekat 1 jam.kalau tiada wifi,jangan harap boleh download laju.menyesal beli!

tapi dikampung ini tiada kemajuan.jalan rosak pun tidak dibuat.kalau ada orang nak urus pun dituduh nak tunjuk pandai.bila musim hujan,atukx3,sampai boleh ternak ikan!jalan pun begitu,boleh ada wifi kah?padahal,pekan kota marudu bukan jauh sangat.jadi,terpaksalah tak jadi simpan buat masa ini.nak beli android phone yang kecil pun jadilah untuk wifi hotspot.kena leter pun biarlah.

inilah akibatnya kalau tiada kesabaran.tergesa-gesa memang buruk akibatnya.gara-gara nak berjimat lah ni.memang selalunya terburu-buru tidak pernah berakibat baik.lainkali,pastikan dahulu adakah sasaran betul-betul baik untuk kita atau tidak.kalau bukan kerana ia lebih murah,tak maulah cuba jenama yang ini.tujuan saya beli memang untuk blog.kalau tak dapat guna keyboard,sia-sia saja.guna touchschreen pun asyik salah tekan saja.

kalaulah masa boleh diulang semula..........................................................

04 May 2013

tolong naikkan bantuan OKU saya.

setelah sekian lama,inilah post pertama saya pada bulan ini.

esok,kita akan mengundi untuk menentukan masa depan negara.saya harap kita semua baik-baik saja.semoga siapa saja yang menang dapat berkhidmat dengan baik dan menunaikan janji.bukan hanya berjanji ketika berpilihanraya sahaja.

satu harapan saya,yang kalah nanti jangan buat perkara yang tak baik.bersabarlah tunggu lima tahun lagi.terima kekalahan dengan hati terbuka.jangan sengaja mahu mengulang peristiwa 13 mei.itu gila kuasa namanya!kita amalkanlah demokrasi yang benar.jangan ingat nak menang sendiri saja.kalau tidak baik jangan berpilihanraya.jangan fikir rakyat bodoh selamanya!

satu lagi harapan saya,siapa yang menang,harga barang keperluan semakin mahal.boleh tak berikhtiar mengatasinya?dan bantuan OKU yang saya terima setiap bulan hanya RM 165 sahaja setiap bulan.ini tidak cukup bila saya kadang-kala terpaksa berkongsi untuk bayar apa yang perlu dirumah.kenapa hanya RM165 sahaja?kalau bukan kerana keadaan saya macam ni,sudah lama saya pergi cari kerja!saya harap,tolonglah.naikkan bantuan OKU saya ke RM200 atau lagi baik RM300 setiap bulan!saya tak pasti adakah hanya saya yang di kota marudu sahaja yang dibayar 165 sebulan atau semua juga sama?

kalau boleh dipertimbangkan, alangkah baiknya....................................................

15 April 2013

lawak politik:INIKALILAh vs TATAP

susah juga nak biasakan diri guna touch ni.

seperti yang kita tahu,akhirnya YAB pm datuk seri najib tun razak telah membubarkan parlimen pada 3 april yang lalu.manakala hari penamaan calon pada 20 april dan hari mengundi pru13 pada 5 mei.

lucu juga pada masa datuk seri najib mengumumkan pembubaran parlimen.beliau sampai tersilap menyebut tarikh pembubaran yang sepatutnya pada tahun 2013 ke tahun 2012 pula.tapi,bagi saya itu tidak apa.asalkan jangan kesalahan tipu orang kampung,tipu negara,rampas hak orang serta pelbagai kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh ahli politik.salah sebut tu biasalah.

yang lucunya,kerusi penentu siapa yang bakal berkuasa di putrajaya ialah Sabah.hebatkan Sabah? dan perang kempen di Sabah juga paling menarik.kita tahu baru-baru ini bn Sabah ada slogan baru.jika lawan mereka terkenal dengan slogan "NI KALILAH",mereka pula membalas dengan "TATAP BN".mungkin dapat ilham dari slogan RTM "tetap unggul".hehe.

saya berharap,kita di Sabah undilah dengan pemikiran yang waras.jangan mengundi kerana pengaruh kempen parti.pastikan kita tahu apa yang kita mahukan.kita tidak mahu undi kita sia-sia kan?tengok sendiri sekeliling kita.apa yang berlaku?jangan hanya dengar sepihak saja.jadilah hakim yang adil dan bukan yang makan suap punya.jangan undi jika hanya mahu ganjaran.kitalah penentunya.pilihlah,bukan kerana populariti.pilihlah yang boleh bekerja untuk kita,bukan yang pijak kepala kita!

INIKALILAH atau TATAP? pilihan di tangan anda.

10 April 2013

begini rupanya android os!nikalilah!

sekarang saya menulis post ini menggunakan touchschreen tablet android mytec mt29 menurut yang tertulis dikotaknyalah.saya tahulah kalau bukan.




apalah punya nasib.ingatkan,dapat guna keypadnya.bila try sambung,sikrin jadi warna kelabu.terpaksa off kemudian on balik.tu pun berkurun juga menunggu.sia-sia saja beli keypàd.mungkin memang untuk touchschreen saja.lagipun,buatan malaysia.

tapi,saya puas hati jugalah.sebab dia boleh mainkan video dengan lancar tanpa perlu pakai coreplayer.

mungkin inilah puncanya kenapa android os begitu popular.mungkin sudah masanya untuk berubah?sebab sebelum ni rasa asing dengan nama android.sebab terbiasa dengan symbian.

bila kita terlalu terikat dengan yang lama,susah untuk kita menerima yang baru.yang lama tetap terasa lebih baik,jika kita tidak tahu kebaikan yang baru.tapi tak salah jika kita mencuba kan?

semoga esok lebih baru dari hari ini.semoga minggu depan lebih baru dari minggu ini.bulan depan juga.semoga kita membuka hati pada yang baru.

06 April 2013

Apakah makna mengambil air suci sebelum masuk gereja?

Berikut ini adalah ulasan tentang
makna pengambilan air suci
sebelum memasuki gedung
gereja, yang disadur dari tulisan
karya Scott Hahn yang berjudul
"Tanda-tanda Kehidupan, 40
Kebiasaan Katolik dan Akar
Biblisnya" terbitan Dioma
Publishing, 2011, hal.35 :
Pengambilan air suci sebelum
kita memasuki gereja tidak
terlepas dari penghayatan akan
pentingnya air di dalam hidup
manusia, karena air merupakan
simbol penting yang
menggambarkan kehidupan. Ya,
sebab hidup jasmani kita dimulai
di dalam air, demikian pula hidup
rohani kita.
Air merupakan awal kehidupan.
Dalam Kitab Kejadian penciptaan
alam semesta dimulai dengan
"Roh Allah melayang-layang di
atas permukaan air." (Kej 1:2).
Demikian pula yang terjadi dalam
kehidupan setiap manusia, kita
memperoleh wujud insani kita di
dalam kantung cairan, "air
ketuban" dalam rahim ibu; dan
ketika kantung air ini pecah,
kelahiran dimulai.
Demikian pula, kita mengawali
kunjungan kita ke gereja dengan
mencelupkan air ke dalam bejana
air suci, dan dengan air itu kita
membuat tanda salib, yang
mengingatkan kita akan Allah
Tritunggal Mahakudus: Allah
Bapa, Putera dan Roh Kudus,
yang di dalam-Nya kita dibaptis
dan memperoleh kehidupan ilahi.
Sudah sejak jaman Gereja awal,
air digunakan dalam doa
Kristiani. Bapa Gereja abad ke-2,
Tertulianus, mencatat kebiasaan
simbolis membasuh tangan
sebelum menadahkannya dalam
doa (Tertullian, On Prayer, p. 13).
Kebiasaan ini juga sudah ada di
kalangan Yahudi, dan
kemungkinan ini yang dicatat
oleh Rasul Paulus dalam suratnya
kepada Timotius dalam 1 Tim
2:8. Sejarahwan Eusebius (320)
mencatat bahwa sebuah gereja
di Tirus memiliki air mancur pada
pintu masuknya sebagai tempat
kaum beriman membasuh
tangan mereka.
Namun penggunaan air di pintu
masuk gereja bukan sekadar
sebagai tempat membasuh
tangan, tetapi lebih kepada
makna simbolis akan kehidupan
itu sendiri, penyucian/
pertobatan dan kelahiran
kembali. Air itu mengingatkan
kepada air bah di zaman Nabi
Nuh, yang olehnya kemudian
keluarga Nabi Nuh memperoleh
kehidupan baru (lih. Kej 8-9). Air
itu juga mengingatkan kita
kepada Laut Merah yang dilintasi
oleh bangsa Israel saat
dibebaskan dari perbudakan
Mesir (lih. Kel 14:15-31). Namun
terutama, air itu mengingatkan
kita kepada Pembaptisan kita di
mana kita telah dikuburkan
bersama Kristus (lih. KGK 1220)
dan dibangkitkan bersama Dia
dan memperoleh kehidupan baru
"di dalam air dan Roh" (Yoh
3:5) sebagai anak- anak angkat
Allah (lih. KGK 1265).
Menurut St. Thomas Aquinas, air
"menandakan rahmat Roh
Kudus…karena Roh Kudus adalah
sumber yang tak kunjung kering
dari mana mengalir segala
karunia rahmat."(St. Thomas
Aquinas, Commentary on St.
John, p. 577). Kitab Wahyu
meneguhkan hubungan antara
air dan Roh Kudus dengan
menggambarkan rahmat Roh
Kudus sebagai suatu "sungai air
kehidupan, yang jernih bagaikan
kristal, yang mengalir dari tahta
Allah dan tahta Anak
Domba" (Why 2:1). Kita yang
sudah dibaptis, lahir oleh air dan
Roh, dan pengambilan air suci
mengingatkan kita akan karunia
rahmat Allah yang menguduskan
kita, yang kita terima di dalam
Pembaptisan.
Maka tindakan mengambil air
suci sebelum memasuki gereja
merupakan peringatan dan
pembaruan pembaptisan kita.

Juga, penggunaan air suci
merupakan suatu penyegaran,
yang membebaskan kita dari
penindasan si jahat. St. Theresia
dari Avila mengajarkan, "tidak
ada suatu pun yang membuat
roh-roh jahat lari tunggang
langgang – tanpa memalingkan
muka – kecuali air suci." (St
Theresia Avila, The Book of Her
Life).
Jadi jika disimpulkan,
pengambilan air suci di pintu
gereja adalah untuk
mengingatkan kita akan makna
Pembaptisan kita (yaitu
pertobatan,pengudusan,
kehidupan baru di dalam Kristus
dalam kesatuan dengan Allah
Bapa dan Roh Kudus, dan
partisipasi kita sebagai anak-
anak angkat Allah di dalam misi
Kristus) dan pengusiran roh-roh
jahat.

Selanjutnya, kebanyakan gereja
juga memiliki persediaan air suci
sehingga warga paroki dapat
mengambil air suci untuk dibawa
pulang. Sejumlah keluarga
Katolik menyiapkan wadah air
suci kecil pada pintu masuk
rumah/ setiap kamar; dan
olehnya keluarga diingatkan akan
rahmat pembaptisan yang
menguduskan dan
menyelamatkan.

Sumber: website Katolisitas

Kenapa susah sangat?

Minggu depan adalah masa penentuan.mungkin post ini post guna hp yang terakhir.tapi mungkin juga tidak.



Saya tak tahu patutkah saya teruskan atau tidak keinginan saya?kira nak beli tablet android buatan China yang tak semahal Samsung atau jenama terkenal tu.tapi saya tak tahu dapat kah tidak.

Mungkin saya patut lupakan saja.entah kenapa setiap keinginan saya seperti selalu akan menyusahkan orang.saya tak mahu jadi begini!kenapa tak macam yang saya inginkan?

Sebenarnya apa yang patut saya buat?puas hati hanya berblog pakai Hp saja kah?lupakan sajakah?

Entah kenapa saya seperti memerlukan keajaiban sepanjang masa.di dunia yang tiada keajaiban,saya betul-betul tiada harapan.

Mungkin tak jadi lah beli.kalau tunggu,mungkin sudah habis orang beli.saya mau yang ada slot simcard supaya lebih mudah masuk internet sebab kg korongkom ni tiada Wifi.nak buat macam mana?

Kalau tiada,apa boleh buat..........

04 April 2013

Fakta Menarik Tentang Jepun






post kali ini mengenai Jepun.dapat info dari kawan facebook.(entah dia dapat dari mana)Jepun Ialah negara yang mengkagumkan pada masa ini.lebih-lebih lagi kepada peminat Anime.hehehe.



Fakta di Jepun

1. Di Jepun di ajar pada awal
sekolah rendah sehingga darjah
enam dengan satu matapelajaran
yang dinamakann "Jalan kearah
Akhlak" dimana pelajar
mempelajari akhlak/etika dan
cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure
pada awal sekolah rendah
sehingga ke peringkat tiga
pertengahan, kerana objektifnya
ialah mendidik dan menanamkan
konsep dan pembentukan
pribadi/watak, bukan sahaja
pendidikan dan indoktrinasi
(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu
Negara terkaya didunia, mereka
tidak mempunyai orang gaji
(servants), ibu dan bapa
bertanggungjawab di rumah dan
keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun
membersihkan sekolah mereka
setiap hari selama 20min
bersama-sama guru mereka.
Faktor ini membawa kearah
kemunculan generasi Jepun yang
sederhana dan minat kearah
kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan
membawa berus gigi yang telah
di "disinfected" /sterilkan, dan
mereka membersihkan gigi
mereka disekolah setiap kali
lepas makan bagi mengekalkan
kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan
memakan makanan pelajarnya
selama setengah jam bagi
memastikan keselamatan
mereka, kerana pengetua
menganggap pelajar adalah masa
depan Jepun yang perlu diberi
perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun
digelar sebagai "Jurutera
Kesihatan" yang gajinya
sebanyak 5000 hingga 8000 USD
sebulan, tertakluk kepada ujian
bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan
handphone didalam tren/
keretapi, restoran dan tempat-
tempat yang tertutup, dan
dinamakan status 'silent' di
handphone sebagai "akhlak/
etika"

9. Jika anda pergi ke restauran
buffet di Jepun, anda akan dapati
bahawa setiap orang akan
mengambil makanan dengan
kadar yang di perlukan sahaja,
dan tidak akan meninggalkan
apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/
tren adalah sebanyak 7 saat
sahaja dalam satu tahun, ini
kerana mereka adalah orang
yang tahu akan nilai masa, dan
gemar kepada ketepatan saat
dan minit.



matawang Jepun ialah Yen.nilainya dibanding duit malaysia ialah RM 1 sama dengan lebih kurang 33 yen.ada orang kata nilai wang malaysia lebih tinggi,sebenarnya silap.kita tahu Rm 1 bukan angka terendah matawang malaysia kerana RM 1 adalah seratus sen.1 sen barulah angka terendah.tapi matawang Jepun agak pelik sedikit sebab angka terendah ialah 1 yen tanpa sen-sen lagi.jika Jepun turut menggunakan sen seperti ringgit,maka nilai sebenar RM 1 lebih kurang 33 sen jepun saja!anda tidak akan menemui 50 yen dalam bentuk wang kertas kerana 50 yen hanya ada dalam bentuk duit syiling!



Apapun,kegigihan Jepun untuk berjaya memang wajar dicontohi.dan watak gadis anime memang sangat comel!hehehe.

01 April 2013

April Fools' Day: Origin and History The uncertain origins of a foolish day

by David Johnson and Shmuel
Ross




April Fools' Day, sometimes
called All Fools' Day, is one of
the most light-hearted days of
the year. Its origins are
uncertain. Some see it as a
celebration related to the turn
of the seasons, while others
believe it stems from the
adoption of a new calendar.

New Year's Day Moves

Ancient cultures, including those
of the Romans and Hindus,
celebrated New Year's Day on or
around April 1. It closely follows
the vernal equinox (March 20th
or March 21st.) In medieval
times, much of Europe
celebrated March 25, the Feast of Annunciation, as the
beginning of the new year.

In 1582, Pope Gregory XIII
ordered a new calendar (the
Gregorian Calendar) to replace
the old Julian Calendar. The new
calendar called for New Year's
Day to be celebrated Jan. 1. That
year, France adopted the
reformed calendar and shifted
New Year's day to Jan. 1.

According to a popular
explanation, many people either
refused to accept the new date,
or did not learn about it, and
continued to celebrate New
Year's Day on April 1. Other
people began to make fun of
these traditionalists, sending
them on "fool's errands" or
trying to trick them into
believing something false.
Eventually, the practice spread
throughout Europe.

Problems With This Explanation

There are at least two
difficulties with this
explanation. The first is that it
doesn't fully account for the
spread of April Fools' Day to
other European countries. The
Gregorian calendar was not
adopted by England until 1752,
for example, but April Fools' Day
was already well established
there by that point. The second
is that we have no direct
historical evidence for this
explanation, only conjecture,
and that conjecture appears to
have been made more recently.

Constantine and Kugel
Another explanation of the
origins of April Fools' Day was
provided by Joseph Boskin, a
professor of history at Boston
University. He explained that the
practice began during the reign
of Constantine, when a group of
court jesters and fools told the
Roman emperor that they could
do a better job of running the
empire. Constantine, amused,
allowed a jester named Kugel to
be king for one day. Kugel
passed an edict calling for
absurdity on that day, and the
custom became an annual
event.

"In a way," explained Prof.
Boskin, "it was a very serious
day. In those times fools were
really wise men. It was the role
of jesters to put things in
perspective with humor."

This explanation was brought to
the public's attention in an
Associated Press article printed
by many newspapers in 1983.

There was only one catch:
Boskin made the whole thing
up. It took a couple of weeks for
the AP to realize that they'd
been victims of an April Fools'
joke themselves.

Spring Fever

It is worth noting that many
different cultures have had days
of foolishness around the start
of April, give or take a couple of
weeks. The Romans had a
festival named Hilaria on March
25, rejoicing in the resurrection
of Attis. The Hindu calendar has
Holi, and the Jewish calendar
has Purim. Perhaps there's
something about the time of
year, with its turn from winter
to spring, that lends itself to
lighthearted celebrations.

Observances Around the World

April Fools' Day is observed
throughout the Western world.
Practices include sending
someone on a "fool's errand,"
looking for things that don't
exist; playing pranks; and trying
to get people to believe
ridiculous things.
The French call April 1 Poisson
d'Avril, or "April Fish." French
children sometimes tape a
picture of a fish on the back of
their schoolmates, crying
"Poisson d'Avril" when the
prank is discovered.

Source
Http://www.infoplease.com/spot/aprilfools1.html

Dont be Fool on this April Fool.hahahaha.

27 March 2013

Spesis Jerung Berkepala Dua?




Spesis jerung berkepala dua ini ialah penemuan baru.ini bukan jerung cacat atau kembar siam.

Spesis ini dijumpai
di Teluk Mexico
pada 7 April 2011
Selepas nelayan membelah perut jerung dewasa dan menemui anak jerung.

Tak sangka ada juga jerung kepala dua.memang alam semulajadi masih banyak rahsia yang belum diketahui.

sumber
http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/howaboutthat/9956132/Two-
headed-shark-discovered.html

20 March 2013

Sinetron Yang Menggeramkan

Kepada penggemar sinetron indonesia,sorry kalau saya kritik sikit.gurau-gurau sikit saja.hehehe.



Drama atau sinetron indonesia biasanya agak menggeramkan.ini boleh menyebabkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke meningkat apa bila menontonnya.

Apa tidak,kalau sudah peminat,pasti akan menghayati jalan cerita dan rasa geram bila watak jahatnya merancang sesuatu.yang pelik tu,watak utamanya biasanya lurus bendul.

Kalau rancangan jahatnya licik,keji dan agak bijak,tak mengapa.tapi selalunya,rancangan yang agak bodoh pun boleh kenakan sasaran.macam manalah mangsanya boleh tak tahu apa-apa konon?

Dan ada juga kadang-kadang bila terbongkar niat jahat,watak utama masih mengampuni.tapi bukan di penamat sebab watak jahat tu buat rancangan lain pula untuk kenakan semula watak utama.dan tak lojiknya lagi,kena juga!

Rasanya,jalan cerita kebanyakan sinetron agak kurang matang.mungkin pengarah atau pembuat skripnya yang tak berapa pandai mengatur cerita.ada ketikanya bahagian cerita seperti sesuai untuk ending,tapi tetap diteruskan juga.dan ditambah dengan watak baru secara tiba-tiba,atau boleh dikatakan agak tergesa-gesa.akibatnya jalan ceritanya rosak.

Mujur juga saya bukan peminat sinetron.sebab bagi saya,anime lagi baik.cuma pendapat.kalau ceritanya tak lojik pun,tak buruk juga.sebab yang tak lojik pun bila yang ada power magic atau aura kuat saja.tapi jalan cerita agak menarik tak macam sinetron.alang-alang cerita macam kebudak-budakan,bagus lagi anime.

Tapi kadang-kadang,di dunia nyata pun macam sinetron bila ada yang masih menyokong sesetengah pihak walaupun hak diri sendiri dipijak-pijak.malah yang cuba menyedarkan mereka pula yang dianggap bodoh.kesian.

Bagaimana pun,semoga kita semua berhati-hati dalam kehidupan kita.jangan jadi bodoh macam dalam sinetron.

Hehehe

17 March 2013

Saya sudah silap.Parlimen Belum Bubar lagi...

Sebenarnya saya memang tak minat dengan politik.post ni disebabkan post saya sebelum ini.



Terlanjur post berkenaan bubar parlimen 23 februari,tunggu punya tunggu,sampai sekarang belum lagi.apa punya orang sampai telefon nak bagi tahu,padahal tidak juga betul.hahaha.

Inilah budaya politik di Malaysia,kebanyakan teka-teka sendiri bilakah parlimen dibubar.padahal pm tak cakap apa-apa pun.susah.

Sendiri punya tahulah.kalau sudah tradisi tarikh bubar parlimen hanya pm saja yang tahu,baik jangan teka-teka.kita tahulah ada pihak sedang terdesak sekarang.jadi sabarlah sehingga hari penentuan itu tiba.kita hentam tak undi mana yang kita tak suka.biar mereka tahu langit tinggi ke rendah.tu pun kalau dapatlah.hehehe.

Ni yang saya tak suka post pasal politik.silap cakap sikit,ada yang terasa.saya dah cuba jadi neutral sehabis mungkin.kalau ia nampak macam lebih ke arah sesuatu,saya cakap sekali lagi,itu hak kita sebagai 'yang memilih'. Kepada 'yang dipilih',ingat semula kedudukan anda!jangan pandang rendah pada kami 'yang memilih'!

12 March 2013

SUSAHNYA NAK DAPAT CPUV CAMPAIGN......

hari ini,jalan-jalan ke blog lain,cari tips untuk dapat cpuvc nuffnang.



Bila sudah baca,rasa makin susah nak dapat cpuv ni.sebab blog saya agaknya tidak menepati syarat untuk dapat BE.

Syarat pertama:trafik mesti kekal mantab tidak kurang dari 100-150 sehari.tapi saya cuma dapat dalam 80 saja.itu pun UV yang dapat dalam 20 saja.kadang tiada langsung.susah.

Syarat kedua:kedudukan iklan.large retangle dan skyscrapper mungkin ok.tapi yang leaderboard tu,saya tengok pun tiada harapan.nak letak kat atas pun tak dapat.dan ini menyebabkan saya rindu user interface blogspot yang lama.lebih mudah.macam mana nak tambah javascript di leaderboard?susah sudah.last-last,letak di bawah.kalau nuffnang tak pilih pun,saya tahu kenapa.

Syarat ketiga:Backlink.saya berblog pakai mobile symbian saja.pakai operamini handler.macam mana nak ubah nofolow ke dofolow pun tak reti.lagipun pakai operamini mana dapat masuk seting.tengok Dashboard pun rupanya semacam.berlapis tak tahu nak klik apa.

Syarat keempat:kategori.saya pun tak tahu kategori blog saya.macam-macam ada!sebab saya post suka hati saja.saya juga tidak tahu pembaca blog saya kategori apa.bercampur mungkin.pembaca mana lebih ramai lelaki atau perempuan,pun tak tahu.agaknya nuffnang pun tak tahu nak letak iklan apa.

Macam nilah blog saya.sebab update profile selalu juga.

Apa pun,baru sebulan pakai.sabar dululah.sekurang-kurangnya,ada naik sikit.sekarang baru rm1.75 sen.semua dari iklan Umobile yang orang klik.terimakasih!

Tapi,kalaulah boleh dapat Cpuv campaign,saya boleh guna untuk beli sesuatu yang dapat diguna untuk urus blog ni dengan lebih baik.bilalah boleh dapat......

09 March 2013

mahu yang ini,bolehkah tidak?



Selepas beberapa hari nametag saya hilang,hari ini ia sudah ditemui semula.syukurlah.

Tapi pelik juga.kami cari sebelum tu tak jumpa padahal ia di situ juga?pandai ghaib kah?

Apa pun,lain kali perlu hati-hati.tak mau ia berulang lagi.

Hari ini,abangku membeli Android.syok juga tengok boleh disuruh-suruh.hehehe.taklah.maksud saya,gajet yang os nya android.laju juga masuk internet.touchschreen pulak tu.boleh muncul semacam full Qwerty kat skrin.dan diorang sarankan saya membelinya.hmm....fikir-fikir dululah.

Sebenarnya,gajet yang saya mahukan ialah:

1) yang boleh instal operamini handler.boleh cari trick untuk masuk internet secara percuma.

2)ada full Qwerty.tapi bergantung pada keadaan.(kalau bagus touchschreen,boleh juga.)

3)Videoplayer.saya mahu yang besar tapi mudah bawa ke mana-mana.kalau tak besar pun,tapi boleh sambung tv out pun bagus.dan mahu yang videoplayer nya menyokong semua format video termasuk video resolusi besar.(tempat saya download anime tu format videonya pelik sikit)

4)saya nak yang tak berapa mahal.tapi rasanya barang yang saya mahu mustahil tak mahal.sedihnya!kalaulah Nuffnang baikhati bagi Cpuv,kan bagus?

Rasanya saya seperti tak pandai bersyukur pula.asyik berkemahuan.dan saya jadi agak cerewet.mahukan segalanya seperti yang saya mahukan.patutkah saya hentikan saja?lebih baik puas hati dengan apa yang ada?atau saya patut teruskan sampai dapat apa yang saya mahu?

Mungkin patut fikir betul-betul dulu....

07 March 2013

Apa punya nasiblah kali ni......?

Entah apa sialnya nasib saya dalam minggu ini.ketika jalan dengan mak saya nak ambil br1m saya di pekan kelmarin,tiba-tiba kad nametag OKU saya hilang! Entah macam mana saya boleh tak sedar,tahu-tahu,mak saya lihat,ia sudah tiada.waktu saya pakai pula tu!


Tapi selama ini,masa saya masih selalu ke PDK KM,tidak pernah pun hilang masa saya memakainya.gila betul!

Mujur juga ada salinan copy masih disimpan.dan mujur juga memang sudah diarah untuk buat yang baru.sial betul!


Kemudian di pejabat kebajikan pula,yang 'ketua' di sana pula cakap,belum tentu permohonan kali ini akan lulus.sebab konon saya kelihatan sudah 'sihat'.mendengar itu,saya mula risau.adakah bantuan untuk saya akan dihentikan?dan saya tak faham apa maksudnya saya sudah 'Sihat'? saya tak nampak macam OKU lagi kah?

Lepas tu kami pergi ke hospital lotong untuk ambil laporan doktor(sebab prosedurnya begitu). Disuruh jumpa doktor di bilik 3.tunggu dari dalam pukul 10,sampai terpaksa pergi sekejap di kantin,kemudian sambung tunggu,sampai dalam pukul 4 petang,baru sampai giliran.sekali jumpa doktor dibilik 3,doktor tu tanya sikit-sikit,kemudian tengok fail rekod dari kebajikan.dan dia tulis.

Sekali kami pulang dalam dekat jam 5,tengok apa dia tulis.tulis shorthand.di depan saja dapat baca.MENTAL....

Sekarang,saya jadi tak yakin.adakah saya kurang waras?apa masalah saya sebenarnya?mungkin kerana anggota saya kelihatan lengkap,jadi saya tidak dikategorikan sebagai OKU?kalau betul,kenapa banyak perkara yang saya ingin buat,saya tak dapat buat pula?apa masalah saya sebenarnya?tenaga hanya cukup untuk berjalan,hanya bila jalan itu berkeadaan baik?

Besoknya,(pagi tadi,sebab post ini pada waktu malam)kami ke kebajikan,hantar laporan doktor,kemudian ambil gambar.harap kali ini dapat buat kad baru.

Lepas tu kami ke balai polis,buat laporan pasal hilang kad OKU. Harap jika ada sesiapa yang jumpa kad saya diluar sana,tolong kembalikan ke pejabat kebajikan atau hantar ke balai polis.semoga Tuhan memberkati.