15 February 2019

Sedar tak sedar kita jatuh cinta (lagu)

Ku langsung tak menyangka kita kan bertemu.
Kau jauh di timur,aku jauh di barat
Bagai ada kuasa yang tak kelihatan
Menembusi tembok kemustahilan
Datang menyatukan kita

Chor: aku langsung tak menyangka
Kita berdua akan begitu serasi bersama
Ia bagaikan telah ditakdirkan
Sedar tak sedar,kita jatuh cinta

Engkau datang bagaikan dari dalam mimpi
Saat aku menanti kedatangan cinta
Cinta yang mampu beri sebuah harapan
Saatku ditekan rasa putus asa
Hidup pun tidak bermakna

(Ulang Chorus)

Kuharap kau akan tetap setia
Kujuga akan tetap setia bersamamu
Selamanya
https://youtu.be/9nZPeFmq1HQ

10 June 2015

Dia buat dah: Gempa bumi lebih kuat

Dia buat dah: Gempa bumi lebih kuat: BANYAK bangunan mengalami kerosakan selepas gempa bumi terkuat dalam sejarah melanda Ranau, Sabah pada Jumaat lalu. – Gambar hiasan ...

27 March 2015

sudahlah............................

rasanya,saya sudah kehabisan akal.masalah terus melanda dan saya tetap tak boleh buat apa-apa selain berharap pada keajaiban.

ingatkan,kalau pun tidak ada ''yang kutunggu'' itu,saya boleh mencipta keajaiban sendiri,mungkin saya boleh cuba cari kerja dan hidup dengan kekuatan dan kebanggaan sendiri.

tapi,......saya tetap tidak mampu.penghalangnya terlalu besar.saya sudah cuba untuk tidak menghiraukannya.tapi ia tetap menghalang didepan saya.rupanya menjadi orang kurang upaya memberi kesan yang terlalu besar buat hidup saya.

saya tak tahu apakah penyelesaian masalah ini?semua jalan yang lebih lojik.........................terhalang............tetap terhalang.sungguh gila sekali.apa maknanya semua ini?

sebab inilah saya jarang buat post selama ni.tapi memandangkan tiada lagi apa-apa yang boleh dibuat,lebih baik saya habiskan lebih banyak masa untuk blog.lain kali saya tak akan pilih-pilih isu apa-apa lagi.merapu pun merapulah.

tapi,kalau boleh,yang tidak menyakitkan hati sesiapa.kalau bolehlah.....................................................................................................................................................................................................................

24 May 2014

BOLEHKAH MALAYSIA MAJU 2020?

selalu bila saya buat post kalau bukan luah perasaan,ia ada kaitan dengan isu semasa.tapi entah kenapa sekarang isu semasa dimedia malaysia kebelakangan ini.macam sampah.langsung tak menarik.

isu sensitif semakin banyak dimainkan dengan bintang popularnya bermuka tebal dan tak berotak.dan mereka langsung tidak diambil tindakan walaupun kata kata mereka tersirat niat menghuru harakan malaysia.ataukah hanya mereka saja yang dibenarkan berbuat begitu?

tidak hairanlah semakin lama semakin banyak masalah melanda malaysia.tidakkah mereka ini sedar hal ini?atau mereka hanya akan mempersalahkan kaum lain jika ada apapun yang terjadi?orang kapir rancang ini,orang kapir rancang itu,agaknya jika jatuh tersandung kaki sendiri pun salahkan kaum lain kononnya ini konspirasi.lebih lagi bila amerika menyerang negara di asia barat,kaum lain di malaysia dilibatkan macamlah "kapir" di malaysia yang menyuruh amerika menyerang negara tersebut.

maafkan saya.saya cuma sudah bosan dengan keadaan ini.2020 cuma tinggal 6 tahun saja lagi.bolehkah kita mencapai taraf negara maju? maju dari segi apa?apa yang saya lihat,benih perpecahan semakin ketara.sebab ada yang cari pasal dulu tapi dibiarkan.bila ditentang,yang menentang pula dipersalahkan?

bolehkah kita maju 2020?setakat 6 tahun,berapa banyakkah perubahan yang boleh diusahakan? ''syukur malaysia masih aman'',''syukur masih dapat makan'',dan bermacam ''syukur'' lagi,masihkah kita mampu mengatakannya bila keadaan semakin teruk nanti?negara lain yang tidak aman pun ada puncanya juga.bolehkah kita bercakap besar yang kita akan tetap berdiam diri demi ''aman'' bila hal yang sama terjadi pada kita?masih amankah kita nanti?masih dapat makankah kita nanti?

apa yang saya lihat,disebabkan isu agama dan perkauman dalam politik,situasi di malaysia semakin lama semakin tenat.jangan tanya tentang maju dulu.masih bolehkah malaysia diselamatkan?kenapa mesti kaum ni ditinggikan,kaum itu direndahkan dulu?tidak bolehkah kita duduk sama rendah,berdiri sama tinggi,majukan malaysia bersama sama?

boleh kah malaysia aman sampai 2020?

07 April 2014

Deadlink

setelah lama tidak post apa-apa disebabkan oleh pelbagai masalah,barulah saya berpeluang buat post terbaru.saja nak update blog.sebenarnya ada banyak isu hangat yang sudah terlepas.tapi,rasanya elok juga saya tidak libatkan diri dengan turut membuat spekuasi.

sekarang baik post sesuatu yang tidak memberatkan fikiran.

selepas lama tidak melawat blog ini,baru perasan yang link nuffnang saya dah tak keluar iklan lagi.habislah!mungkin sebab jarang post.(jangan-jangan diorang ingat saya sudah mati oh)apa patut saya buat?nak copy code javascript baru kah?bagus kalau automatik lepas buat post baru,keluar iklan balik.

sebab susah nak taip guna touch,keyboard lama,yang dibeli bersama tablet pula tak dapat diguna(dah lupa sejak bulan berapa,dalam 2013) tak tahu sebab putus wayar atau apa,terpaksa beli keyboard baru.kalau tablet saya ni support bluetooth keyboard (dan kalau ada jual di kota marudu) kan bagus?

sejak akhir akhir ini ada banyak perkara yang menggeramkan.saya pun tak tahu nak bersabar sampai bila.terutama hal tanah saya di kg natu tu.sampai sekarang tiada perkembangan terbaru.agaknya sudah nasib lah asyik ditipu.beli no ekor pun tak kena-kena juga.

terasa sedih juga.tapi saya cuma dapat cuba untuk bersyukur dengan apa yang ada.dan cuba membuang keinginan yang membebankan

sekarang masih tunggu keajaiban.sampai bila? entahlah..........

01 November 2013

POST LEPAS GERAM

setelah lama tidak post apa pun lantaran fikiran yang kosong,barulah kali ini saya ada perkara yang ingin dikatakan.

sejak akhir-akhir ini,banyak peristiwa yang menggeramkan kita.bermula dari kenaikan harga minyak,isu memelayukan native muslim di Sabah hinggalah isu Nama Allah,sangat menggeramkan bagi saya.sesetengah pihak selalu mengatakan sesuatu tanpa berfikir tentang kesannya pada orang lain.

maaf.kita tidak berniat menghasut.tapi siapa yang memprovokasi dulu,kita semua pun tahu.kecuali bila kita buat-buat tak tahu lantaran beranggapan hanya diri sendiri saja yang benar dengan angkuhnya.siapa makan lada,dialah yang rasa pedas kah tidak.kan?

paling geram bila dikata "kalau tak suka,sila keluar dari malaysia!".habis tu,orang Sabah dan Sarawak?kami tidak suka dengan isu yang ditimbulkan.nak halau kami dari tanahair kami sendiri?kita sudah pun dipisahkan laut China selatan.kalau ada apa-apa,bukan salah kami.

lepas tu,ada lagi isu guard didakwa orang Sabah buat jenayah.padahal kad pengenalan palsu.isu ini terang lagi bersuluh.sekali lagi,provokasi.siapa punya angkara,masing-masing pun tahu kecuali pura-pura.

post kali ini agak berserabut sebab ianya cara penulis melepaskan geram.maaf jika terasa.

11 May 2013

tergesa-gesa mengundang penyesalan.................

atas sebab tertentu,terpaksalah jarang post di blog ni.

mula-mula,ingatkan dah beli tablet ni senanglah saya mengurus blog saya.padahal,tidak juga.ingatkan sebab apa tak dapat sambung keyboard,rupanya,tak dapat sambung kalau pasang simkad.ertinya,boleh pakai kalau guna wifi.tapi kalau pakai mobile data,cuma boleh guna touchschreen.buruknya!

kalau saya tau,lebih baik saya bersabar dulu.saya tak akan beli yang ini walaupun ianya lebih murah.lebih baik beli yang buatan China daripada yang ini,di kotak saja dikata ada 3G,tapi download 5mb pun dekat 1 jam.kalau tiada wifi,jangan harap boleh download laju.menyesal beli!

tapi dikampung ini tiada kemajuan.jalan rosak pun tidak dibuat.kalau ada orang nak urus pun dituduh nak tunjuk pandai.bila musim hujan,atukx3,sampai boleh ternak ikan!jalan pun begitu,boleh ada wifi kah?padahal,pekan kota marudu bukan jauh sangat.jadi,terpaksalah tak jadi simpan buat masa ini.nak beli android phone yang kecil pun jadilah untuk wifi hotspot.kena leter pun biarlah.

inilah akibatnya kalau tiada kesabaran.tergesa-gesa memang buruk akibatnya.gara-gara nak berjimat lah ni.memang selalunya terburu-buru tidak pernah berakibat baik.lainkali,pastikan dahulu adakah sasaran betul-betul baik untuk kita atau tidak.kalau bukan kerana ia lebih murah,tak maulah cuba jenama yang ini.tujuan saya beli memang untuk blog.kalau tak dapat guna keyboard,sia-sia saja.guna touchschreen pun asyik salah tekan saja.

kalaulah masa boleh diulang semula..........................................................

04 May 2013

tolong naikkan bantuan OKU saya.

setelah sekian lama,inilah post pertama saya pada bulan ini.

esok,kita akan mengundi untuk menentukan masa depan negara.saya harap kita semua baik-baik saja.semoga siapa saja yang menang dapat berkhidmat dengan baik dan menunaikan janji.bukan hanya berjanji ketika berpilihanraya sahaja.

satu harapan saya,yang kalah nanti jangan buat perkara yang tak baik.bersabarlah tunggu lima tahun lagi.terima kekalahan dengan hati terbuka.jangan sengaja mahu mengulang peristiwa 13 mei.itu gila kuasa namanya!kita amalkanlah demokrasi yang benar.jangan ingat nak menang sendiri saja.kalau tidak baik jangan berpilihanraya.jangan fikir rakyat bodoh selamanya!

satu lagi harapan saya,siapa yang menang,harga barang keperluan semakin mahal.boleh tak berikhtiar mengatasinya?dan bantuan OKU yang saya terima setiap bulan hanya RM 165 sahaja setiap bulan.ini tidak cukup bila saya kadang-kala terpaksa berkongsi untuk bayar apa yang perlu dirumah.kenapa hanya RM165 sahaja?kalau bukan kerana keadaan saya macam ni,sudah lama saya pergi cari kerja!saya harap,tolonglah.naikkan bantuan OKU saya ke RM200 atau lagi baik RM300 setiap bulan!saya tak pasti adakah hanya saya yang di kota marudu sahaja yang dibayar 165 sebulan atau semua juga sama?

kalau boleh dipertimbangkan, alangkah baiknya....................................................

15 April 2013

lawak politik:INIKALILAh vs TATAP

susah juga nak biasakan diri guna touch ni.

seperti yang kita tahu,akhirnya YAB pm datuk seri najib tun razak telah membubarkan parlimen pada 3 april yang lalu.manakala hari penamaan calon pada 20 april dan hari mengundi pru13 pada 5 mei.

lucu juga pada masa datuk seri najib mengumumkan pembubaran parlimen.beliau sampai tersilap menyebut tarikh pembubaran yang sepatutnya pada tahun 2013 ke tahun 2012 pula.tapi,bagi saya itu tidak apa.asalkan jangan kesalahan tipu orang kampung,tipu negara,rampas hak orang serta pelbagai kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh ahli politik.salah sebut tu biasalah.

yang lucunya,kerusi penentu siapa yang bakal berkuasa di putrajaya ialah Sabah.hebatkan Sabah? dan perang kempen di Sabah juga paling menarik.kita tahu baru-baru ini bn Sabah ada slogan baru.jika lawan mereka terkenal dengan slogan "NI KALILAH",mereka pula membalas dengan "TATAP BN".mungkin dapat ilham dari slogan RTM "tetap unggul".hehe.

saya berharap,kita di Sabah undilah dengan pemikiran yang waras.jangan mengundi kerana pengaruh kempen parti.pastikan kita tahu apa yang kita mahukan.kita tidak mahu undi kita sia-sia kan?tengok sendiri sekeliling kita.apa yang berlaku?jangan hanya dengar sepihak saja.jadilah hakim yang adil dan bukan yang makan suap punya.jangan undi jika hanya mahu ganjaran.kitalah penentunya.pilihlah,bukan kerana populariti.pilihlah yang boleh bekerja untuk kita,bukan yang pijak kepala kita!

INIKALILAH atau TATAP? pilihan di tangan anda.

10 April 2013

begini rupanya android os!nikalilah!

sekarang saya menulis post ini menggunakan touchschreen tablet android mytec mt29 menurut yang tertulis dikotaknyalah.saya tahulah kalau bukan.




apalah punya nasib.ingatkan,dapat guna keypadnya.bila try sambung,sikrin jadi warna kelabu.terpaksa off kemudian on balik.tu pun berkurun juga menunggu.sia-sia saja beli keypàd.mungkin memang untuk touchschreen saja.lagipun,buatan malaysia.

tapi,saya puas hati jugalah.sebab dia boleh mainkan video dengan lancar tanpa perlu pakai coreplayer.

mungkin inilah puncanya kenapa android os begitu popular.mungkin sudah masanya untuk berubah?sebab sebelum ni rasa asing dengan nama android.sebab terbiasa dengan symbian.

bila kita terlalu terikat dengan yang lama,susah untuk kita menerima yang baru.yang lama tetap terasa lebih baik,jika kita tidak tahu kebaikan yang baru.tapi tak salah jika kita mencuba kan?

semoga esok lebih baru dari hari ini.semoga minggu depan lebih baru dari minggu ini.bulan depan juga.semoga kita membuka hati pada yang baru.